Tuesday 12 November 2013

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 7

Assalam dan hello sahabat-sahabat Isma.  Semoga semuanya dalam keadaan sihat.  Isma pun sihat.  Tengah pening sikit ni, mana nak siapkan SKL, nak sambung JGBH dan tiba-tiba masuk pula satu idea.  Yang idea baru masuk tu may be Isma buat cerpen kot.  Senang sikit.

SKL dah sampai bab Izureen declare cinta pada Naim.  Hmm, cik penulis tak pandai bab declare2 cinta ni.  Tu yg menambah pening tu.  InsyaAllah next week ada teaser ya.

In the meantime, hope you enjoy JGBH Bab 7.  Irsyad Rifqi is working hard to mengorat Samira.

Please leave your comments yeah!

Thank you for your support.



BAB 7


Aidid ketawa terbahak-bahak sambil memandu.  Dia merasa lucu mendengar cerita Samirah tentang pertemuan kali keduanya dengan Irsyad Rifqi.


“Kesian kau, dah terbayang-bayang nasi Arab, dapat tosei Mamak.”


“Aidid!”  Samirah marah bila Aidid mengejeknya.


Aidid berhenti ketawa. 


“Aku rasa dia sengaja menguji engkau.”


“Baguslah, sebab aku pun menguji dia.  Aku rasa dia mesti menganggap aku ni dikawal ketat oleh papa.”


“Pandai pula engkau buat-buat telefon papa, lepas tu dapat extension setengah jam.  Yang tu aku tak boleh tahan.” Aidid sambung ketawa. 


“Mestilah… ini kan Ira.”  Senyuman terukir di bibir Samirah.  Wajah Irsyad Rifqi terbayang di mata.  Sebenarnya jauh di sudut hati dia seronok melihat reaksi Irsyad Rifqi ketika dia memberitahu harus balik sebelum pukul 9 dan lebih seronok lagi melihat riak kelegaan di wajah jejaka itu ketika diberitahu papa membenarkannya balik lewat setengah jam.


“Aku rasa lepas ni dia tak nak jumpa kau lagi.”  Dengan yakin Aidid berkata.  Samirah berpaling ke arah abangnya sambil tersenyum.


“Salah.  Dia dah bagi tau nak kawan dengan aku.”


Samirah sambung bercerita, kali ini perbualan ketika dia dan Irsyad berdiri di hadapan stesen minyak pula diceritakan kepada Aidid.  Bagusnya mempunyai Abang yang satu kepala, dia tidak segan berkongsi cerita.


“Wow, nak bercinta selepas kahwin.  You should tell him that, confirm dia tak jadi kawan dengan kau.”  Aidid ketawa lagi.


“Aiiik,  mana kau tau?  Entah-entah dia terus ajak aku kahwin.  Jangan marah… kau dapat adik ipar tokoh korporat, kaya raya, muda, kacak.”


“Kalau dia terus ajak engkau kahwin, aku yakin engkau terus tolak.”


“Mana kau tau?” Samirah bertanya.


“Aku taulah, sebab kau tak pandang semua tu, kan?”


Dengan pantas Samirah mengangguk.


“Papa dah didik kita dari kecil, tengok rupa dalaman seseorang, bukan rupa luarannya.  Papa juga ajar kita jangan pandang harta seseorang, tapi pandang peribadinya.” Samirah bercakap, bagai separa berbisik.  Cukup jelas untuk didengari oleh Aidid.


“Papa ajar kita jangan tengok pendidikan seseorang, tapi tengok akhlaknya.  Jangan cepat mengadili orang sebelum tahu perkara sebenar.”   Aidid pula menyambung.  Di hujung ayat, suaranya bernada sebak.  Dan tidak semena-mena kereta di berhentikan di bahu jalan.  Samirah pantas berpaling ke arah abangnya.  Dia hairan kenapa tiba-tiba suara Aidid berubah.


“Aidid… kenapa?”


Aidid senyap.  Samirah memanjangkan leher, mengintai muka abangnya.


 “Aidid.”  Bahu Aidid disentuh. 


“Aku… aku teringat, masa masalah papa dan mama semakin meruncing… papa...” Aidid menelan liur.  Bagaikan tersekat kerongkongnya untuk meneruskan cerita.


“Kenapa papa?”


“Di depan aku papa tenang… tapi aku pernah ternampak papa menangis.  Kata papa dia harus nampak tenang di depan aku… kerana dia tak mahu aku bersedih.”


Aidid menelan liur, cuba menahan sebaknya jangan sampai airmatanya jatuh.  Sebenarnya dia sudah letih bersedih.  Waktu bukannya boleh diputar balik.  Lagi pun Aidid yakin pasti ada hikmah di sebalik perpecahan keluarganya.  Dari sedih mengenang nasib, lebih baik dia tumpukan usaha untuk menyatukan dirinya, papa dan Samirah.  Samirah pula mengetap bibir, terbit rasa terkilan di hatinya.


“Sorry Did… I wasn’t there for you and papa.”


Perlahan suara Samirah ketika menuturkannya.  Dia tahu dia tidak sepatutnya merasa terkilan, namun pada banyak ketika dia mengharapkan dia berada di KL untuk bersama-sama papa dan Aidid menempuh saat getir.   Baik Samirah mahu pun Aidid diam.  Yang kedengaran hanyalah bunyi kenderaan yang memintas kereta Aidid.


“Did… aku nak cari Mama.” 


Tiada jawapan dari Aidid. 


 “Aidid, dengar tak?”


 “Tak payahlah Ira.”


Aidid menjawab.  Airmata di pipi sudah habis diseka.  Aidid menarik nafas dalam-dalam, menghembuskannya perlahan-lahan dan menjalankan semula kereta.  Samirah merenung abangnya, seolah-olah mahukan penjelasan mengapa Aidid berkata begitu.


 “Aku takut kau akan lebih sedih kalau jumpa Mama.”


Pandangan Samirah berkalih ke hadapan.


“Atau kau mungkin bencikan Mama.”


Menyirap darah Samirah bila mendengar ayat itu.  Apalah Aidid ni, takkanlah aku akan bencikan Mama, bisik hatinya.


“Aidid, apa yang kau merepek ni?  Dia Mama kita.  Baik ke, buruk ke, jahat ke, dia yang lahirkan kita.  Mana boleh kita benci Mama!”  Suara Samirah meninggi. 


“Jangan cakap kau dah benci Mama!” kata Samirah dengan suara yang masih meninggi, bagaikan memberi amaran kepada Aidid.


“Aku tak benci Mama, tapi aku malu.  Ada kawan-kawan aku yang nampak Mama.  Aku tak tau apa nak cakap kat dia orang.”


Samirah diam.  Bagaimana agaknya jika aku di tempat Aidid, fikirnya.


“Aku nak cari Mama”  tutur Samirah perlahan.


Aidid diam.


**********


Samirah pantas menjawab panggilan sambil dalam hatinya berfikir siapalah yang menelefon seawal jam 9 pagi.  Suara seorang perempuan di hujung talian memperkenalkan dirinya sebagai Cheryl dari Duta Holidays.  Kata Cheryl dia menelefon untuk memanggil Samirah datang ke pejabatnya untuk satu temuduga.


“Untuk jawatan apa?”


 Management trainee.”


Dahi Samirah berkerut.  Dia cuba mengingati bila masanya dia menghantar permohonan di syarikat bernama Duta Holidays, tapi gagal. Mungkin juga syarikat tersebut menggunakan perkhidmatan agensi pengambilan pekerja dan Samirah mungkin pernah menghantar resumenya kepada agensi tersebut.


“So Cik Samirah, can you attend the interview?”


Pantas Samirah menjawab ya.  Alamat emelnya diberikan agar Cheryl boleh menghantarkan maklumat temuduga.


“Alhamdulillah, mudah-mudahan ada rezeki” Samirah bercakap kepada dirinya sendiri.


Sudah sebulan dia balik.  Rancangan asalnya tidak dapat dilaksanakan.  Sesuatu yang tidak dijangka sudah mengubah hidupnya.  Dulu ada Mama di waktu pagi menghantarnya dan Aidid ke sekolah.  Tengahari pulang dari sekolah dia terus ke restoran Mama.  Petang Papa datang ke restoran selepas waktu bekerja dan selepas Maghrib mereka sama-sama pulang ke rumah.


Kehidupan mereka serba ringkas.  Ada kalanya papa terlalu sibuk kerana perlu mengukuhkan perniagaannya.  Tetapi sesibuk mana pun Papa, bila ada masa terluang akan dihabiskan sepenuhnya dengan keluarga.  Mama juga semakin sibuk bila melibatkan diri dalam persatuan pengusaha restoran.  Perniagaan restoran Mama semakin maju selepas terlibat secara aktif dalam persatuan.  Namun seperti Papa, Mama pandai mencari peluang untuk bermesra dengan anak-anaknya. Mereka bahagia.  Samirah tidak pernah terfikir keluarga bahagianya akan runtuh.


Sekarang Mama sudah pergi meninggalkan mereka.  Kalau pemergian itu kerana terpaksa, masih boleh digagahkan hati untuk menerima kenyataan.  Tetapi pemergian itu atas kerelaan Mama.  Malah Mama sendiri minta dilepaskan agar dia boleh pergi.


Samirah sudah penat menangis.  Keluar airmata darah sekalipun tidak boleh mengubah apa-apa.  Dia mahu mencari Mama, namun Aidid tidak menggalakkan.  Niat ini harus disuarakan kepada Papa, mungkin Papa lebih memahami.  Namun sementara pencarian Mama dimulakan, dia tidak mahu berduduk diam sahaja di rumah.  Dia harus keluar bekerja, untuk menimba pengalaman dan untuk mengalihkan perhatiannya dari terlalu memikirkan tentang Mama. 


**********


Good luck.”  Kata Aidid sebaik sahaja menurunkan Samirah di hadapan Bangunan Intermark.


 Thanks.  Nanti aku balik sendiri.”


Abangnya dilambai sebelum Samirah memasuki bangunan.  Pantas langkahnya dihayun menghala ke lobi dan bila lif sampai dia naik ke tingkat 21.  Keluar dari lif matanya melilau mencari syarikat Duta Holidays.  Sampai sahaja di hadapan pintu kaca, loceng ditekan.  Kepada gadis di kaunter dimaklumkan kedatangannya untuk menghadiri temuduga.


Samirah dibawa masuk ke dalam sebuah bilik kecil dan diminta mengisi borang permohonan.    Lima belas minit kemudian dia dibawa ke sebuah bilik yang lebih besar.  Wanita bernama Cheryl yang menelefonnya memperkenalkannya kepada Pengurus Bahagian Sumber Manusia bernama Mariam yang akan menjalankan temuduga.


Temuduga berjalan lancar.  Puan Mariam kelihatan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Samirah.  Namun katanya Samirah perlu menjalani satu lagi temuduga dengan Pengarah Urusan.  Berkerut dahi Samirah mendengarnya.  Teruknya syarikat ni, nak kerja sebagai Management Trainee pun Pengarah Urusan interview, bisik hati Samirah.


 Terus jantungnya berdegup pantas.  Risau pula kalau-kalau Pengarah Urusan itu garang orangnya.  Bagaimana nanti kalau soalan-soalan yang ditanyakan susah atau bernada provokasi?  Ok, bertenang Ira.  Jangan gelabah.  Think positive.  Mungkin Pengarah Urusannya baik, Samirah berkata kepada dirinya sendiri.


Suara Cheryl yang memaklumkan kepada Puan Mariam bahawa Pengarah Urusan sedia untuk menemuduga Samirah sekarang mematikan lamunan Samirah.  Matanya berkalih ke arah Puan Mariam yang sudah bangun dari kerusinya.  Samirah turut berdiri.  Beg tangannya diambil beserta dengan fail berisi sijil-sijilnya.


Samirah terpesona sebaik sahaja matanya menangkap hiasan dalaman pejabat Pengarah Urusan di tingkat 22.  Sungguh mewah gaya hiasan dalaman pejabat tuan Pengarah Urusan.  Pejabat setiausahanya saja sudah kelihatan mewah, bagaimana pula keadaan bilik pejabat bosnya, bisik hati Samirah.


Puan Mariam masuk dulu ke bilik Pengarah Urusan, manakala Samirah disuruh menunggu di luar.  Di hadapan tempat setiausaha ada sebuah sofa lantas Samirah duduk di sofa.  Jantungnya berdegup laju tanpa difahami sebabnya.  Ish Ira, chill.  This is just an interview.  Habis teruk pun aku tak dapat kerja ni, itu saja.  Bukannya dia orang nak makan aku.  Samirah cuba melegakan rasa berdebar yang melanda diri. 


Pintu bilik Pengarah Urusan dibuka.  Puan Mariam keluar sambil tersenyum.  Dimaklumkan kepada Samirah dia boleh masuk sekarang untuk ditemuduga.  Dengan lafaz Bismillah Samirah melangkah ke arah bilik Pengarah Urusan.  Entah kenapa tangannya menggigil saat tombol pintu digenggam. 


Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah tampan itu merenung tepat ke arah Samirah.  Segak bergaya si tuan Pengarah Urusan dalam baju kemeja biru gelap yang dipandankan dengan tali leher biru muda berjalur senget berwarna krim.  Rambutnya tersisir rapi di kiri dan kanan, tapi sebelah atas tetap terpacak.  Sebelah tangan di dalam kocek, sebelah lagi memegang sebatang pen.


Buntang mata Samirah melihat si tuan Pengarah Urusan yang mula menguntum senyum kepadanya.  Fail berisi sijil-sijilnya yang ditekap di dada hampir saja terjatuh.  Sungguh tidak disangka Pengarah Urusan yang akan menemuduganya ialah seorang yang dikenalinya.


“Irsyad!”  Spontan melantun keluar dari bibir Samirah.


“Di pejabat ini orang panggil saya Encik Rifqi.”


Samirah menjegilkan matanya, perasaan bengang mula menyelinap di dalam hati. 


“Masuklah.  Saya tak biasa interview orang dekat muka pintu.”


Samirah menapak perlahan menghampiri meja Irsyad Rifqi.  Mukanya yang cerah sudah berubah menjadi merah.  Merah bukan kerana malu, tapi kerana marah.  Kalaulah dia tau.


“Jemput duduk.”


Irsyad Rifqi duduk selepas mempelawa.  Perlahan-lahan Samirah mara lagi ke hadapan.  Kerusi ditarik lalu dia duduk, dan matanya langsung tidak berkalih dari Irsyad Rifqi walau sepicing.  Irsyad Rifqi pula masih menayangkan senyuman manis yang mampu mencairkan mana-mana gadis.  Mungkin sedikit sukar untuk mencairkan gadis yang sedang merenung tajam ke arahnya sekarang, tetapi dia masih belum berputus asa.


Tanpa berkata apa-apa lagi, Irsyad menundukkan wajahnya.  Kertas putih di hadapan mata dibaca, diselak ke halaman berikutnya, dibaca hingga ke halaman terakhir.  Sekali sekala dia mengetuk-ngetuk jari-jarinya di atas meja.  Sekali sekala dia senyum.  Sekali sekala dia baca semula halaman terdahulu yang sudah dibaca.


Apa lama sangat dia baca resume aku, tanya hati Samirah.  Jantungnya masih berdegup laju.  Dalam dada bercampur baur perasaan.  Rasa nervous ketika menunggu dipanggil masuk ke bilik Pengarah Urusan sudah hilang.  Tapi rasa bengang belum hilang.  Rasanya tak akan hilang selagi dia tak mendapat penjelasan Irsyad Rifqi.


“Awak baca resume ke baca thesis?”


Tak boleh tahan dah, dikeluarkan soalan itu bila rasanya lama sangat Irsyad Rifqi membaca.  Terus Irsyad angkat muka.  Ceria wajahnya mendengar soalan Samirah. 


How are you?” Soalan pembuka bicara dikeluarkan.


Fine, thank you.”


Samirah menjawab selamba.  Rasa bengang belum ditunjukkan lagi.  Irsyad menunduk.  Gambar Samirah bersaiz pasport yang melekat di halaman pertama direnung sekali lagi.  Kemudiannya wajahnya diangkat dan senyuman diberikan kepada Samirah.  Ditunjukkan gambar itu kepada Samirah.


“You are prettier in person.”


I know.”


Samirah duduk tegak, menjawab dengan selamba dan cuba berlagak tenang dan professional walaupun di hati penuh persoalan.  Kenapa Irsyad tidak memberitahu sendiri dia akan dipanggil temuduga di pejabatnya?  Apa motif dia dipanggil untuk temuduga?  Apa sebenarnya jawatan yang ditawarkan kepadanya?  Tadi tu, interview dengan Puan Mariam tu, perlu ke tak perlu sebenarnya?  Memang ada vacancy ke, atau he’s tricking me?  Soalan-soalan ini bermain di mindanya namun belum sampai masa untuk diluahkan.


Jawapan sepatah perkataan Samirah membuatkan Irsyad tersenyum lagi.  Kali ini lebih lebar senyumannya.  Confident.  I like.  Salah satu ciri utama untuk jadi teman hidup sepanjang hayat.  Bisik hatinya.


“Sudi tak awak bekerja dengan syarikat saya?”


Irsyad Rifqi juga cuba berlagak professional.  Dalam hatinya dia merasa seronok dapat melihat Samirah.  Selepas pertemuan minggu lepas, dua kali dia mengajak Samirah keluar tetapi gadis itu enggan dan memberikan macam-macam alasan. 


“Apa jawatan saya?”


Irsyad Rifqi tersenyum lagi. Baru setengah hari bekerja sudah banyak senyumannya keluar.  Biasanya jarang dia dapat senyum banyak-banyak ketika di pejabat.  Ada saja perkara yang memeningkan kepala.  I need her.  In my office… in my life.


Asyik senyum saja, bila nak habis interview.  Kata sibuk tapi macam tak sibuk saja.  Hati Samirah berbicara lagi.  Kalau hatinya tidak marah tentu sekali Samirah suka melihat senyuman Pengarah Urusan yang muda dan kacak di hadapannya.


My secretary.”


So, that is why the Managing Director must interview me?  Hairan juga saya, tak sibukkah MD di syarikat ini sampaikan calon untuk jawatan Management Trainee pun hendak ditemuduganya.”


Irsyad masih tersenyum.  Matanya memandang tepat ke wajah Samirah.  Semakin lama direnung, semakin manis.  Samirah pula semakin lama direnung, semakin dia rasa rimas. 


“Kenapa tak bagi tau dari awal awak nak panggil saya datang interview?  Jawatan Management Trainee tu sebenarnya tak ada kan?”  Samirah bercakap dengan nada bengang.  Irsyad berhenti tersenyum.


“Awak tak sudi keluar dengan saya.  Saya ajak awak keluar sebab hendak beri tau saya nak panggil awak untuk interview di sini.”


You could tell me over the phone.”  Suara Samirah sudah naik sedikit.  Tak sukalah Irsyad ni, terus terang sajalah dari awal kalau nak suruh aku datang temuduga, desis hatinya. 


“I want to tell you in person.”


“Apa bezanya?  Dalam telefon pun boleh bagi tau kan?”


“Tapi saya tak dapat tengok senyuman awak dalam telefon.”


Jeda.  Samirah terkedu.  Bila Irsyad mengayat Samirah tak tahu nak jawab apa.  Tangannya naik ke atas, membetulkan tudung.  Irsyad tersenyum, suka melihat Samirah yang kelihatan gugup tiba-tiba.


“Samira.”  Dengan lembut Irsyad memanggil.  Samirah panggung kepala.  Dua pasang mata bertaut pandang.


“Kerja dengan saya ya.”


Ada nada memujuk dalam suara Irsyad.  Dan ada juga nada menggoda.  Haish, apahal pulak dia nak goda aku.  Ish Ira, jangan perasan.  Hati Samirah berbisik.  Adoi, apa nak jawab ni? 


“Kenapa awak nak ambil saya bekerja?” Jawab dengan soalanlah.


“Awak ada kelulusan dan sikap yang saya perlukan.”


“Sikap apa?”


Dari bersandar Irsyad Rifqi membawa badannya ke depan.  Kedua belah tangannya direhatkan di atas meja. 


“Awak muda, bijak, berani… lain.”


“Lain?”  Dahi Samirah berkerut.


“Yes, you are different from other girls that I have met.”


“How different am I from all other girls that you have met?”


Soalan itu tidak terus dijawab.  Sebaliknya Irsyad Rifqi sekadar merenung Samirah.  Wajah mulus tanpa solekan, sekadar calitan celak di mata dan gincu di bibir.  Auratnya tertutup rapi di sebalik balutan selendang berwarna kuning cair.  Mata Irsyad Rifqi melurut ke bawah, tertancap pula pada jari-jari halus Samirah yang terletak di atas meja.  Cincin!  Ada cincin di jari manis sebelah kiri Samirah.


Irsyad Rifqi menelan liur.  Berkerut sedikit dahinya.  Bukankah di dalam penerbangan dia berkata dia tidak ada kekasih, mahu pun kawan lelaki yang rapat?  Orang lelaki yang paling rapat dengannya ialah abangnya.  Minggu lepas, ketika mereka makan bersama di gerai mamak, tidak pula Irsyad Rifqi perasan ada cincin di jari Samirah.  Cincin itukah penyebab Samirah enggan keluar dengannya lagi?


“Encik Rifqi, awak belum jawab soalan saya.”


Irsyad Rifqi mengangkat matanya.  Aduhai, kenapalah hati ini mudah lebur dengan renunganmu, hatinya berbisik.


You… you cause a stir in my heart.”


Kali ini Samirah pula yang terdiam.  Lama.  Matanya perlahan-lahan melurut ke bawah, tidak sanggup melawan renungan Irsyad Rifqi.  Dia terasa macam ada irama k-pop yang rancak dalam dadanya.

No comments:

Post a Comment