Sunday 2 February 2014

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 19

Assalammualaikum dan hai3 semua.  Seronoknya dapat bercuti.  Tapi yang tak bestnya Isma tak berjalan ke mana-mana.  Memaksa diri duduk di rumah saja bcos ada translation yang perlu disiapkan.  JGBH pun perlu disambung cepat2.  Rasa macam susah pulak tulis JGBH sebab ada 2 hero yang sama2 macho, kacak, to-die-for dalam kepala otak ni.  

Harap u ols enjoyz bab 19.  



Jam loceng berbunyi tepat jam 3.30 pagi. Aish meraba jam loceng yang membingitkan telinganya dan mematikan jam tersebut. Kemudian bangun, duduk tegak di atas katil, mengeliat sedikit dan menurunkan kakinya ke lantai. Berjalan ke bilik air, mencuci muka dan menggosok gigi. Keluar dari bilik air dia memeriksa telefon bimbitnya, kalau-kalau ada pesanan atau miss call. Telefon dipegang kemas lalu turun ke bawah.

TV dihidupkan. Sebentar lagi akan berlangsung perlawanan bola di antara Liverpool dengan QPR. Kalau sudah makan bola, tidur bola, mimpi bola, mana ada perlawanan yang boleh diabaikan. Tidak kira pasukan mana yang bermain, MU ke, Chelsea ke, Real Madrid ke, Barcelona ke, atau pasukan-pasukan lain, harus bagi Aish menontonnya. Lebih-lebih lagi kalau Chelsea dan MU, dua pasukan kegemarannya yang bermain. Sanggup bersengkang mata untuk bola.

Leka menonton perlawanan bola, tiba-tiba tekak terasa kering. Aish mengerling tempoh perlawanan yang dipamerkan di sudut kiri skrin tv. Lima minit lagi separuh masa pertama akan berakhir. Ah, tunggu sajalah. Lima minit bukannya lama.

Sebaik sahaja perlawanan separuh masa pertama ditamatkan, Aish bergegas ke dapur. Jarak ruang menonton dengan dapur agak jauh. Sampai di dapur, terus dia meluru ke peti sejuk. Pintu peti sejuk dibuka, sebotol air sejuk dicapai. Tak sempat mengambil gelas, terus dibuka penutup botol dan digogok air yang dingin. Terasa nyaman tekaknya bila air dingin itu mengalir. Belum puas, digogok lagi air sejuk sambil matanya menyorot ke arah meja makan di dapur. Tiba-tiba mata Aish tertancap pada satu susuk berpakaian serba putih, dari atas ke bawah. Makhluk itu duduk tegak di atas kerusi, matanya bulat memandang ke arah Aish sambil mulutnya terbuka.

Aish pegun. Botol air di tangan terlepas. Kaki terasa sejuk dijamah air yang mengalir keluar daripada botol. Aish mahu cabut dari situ tetapi kakinya bagai dipaku di lantai. Pintu peti sejuk yang digenggam dengan tangan kanan terlepas. Suasana semakin gelap. Makhluk itu tiba-tiba bangun.

“Ha....han....hantu!!!” jerit Aish.

Ash menutup matanya rapat-rapat. Dadanya berdegup laju. Mulutnya kumat kamit membaca surah Al Fatihah. Bacaannya lintang pukang dek terlalu takut. Sebutan Bismillah pun entah jadi apa. Sudah lapan bulan keluarganya menetap di rumah ini, inilah kali pertama dia mengalami suasana yang menakutkan ini.

Tak semena-mena terdengar pula suara perempuan ketawa. Aish semakin takut, namun diberanikan juga dirinya. Kali ini dibaca pula surah Al Alaq. Dibaca kuat-kuat biar hantu itu dengar dan takut. Namun ketakutan yang menjalar dalam hati menyebabkan bacaannya jahanam. Bunyi ketawa kedengaran semakin hampir dengannya. Aish dapat rasakan hantu itu bergerak menghampirinya. Matanya dirapatkan lagi hingga berkerut mukanya. Dibaca pula surah An Nas. Sama juga, bacaannya tetap ke laut. Tetapi dia berjaya menghentikan hilai tawa hantu itu.

“Abang Aish!” suara lembut memanggilnya.

“Abang Aish! Ni bukan hantu! Ni Iralah!”

Ira? Siapa Ira? Selain daripada Mama dan Papa, bukankah aku saja yang tinggal di rumah ni. Bila pula ada orang bernama Ira dalam rumah ni? Fikir Aish.

“Abang Aish! Buka mata!”

Kerutan di muka Aish berkurangan. Rasa takut mula surut. Sedikit-sedikit mata dibuka. Bermula dengan mata kiri, kemudian mata kanan. Bila kedua-dua mata sudah terbuka luas, terpampang di depannya satu wajah mulus berbalut telekung. Wajah yang dihiasi sepasang mata yang bundar dan bibir yang cantik menguntum senyuman.

“Hish! Ingatkan hantu! Kau siapa?” Aish buat muka garang. Tidak suka dengan senyuman mengejek pada wajah manis itu.

“Oh Abang tak kenal Ira lagi? Saya Ira, anak Uncle Baharin. Semalam masa saya sampai, Abang tak ada di rumah.” Samirah memperkenalkan dirinya.

MasyaAllah! Aish menepuk dahinya. Baru dia teringat Mama ada memberitahu sewaktu bersarapan pada pagi Jumaat Ira akan menetap di rumah mereka.  Dan kerana Iralah dia dimarahi oleh mamanya semalam.  Terus bibirnya mencebik bila teringat kisah dia kena marah semalam.

“Yang kau duduk tercongok kat meja tu dalam gelap buat apa?” Aish masih geram.

“Kopi” jawab Ira sepatah, sambil tangannya yang menggenggam sebiji mug diangkat. Kemudian dia berjalan melintasi Aish menuju ke sinki.  Mug dibasuh dan diletakkan di atas rak pinggan.

“Kenapa pakai macam ni? Kenapa tengok aku sambil terbeliak biji mata, mulut terlopong? Mestilah aku ingatkan hantu!” Aish masih tidak puas hati.

“Ira baru habis solat. Dah Abang Aish tiba-tiba je meluru ke dapur, mestilah Ira terkejut! Pakaian tu pulak, tak senonoh langsung!” Ira terus berlalu, menuju ke tangga di sebelah ruang menonton tv mendaki anak tangga ke atas.  Aish memandang Samirah yang berlalu pergi dengan dahi berkerut.

“Solat apa pagi-pagi macam ni?” dia merungut sambil wajahnya ditundukkan, melihat pakaian yang melekap di badannya. Baru dia sedar dia hanya memakai boxer. “OK apa, bukan ada orang nampak” Aish merungut lagi.

Kakinya terasa semakin sejuk.  Kurang asam betul budak Ira ni, hati Aish mendengus.  Tak pasal-pasal aku kena mop lantai pagi-pagi buta ni.  Suis lampu ditekan.  Baru dia nampak dengan jelas air yang meleleh keluar dari botol sudah membasahi lantai.  Aish bergerak ke bilik stor kecil di sebelah dapur untuk mencari mop.  Mop yang sudah digenggam dibawa ke dapur dan segera lantai yang basah dibersihkan.

Usai membersihkan lantai Aish cepat-cepat menghala ke ruang menonton.  Matanya pantas menerawang ke atas skrin tv.  Terpampang di atas skrin satu jaringan sudah diperolehi oleh pasukan Liverpool.  Aish menggigit bibir dan menggenggam penumbuk sebelum dilepaskan penumbuk di atas tapak tangannya.  Dia geram, sudah terlepas detik-detik penting gol dijaringkan.  Memanglah ada ulang tayang, tapi tak sama dengan melihatnya ketika ia sedang berlaku.  Ini semua Ira punya pasal, Aish mengomel dalam hati.


Alang-alang sudah berjaga, terus sajalah sampai Subuh.  Usai solat Subuh Aish menyarung seluar track dan t-shirt.  Nama pun berbadan sasa, t-shirt yang dipakai mestilah jenis yang melekap di badan.  Barulah terserlah otot-otot yang kata Luna ‘to die for’.  Dada yang bidang, bahu yang tegap dan lengan dan kaki yang berotot pejal adalah aset yang sangat Aish banggakan. 

Usai bersiap Aish berlari anak menuruni tangga.  Cadangnya dia hendak pergi ke gimnasium yang terletak dalam kawasan perumahan elit itu.  Dari anak tangga terakhir Aish nampak dapur terang bercahaya.  Awal mama buat sarapan pagi ni, bisik hatinya.  Aish menapak ke dapur, kebetulan dia pun nak ambil air kosong untuk dibawa ke gym.

Sampai di muka pintu dapur Aish berhenti.  Apahal mama ni pagi-pagi dah memanjat.  Apalah yang dicarinya dalam kabinet. Oops, wait, wait, wait.  Apa kes mama pakai tudung dalam rumah pagi-pagi buta ni?  Lagi satu, badan tu, kenapa kecil molek?  Pinggang mama besar, yang sedang menjengkit atas bangku tu pinggangnya kecil.

Timbul satu idea dalam benak Aish.  Terbit senyuman di pinggir bibir.  Kening sudah terangkat.  Awal pagi tadi kau terkejutkan aku, sekarang giliran aku pula.  Aish mara setapak, dua tapak dan selepas tapak ketiga Aish berhenti.

“Hoi!  Pagi-pagi dah mencuri ya!”  dijeritkan.  Tidak terlalu kuat tapi cukup untuk Samirah mendengarnya .  Pantas Samirah berpaling, sambil tangan kanan memegang sekotak tepung pancake jenama Pilsburry yang tadi dia buka untuk mengintai isinya.  Tangan kiri pula cuba menutup pintu kabinet.  Sibuk hendak berpaling melihat siapa yang menjerkahnya dengan kasar, kaki Samirah yang menjengket hilang imbangan.  Pintu kabinet tak sempat ditutup.  Kotak tepung terlepas dan badannya terasa terapung. 

“Adoi!” Aish menjerit.  Bucu kotak tepung menjamah ubun-ubunya.  Kotak tepung jatuh ke atas lantai.  Tapi sebelum itu isi kotak habis tercurah.  Rambut hitam Aish sudah jadi putih.  Muka cerah Aish macam pakai bedak Cuticura masa zaman sekolah tadika, bertempek-tempek warna putih atas mukanya, terutama sekali bahagian dahi dan mata.  Ada juga tepung yang jatuh atas hidung dan bibir.  Aish hembus tepung atas bibir sambil matanya mencerun memandang Samirah dan tangan kirinya menggosok kepala yang kena hentak dengan kotak tepung.

“Argghh. Diiid tolooong,” Samirah menjerit.  Kakinya sudah tidak terasa memijak kerusi.  Badannya terasa terapung.  Melayang-layang dan sekejap lagi dia yakin dia umpama kapal terbang terhempas di landasan. Matanya dipejamkan.  Tapi selepas satu dua saat dia tak rasa punggungnya menghentak lantai.

Yang Samirah rasa ada tangan sasa melingkar di belakang dan memaut bahunya.  Ada juga tangan sasa di bawah pelipat lututnya.  Dari lutut ke bawah kakinya menjulur.  Aidid ada di sini?  Aidid tangkap aku dari jatuh?  Apa yang kau merepek ni Ira?  Kau di rumah Aunty Kelly sekarang.   Di rumah Aunty Kelly?  Jadi yang tangkap aku ni Uncle Sam atau…?  Cepat-cepat Ira membuka mata.

“Abang Aish!”  Samirah menjerit kecil dan kemudian ketawa.  Lucunya melihat wajah Aish yang berlumuran tepung.  Asyik dia ketawa sampaikan tidak sedar tangannya melingkar di leher Aish.  Aish pula memandang tajam ke arah Samirah.  Bengang kerana niat hendak mengenakan Samirah tidak menjadi.  Sebaliknya dia pula yang terkena.

Lama Aish merenung Samirah.  Ini Ira?  Eh lainnya wajah Ira sekarang?  Bukan dulu mukanya penuh dengan jerawat?  Terbayang di mata wajah Ira ketika baru habis SPM.  Rambutnya diikat ekor kuda, mukanya banyak jerawat. Dari jerawat saiz XS hingga ke XXL.  Tapi sekarang wajah Ira bersih.  Pagi tadi dalam kesamaran cahaya dia tak perasan.

Ketawa Samirah reda.  Matanya berhenti menerawang ke seluruh wajah Aish, berhenti pada mata Aish.  Dua pasang mata bertaut, saling merenung.  Tiba-tiba ada degupan laju dalam dada Ira.  Bila dia perasan tangannya sedang memeluk leher Aish, cepat-cepat diturunkan tangannya.  Matinya dilarikan dari mata Aish.  Dia mahu minta diturunkan tapi mulutnya terkunci.

“Ehem,” sengaja Samsudin berdehem dengan kuat.  Apa kes Aish ni, pagi-pagi dah dukung anak dara orang.  Bukan sebarang anak dara pula tu, anak si Baharin yang memang terkenal dengan ketegasan dalam mendidik anak-anaknya.  Nanti si anak dara mengadu dengan papanya, nahas kau Aish.  Cepat-cepat Aish turunkan Samirah.  Kedua-dua mereka terkedu dengan kedatangan Samsudin. 

“Ya Allah!  Apa hal ni Aish?”  suara Khalilah pula membelah kesunyian pagi yang baru menginjak pukul 6.30.  Tak pernah-pernah Khalilah masuk dapur seawal ini pada pagi Ahad.  Pagi ini dia turun awal kerana hendak memenuhi permintaan Samsudin yang teringin makan roti buatan tangan isteri.  Nak tunggu doh kembang memakan masa jadi perlulah mulakan kerja awal. 

“Mama… papa…” Aish tergagap-gagap.  Mata sekejap singgah di wajah mamanya, sekejap di wajah papanya dan sekejap di wajah Samirah. 

“Aunty, Ira panjat kerusi ni… nak cari tepung.  Ingatkan nak buat pancake untuk breakfast.”

“Ha ah mama, lepas tu Ira nampak lipas.  Dia terkejut terus terjatuh. Nasib baik Aish sempat datang tangkap dia.”  Pantas Aish menyambung cerita.  Nak cover line, takkan nak beritau Samirah jatuh sebab terkejut kena sergah dengan Aish.  Buntang mata Samirah memandang Aish.  Issh, memandai saja buat cerita. 

“Masa Ira jatuh tu kotak tepung terlepas, jatuh atas kepala Aish.  Tu yang habis satu muka kena tepung.”

Samsudin tersenyum mendengar cerita Aish.  Aish tak sedar papanya nampak apa yang terjadi.  Samsudin berlalu dan sebentar kemudian datang dengan sebatang penyapu dan penyodok sampah.

“Hah, apahal tercegat lagi.  Bersihkan lantai,” Samsudin mengarahkan sambil menyerahkan penyapu dan penyodok sampah kepada Aish.  Aduh!  Pukul lima pagi mop lantai.  Pukul 6.30 pagi kena sapu lantai pula.  Ini pun Samirah punya pasal.  Hati Aish berbisik.  Tangannya mula menghayun penyapu.

“Ira, lain kali tak payah susah-susah nak buat sarapan.  Pagi Ahad biasanya Aunty beli saja.  But today your Uncle nak makan roti.  Itu yang Aunty kena masuk dapur,” Khalilah bercakap sambil terus berjalan menuju sinki.  Tangannya dibasuh dan kemudian dengan pantas bahan-bahan membuat roti dikeluarkan.

“Boleh Ira tolong Aunty?”  Samirah menawarkan.  Duduk dengan orang kenalah pandai menjaga hati tuan rumah.

“Tak payah Ira.  Uncle yang akan tolong Aunty.” Samsudin yang menjawab.  “It’s our bonding time,” katanya dengan selamba.  Tangannya membuka peti sejuk.  Sekotak susu UHT dikeluarkan.

“Hai, malam tadi penuh air dalam botol ni.  Pagi ni dah kosong.  Botol kosong buat apa disimpan dalam peti sejuk,”  Samsudin mengomel.  Botol kosong yang dimaksudkannya dikeluarkan.

Aish menjeling ke arah peti sejuk dan kemudian mengangkat muka.  Matanya pantas mencari kelibat Samirah.  Botol air tu jadi kosong pun Samirah punya pasal.  Samirah sudah beredar dari dapur.


Tepung yang ada di atas kepala sudah disapu.  Di atas muka tinggal sedikit saja.  Tapi kepala dan muka harus dibersihkan juga.  Takkanlah pergi ke gym dengan rambut dan muka yang bertepung.  Pakaian pun terpaksa ditukar kerana ada tepung yang jatuh di atas dada dan pehanya.  Jadi menapaklah Aish ke atas untuk menyalin pakaian.

            “Besar sugguh lipas kat dapur tadi,” suara Samirah menyapa telinga Aish sebaik saja tombol pintu biliknya digenggam.  Tak jadi dia masuk ke dalam bilik, tubuhnya dipusingkan menghadap Samirah yang baru keluar dari biliknya.  Bilik tetamu yang kini diduduki Samirah bertentangan dengan bilik Aish, bersebelahan dengan bilik Ain.  Bilik Aish pula bersebelahan dengan bilik Jefri.

            Mencerun mata Aish memandang Samirah.  Pagi ni saja sudah dua kali aku kena dengan budak ni, kata hati Aish.  Tak boleh jadi, mesti cari jalan nak kenakan dia balik.  Macam dulu-dulu, masa kecil-kecil.  Bila berjumpa, walaupun jarang-jarang, Aish dan Aidid selalu menyakat Samirah.

            “Come here,” kata Aish.  Jari telunjuknya digerakkan, menggamit Samirah datang kepadanya.

            “Buat apa?”  Samirah bertanya.  Belakangnya masih bersandar pada pintu bilik.

            “Sinilah kejap!”  Aish sudah tinggikan sikit suara.

            “Tak nak,” Samirah menjawab sambil tersenyum.  Bukan dia tak tau niat Aish.  Sejak dulu memang suka menyakatnya.

            Aish buka langkah.  Dengan ketinggiannya, sekejap saja dia sudah sampai di hadapan Samirah.  Samirah cepat-cepat buka pintu dan lari ke dalam bilik.  Pintu bilik ditolak, mahu menutup dari dalam.  Tapi Aish juga menolak dari luar.  Dengan sekali tolakan pintu terbuka.  Lengan Samirah dicapai dan digenggam kuat.  Samirah meronta tapi tak cukup kuat untuk melepaskan dirinya.

            Tepung di muka disapu dengan jari.  Kemudian jari telunjuknya dibawa ke muka Samirah.  Samirah meronta lagi tapi dalam rontaannya berjaya juga Aish mencalit muka Samirah dengan tepung sebanyak dua kali.  Aish ketawa.  Samirah meronta lagi.  Aish seronok, disapu lagi mukanya dan sekali lagi dia cuba mencalit muka Samirah dengan tepung.  Samirah menggoyangkan kepalanya ke kiri, ke kanan, ke bawah untuk mengelakkan dari dicalit tepung.

            Yang si bujang sibuk hendak mencalit muka, yang si anak dara sibuk mengelakkan mukanya diconteng dengan tepung.  Ralit bergurau mereka tidak sedar sudah sampai ke tepi katil.  Dengan sebelah tangannya Samirah tolak dada Aish sekuat yang mampu.  Aish jatuh terbaring di atas katil.  Sebelah tangan Samirah yang masih digenggam kuat ditarik.  Samirah jatuh, terbaring atas dada Aish.

            Samirah terkedu.  Wajahnya rapat sungguh dengan wajah Aish.  Terasa hembusan nafas Aish pada mukanya.  Mata Aish dan mata Samirah bertaut.  Jantung Samirah berdegup laju.  Degupan yang dirasakan sama seperti ketika pandangan mereka bertaut semasa dia berada dalam dokongan Aish di dapur tadi.

            “Ira.”  Aish yang turut terpempan bersuara terlebih dahulu.  Suara Aish menyedarkan Samirah.  Cepat-cepat dia bangun.  Mula-mula dia duduk, tapi tak sampai lima saat dia berdiri dan berjalan menjauhi katil.

            “Kau beratlah!”  Dengan selamba Aish berkata.  Dia datang rapat kepada Samirah.  Ditenungnya lama wajah cantik Samirah.  Muka Samirah sudah merah.  Matanya direndahkan, tidak memandang Aish.  Calitan tepung di pipi, hidung dan dahinya membuatkan Aish tersenyum lebar.  Seronok dapat mengenakan Samirah tapi dia belum puas.  Mukanya disapu lagi dan jari telunjuknya disuakan ke muka Samirah.

            “Abang Aish jangan!”  suara Samirah tinggi.  Matanya kini merenung tajam ke arah Aish.  Tangannya didepakan ke arah Aish, menghalang Aish mendekatinya.  Aish tak jadi meneruskan niatnya. 

                   “Tolong keluar.”  Dahi Aish berkerut dengan permintaan Samirah yang berbunyi seperti satu arahan.  Tangannya dijatuhkan.  Kakinya dihayun menghala ke pintu.  Sebaik saja Aish keluar, Samirah pantas menutup pintu.  Tubuhnya disandarkan pada pintu.  Tangannya memegang dada.


            Astaghfirullahal adzim, diulang berkali-kali.  Apa yang kau buat ni Ira?  Kau dah besar.  Abang Aish tu bukan muhrim kau.  Mana boleh bergurau macam tu dengan dia.  Zaman bergurau mesra macam masa kecil dulu dah berlalu Ira.  Dirinya diingatkan.  Istighfar disebut lagi berkali-kali.  Perlahan-lahan degupan kencang di dadanya menyusut.

No comments:

Post a Comment