Tuesday 29 October 2013

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 5

Assalam u ols.  Semoga semua sihat hendaknya.  Saya?  Sihat.  Tapi adoyai, adoyai, adoyai the very very the busy. 
Hmm, tetiba time2 nak hujung tahun ni pulak banyak kerja. 

OK, kita sambung kisah Samirah dan Irsyad Rifqi ek. 
Selamat membaca dan bagi komen ya.

Luv u ols!


BAB 5


Damn, she’s right.”


Kata Irsyad Rifqi sambil memasukkan tangannya ke dalam saku seluar.  Matanya memandang ke arah Jalan Tun Razak di bawah.  Dari pejabatnya di tingkat 22, kenderaan yang bertali arus di atas jalanraya kelihatan seperti kereta mainan.


Baru kelmarin mereka berjumpa, hari ini dia sudah teringin sangat-sangat hendak bertemu dengan gadis kecil molek itu.  Tetapi perasaan itu harus dikawal, semata-mata untuk menidakkan kata-kata si gadis bahawa Irsyad Rifqi akan merinduinya. 


Who is damn and who is right?”


Irsyad Rifqi terkejut.  Pantas dia menoleh ke belakang.  Dato’ Ibrahim tersenyum memandang anak bongsunya sambil berdiri di muka pintu pejabat Irsyad Rifqi.


“Daddy ni, buat Qi terkejut saja.  Bukan ke daddy yang buat peraturan, sebelum masuk office ketuk pintu tiga kali, buka pintu, bagi salam then baru masuk?”


Irsyad Rifqi mara ke arah ayahnya sambil tersenyum.


“Daddy dah buat semua tu, tapi Qi yang tak dengar.  Entah fikir apalah tu sampai tak sedar daddy sampai.”


Tangan ayahnya disalami dan dicium.  Dato’ Ibrahim memegang bahu Irsyad Rifqi dan memandang anaknya dengan mata yang sengaja dikecilkan.


Daddy sihat?”


Soalan untuk mengalihkan perhatian ayahnya ditanya, sedangkan nampak jelas ayah kesayangan sihat walafiat.


“Kalau tak sihat, takkan daddy ada di sini sekarang.”


“Tak bagi tau pun daddy nak datang.  Nasib baik Qi ada di office hari ni.”


“Daddy ada board meeting di Cekal Berhad,  habis meeting daddy datanglah ke sini.” 


Dato’ Ibrahim melabuhkan punggung di atas sofa kulit berhadapan dengan meja kerja Irsyad Rifqi. 


Mummy tak ikut ke?”  soal Irsyad Rifqi sambil melabuhkan punggung di sebelah ayahnya.


“Ada.  Daddy pergi meeting, mummy pergi spa.  Sepatutnya dah habis spa session dia.  She should be here anytime.”


So, how was your board meeting?”


 “Alah, macam biasa.  Nothing interesting.” 


Tokoh korporat berusia 69 itu memandang tepat ke arah anak lelaki keduanya.  Anak yang sangat diharap-harapkan kerana dialah sahaja yang mahu mewarisi perniagaan yang telah berpuluh tahun Dato’ Ibrahim usahakan.  Tahun lepas, setelah yakin dengan kebolehan Irsyad Rifqi, Dato’ Ibrahim melantiknya sebagai Pengarah Urusan.  Kini dia bersara dari menguruskan syarikat secara aktif.  Hidupnya lebih tenang kini bertemankan dua orang cucu dari anak pertamanya Rafiqa.


“Kak Long dan budak-budak sihat?”


“Sihat.  Si Nelly dan Johan selalu tanya bila Pak Su nak balik Alor Star?”


Irsyad Rifqi tersenyum sebaik sahaja nama dua anak saudaranya disebut.  Terbayang di mata wajah comel Nelly yang berusia empat tahun dan Johan yang berusia dua tahun.  Kali terakhir dia balik ke Alor Star, tempat asal ayahnya ialah dua bulan lepas.  Tentu sekali mereka merinduinya sekarang.


“Qi sibuk sangat sekarang ni daddy, projek di Kuala Selangor kan baru mula?”


Dato’ Ibrahim mengangguk.  Dia sedia maklum projek resort baru di Kuala Selangor pastinya memerlukan perhatian penuh Irsyad Rifqi.  Dia sangat-sangat faham kerana dia sendiri dulu, ketika menguruskan perniagaan resort ini, sangat sibuk.  Dengan dua resort untuk diuruskan, ditambah pula satu resort yang baru sahaja bermula pembinaannya di Kuala Selangor tentu sahaja Irsyad Rifqi semakin sibuk. 


So, who is this girl?”  Soalan yang membuatkan Irsyad Rifqi tidak senang duduk dilepaskan.


“Tak ada sesiapalah daddy.”


“Eh daddy dengar tadi kamu bercakap seorang diri.”


Irsyad Rifqi memberikan satu senyuman kepada ayahnya.  Bagaimana mahu dinafikan, kalau ayahnya mampu saja menebak apa yang bermain di mindanya.  Mungkin kerana itulah Irsyad Rifqi lebih rapat dengan ayahnya, berbanding abangnya yang sentiasa saja tidak sependapat dengan ayahnya.


“Qi jumpa dia dalam penerbangan balik dari LA hari tu,” akhirnya dia memulakan cerita.  Dato’ Ibrahim mendengar dengan penuh minat.  Tentu saja dengan penuh minat kerana Irsyad Rifqi jarang bercerita tentang perempuan, melainkan dia betul-betul sukakan perempuan itu.


“Dia muda, baru habis study.  Sepanjang penerbangan dia duduk sebelah Qi.”


“Tak minta nombor telefon dia?”


“Ada.  In fact, Qi dah jumpa dia kelmarin.”


Bibir Dato’ Ibrahim menyungging senyuman.  Harap-harap dapat menantu tak lama lagi, bisik hatinya.


So?  Soalan dilontarkan bila Irsyad Rifqi diam.  Matanya merenung jauh ke arah luar.



So, Qi rasa nak kenal dia dengan lebih lanjut, mana tau kalau-kalau ada chemistry, boleh jadi girlfriend.”


“Kalau ada chemistry, terus dibuat isteri.  Qi bukannya muda lagi tau.”


Irsyad Rifqi mengangguk.  Matanya bersinar.  Dalam hatinya membenarkan kata-kata daddy, memang sudah sampai masanya dia mendirikan rumah tangga.  Usianya bakal mencecah 33 tahun bulan depan.  Bukannya selama ini dia tidak mencari calon isteri, tetapi dua faktor menjadi penghalang.  Satu, kesibukkan bekerja.  Dua, gadis-gadis yang pernah didampinginya tidak mampu mencetuskan keterujaan dalam hatinya.  Tetapi gadis bernama Samirah itu… lain.


“Qi anak bongsu daddy.  Patutnya Angah tu yang kahwin dulu.”


Dato’ Ibrahim memandang lembut ke arah Irsyad.  Badannya disandarkan ke sofa.


“Angah tu, bukannya Qi tak tau.  Hidupnya ikut suka dia saja.  Bukan dia ambil kisah apa yang daddy dan mummy rasakan.  Disuruh kerja… katanya tak minat bidang ni.   Disuruh kahwin… katanya muda lagi, belum puas enjoy.  Sambil bila nak enjoy?  Daddy dulu 28 dah kahwin.”


Dato’ Ibrahim duduk tegak.  Bahu anak lelaki kesayangan ditepuk lembut.


“Hidup kita akan lebih teratur jika ada isteri.  Bukan kerana dia yang aturkan makan pakai Qi, tapi kerana isteri yang baik akan jadi teman bicara, tempat mengadu, pendengar yang setia.  Itulah yang mummy buat selama ini.”


Dato’ Ibrahim tersenyum, wajah manis Datin Nuridah terpampang di ruangan mata.


“I struggled to build this business.  From one business to another, I faced challenges, obstacles and trials.  Your mummy has always been there for me.  Tanpa mummy, tak akan ada Duta Holidays. Dari satu resort, kita sudah ada tiga.  Your mummy stands behind me throughout this journey.”


Irsyad Rifqi mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mendengar penuh minat.  Sebenarnya sudah banyak kali dia mendengar kisah pengorbanan mummy, tapi demi menghormati daddy yang sangat cintakan mummy, dia mendengar dan memberi perhatian terhadap cerita daddy.


“Kalau Qi ada isteri, percayalah, Qi akan lebih bersemangat untuk bekerja.  Bila dah ada anak pula, bertambah-tambah lagi semangat sebab Qi tahu tanggungjawab Qi semakin berat.”


Muka diangkat.   Wajah daddy dipandang.


Daddy, how do I know if she’s the right girl for me?”


“Senang saja.”


Dato’ Ibrahim tersenyum.  Kakinya disilangkan.


“Get to know her.  If every time after seeing her, you don’t feel enough and you keep wanting to see her… that’s the first sign.”


“Keduanya, you get along very well dan Qi rasa dia menyenangkan hati Qi.”


“Ketiga, Qi boleh tahan karenahnya.  Rajuk dia, marah dia, semuanya Qi boleh layan.


“Yang keempat, mintalah kepada Allah.  Kalau dah jumpa gadis yang berkenan, berdoa kepada Allah, minta Allah permudahkan.”


Irsyad Rifqi mendengar dengan penuh tekun.  Dato’ Ibrahim menepuk lembut peha anaknya sambil tersenyum.


I think you have found the right girl.”  Dato’ Ibrahim cuba menebak.


“Eh tak adalah daddy.  Qi baru sangat kenal dia.  Baru sekali keluar dengan dia.”


“Qi, hati kalau sudah tercuit, tak perlu kenal lama untuk jatuh cinta.  Tak pernah dengar ke love at the first sight?”


Irsyad Rifqi tersenyum.  Itu saja yang dia mampu buat.  Daddy tengah syok bercakap ni, biarkan saja.  Tapi… apa yang buat daddy fikir begitu?


All this while, you have gone out with so many girls, tapi…”


Berpusing kepala Irsyad, menghala ke arah daddynya. 


“Inilah kali pertama Qi tanya daddy soalan tu.”


Dato’ Ibrahim ketawa.  Hatinya berbunga keriangan.  Memang dia mahu Irsyad Rifqi segera berumahtangga, agar hidupnya yang keseorangan di KL lebih terurus.


Irsyad Rifqi senyum dengan lebih lebar lagi.  Jangan haraplah boleh disorok apa-apa daripada daddy.  Wajah Samirah pula terbayang di mata.  Samira, I hope you like me too.


Wajah daddynya dikerling sekilas.


I am sure daddy will like you too, bisik hati Irsyad.




**********


Cincin yang tersarung di jari manis tangan kirinya direnung lama.  Jatuh lagi setitis airmata, meluncur di atas pipi lantas diseka agar tidak jatuh di atas kertas yang penuh dengan tulisan tangan mamanya.


Sejak kelmarin sudah tiga kali dia membaca setiap bait kata-kata yang tercoret di atas kertas itu.  Setiap kali membacanya, hatinya luluh.  Perpisahan mama dan papa adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.  Seumur hidupnya tidak pernah dia menjangka mama dan papa akan bercerai kerana mereka baginya adalah pasangan suami isteri dan ibu bapa yang sangat ideal.  Tapi kini perkara itu telah pun terjadi. 


Kalaulah aku berada di Malaysia ketika krisis ini terjadi, pasti aku akan menghalang perpisahan mama dan papa.  Aku akan jumpa lelaki itu dan marah dia kerana menjadi orang ketiga yang menggugat keharmonian keluargaku.  Aku akan ingatkan mama tentang semua keindahan dan kemanisan yang pernah mama lalui bersama papa.  Aku juga akan merayu kepada Mama agar jangan tinggalkan kami.  Samirah bermonolog sendiri di dalam hati.


Surat Mama tidak menerangkan dengan terperinci mengapa Mama mahukan perpisahan.  Mama sekadar mengatakan antaranya dengan papa sudah tiada persefahaman.  Langsung Mama tidak menyebut tentang lelaki yang kata Papa dan Aidid adalah punca keluarga mereka berpecah.  Samirah tidak dapat menerima alasan tiada persefahaman yang Mama nyatakan.  Setelah melayari bahtera rumah tangga selama 24 tahun apakah Mama dan Papa belum cukup mengenali hati budi masing-masing?


Deringan telefon mematikan lamunan Samirah.  Dengan malas telefon dicapai.  Ucapan salam dijawab.


“Awak sihat?” suara Irsyad Rifqi di hujung talian kedengaran bernada kehairanan.


“Ya.”


Am I interrupting?”


“Tidak.”


Irsyad Rifqi terdiam seketika.  Dia kata tidak, tapi kenapa aku rasa macam dia tak suka aku call dia, hatinya bertanya.


“Irsyad, kenapa awak call?”


Irsyad Rifqi terkedu.  She’s so direct, kata hatinya lagi.  Then I better go straight to the point, fikirnya lagi.


“Saya call sebab nak bagi tau… awak betul… saya rindu awak.”


Kali ini Samirah pula yang terkedu.


“Boleh kita jumpa?”


Samirah masih terkedu.  Terngiang-ngiang di telinga kata-kata Aidid “Dia nak date dengan engkau sebab dia rasa engkau tu menarik, and he wants to get to know you better.  Kalau ada chemistry, dia buatlah engkau girlfriend dia.”


Benarkah apa yang dikatakan oleh Aidid?  Kalau benar… apa aku nak buat?  Berkawan dengan dia?  He’s not that bad… boleh kot jadi kawan.  Tapi kalau tak benar… lagi parah.  Semua ini berlegar di dalam minda Samirah, hinggakan Irsyad Rifqi di hujung talian kehairanan mengapa Samirah mendiamkan diri.


“Samira,” Irsyad Rifqi memanggil.


“Ya,” lembut dia menjawab, melegakan Irsyad Rifqi yang tiba-tiba jantungnya berdegup laju. 


“Samira… saya nak jumpa awak, malam ni.  Saya nak bawa awak ke satu tempat makan yang pasti awak akan suka.”


Dada Irsyad Rifqi semakin berdebar sebaik sahaja permintaan itu disuarakan.  Please don’t say no, bisik hatinya. 


“Samira” panggil Irsyad Rifqi bila tiada suara dari hujung talian.


“Ya… aahh… saya… saya tak biasa keluar malam dengan lelaki.”


Irsyad Rifqi ketawa.  Terasa lucu dengan jawapan Samirah.  Mana mungkin di zaman millennium ni masih ada gadis yang tidak pernah keluar bersama lelaki di waktu malam.  Kalau budak sekolah bolehlah diterima, ini graduan lepasan luar Negara. 


“Kenapa awak ketawa?’


Dahi Samirah berkerut.  Rasanya aku tidak buat lawak, kenapa pula mamat rambut pacak ni ketawa?  Hatinya bertanya.


That was a good joke.”


What joke?”


“Tu, yang tak biasa keluar malam dengan lelaki… that was funny.”


Kening Samirah bercantum.  Mamat ni ada masalah Bahasa Melayu ke?  Atau sebenarnya dia menyindir aku kot, hati Samirah berbicara.


“Encik Irsyad, saya tak faham apa yang kelakar sangat.  Tapi memang saya tak pernah keluar berdua-duaan sahaja dengan lelaki.  Kalau awak tak kisah, kita boleh jumpa tapi papa dan abang saya akan ikut sekali.”


Betul ke apa yang aku dengar ni, tanya Irsyad Rifqi di dalam hati.  Kali ni dahinya pula yang berkerut.  Senyap di hujung talian sini dan sana.  Entah apalah yang sedang bermain di fikiran Samirah.  Irsyad Rifqi pula sibuk berfikir bagaimana mahu mengelakkan papa dan abang Samirah mengikutnya sekali.  Dia hanya mahu berjumpa Samirah, untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam.  Masih terlalu awal baginya untuk mengenali bapa dan abang gadis itu. 


Irsyad Rifqi menarik nafasnya dalam-dalam dan di kala nafasnya dihembuskan dia menemui jalan untuk mengatasi masalah ini.


Give me your address.  Selepas kerja nanti saya akan terus ke rumah awak.  Saya akan jumpa papa dan abang awak untuk minta izin bawa awak keluar malam ini.”


Samirah memandang kosong ke hadapan.  Sebelah tangannya memegang telefon, sebelah lagi di pinggang.  Perlahan-lahan senyuman tersimpul di bibirnya.  Senyuman pertama sejak dia membaca surat Mama kelmarin.








 

Monday 21 October 2013

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 4


BAB 4


“Irsyad,”  meletus dari mulut Samirah sebaik sahaja dia berpaling. Wajah kacak yang ditatap berbelas jam ketika dalam kapal terbang kini sedang tersenyum memandangnya.  Samirah pula tidak ada mood hendak senyum.


“Dah lama awak sampai?”


“Dah awak kata pukul 12… sebelum pukul 12 saya sampai,” dengan selamba Samirah menjawab. 


“Maaf, ada hal di pejabat tadi  yang menyebabkan saya lambat keluar.” 


Samirah mengangguk, tetapi dalam hatinya masih tidak dapat menerima bahawa dia dibiarkan menunggu selama hampir 20 minit.  Kalau lewat setakat 5 minit masih boleh diterima, tetapi terpaksa menunggu lama bikin hatinya panas.  Apatah lagi hati masih lara dengan perkisahan Mama yang disampaikan oleh Aidid.


Irsyad Rifqi merenung dengan penuh minat wajah gadis peneman bicara yang sudah menimbulkan satu rasa ingin tahu dalam hatinya, sejak berbual berbelas jam dalam penerbangan tempoh hari.  Terpamer riak kurang senang di wajah Samirah.  Wajah mencuka itu kelihatan comel di mata Irsyad Rifqi.


“Samira, I am very sorry.  I know this is very wrong for our first date.  Perkara di pejabat tadi tak dapat saya elakkan.  Maafkan saya.”


Dahi Samirah berkerut, keningnya hampir bercantum.  Date?  Why is he thinking that this is a date?  Bukankah kita sekadar nak makan tengahari bersama?  Or is this how guys think, Aidid pun sebut dating semalam?  Otak Samirah berbicara.  Irsyad Rifqi masih tersenyum, suka melihat wajah Samirah bertukar dari masam mencuka kepada berkerut.


“Jom,” Irsyad Rifqi mempelawa.


“Pergi mana?”


“Makan.  Dah lunch time kan?”


Kerut di dahi Samirah muncul semula sambil dia berjalan menyaingi Irsyad Rifqi.  Peliklah mamat rambut pacak ni, restoran sebelah belakang kenapa pula mereka berjalan ke arah pintu?  Lebih pelik lagi apabila tiba di pintu utama, sebuah SUV BMW X3 berwarna hitam sudah menunggu mereka.


“Silakan,” ujar Irsyad Rifqi sambil memegang pintu kereta yang sudah dibukakan untuk Samirah.  Samirah memandang Irsyad Rifqi dengan wajah penuh tanda tanya.


“Jangan risau, saya nak bawa awak pergi makan, bukannya nak culik awak.”


Akhirnya Samirah masuk, diikuti oleh Irsyad Rifqi yang duduk di sebelahnya.  Jantung Samirah mula berdegup pantas, debaran melanda sambil hati tertanya-tanya ke mana dia akan dibawa.  Irsyad Rifqi tersenyum di sebelah.  Rasa teruja kerana akhirnya dapat berjumpa si gadis manis yang tidak mahu pergi dari mindanya sejak peristiwa dalam penerbangan.


“Gerai Payung Abang Di,”  Irsyad Rifqi memberi arahan dan tanpa sebarang soalan pemandu bernama Rafidi menggerakkan kereta.


Lebih kurang 15 minit kemudian mereka tiba di sebuah gerai berdekatan dengan kawasan Kampung Bahru.  Samirah keluar, matanya melihat ke arah gerai di hadapan.  Tertera nama ‘GERAI PAYUNG’ dan bertepatan dengan namanya banyak payung-payung besar berbagai warna menaungi meja-meja yang penuh dengan orang ramai yang sibuk menjamu selera.


“Kita makan kat sini?”  tanya Samirah sambil berpaling ke arah Irsyad Rifqi di sebelahnya.


“Ya.  Kenapa, awak tak biasa makan di gerai?  Kalau awak nak makan di restoran, kita boleh pergi semula ke Pavilion atau mana-mana tempat yang awak mahu.”


Irsyad Rifqi sudah memalingkan bahunya, ke arah kereta yang masih belum bergerak.


“Eh tak!  Saya boleh makan di sini,” ujar Samirah dan secara spontan tangannya menangkap lengan Irsyad Rifqi.  Tujuannya hanyalah untuk menghalang Irsyad Rifqi dari berpatah balik ke kereta.  Dia tidak menyedari tindakan spontan itu rupa-rupanya memberi satu getaran di dalam hati Irsyad.  Matanya segera melurut ke arah lengan yang sedang dicengkam oleh tangan Samirah.


Samirah perasan pandangan Irsyad jatuh ke atas tangannya, cepat-cepat lengan Irsyad dilepaskan.  Mukanya merah, malu dengan tindakannnya.  Ish, apalah aku ni, nanti dia ingat aku saja-saja gatal nak pegang tangan dia, omel Samirah di dalam hati.


Irsyad Rifqi tersenyum, pipi Samirah yang sudah kemerahan menangkap pandangannya. 


“Jom.”  Dia pula yang menarik tangan Samirah dengan selamba. Samirah terkedu.  Mujurlah yang ditarik bahagian pergelangan tangan yang berbalut lengan baju, kalau tidak nahas dia.


Samirah mengikut dari belakang, lalu di celah meja-meja yang sesak dengan orang.  Kebanyakannya berpakaian pejabat.  Sampai di meja besar di mana lauk-pauk dihidang, Samirah terpempan.  Buntang matanya melihat berjenis-jenis juadah, ulam-ulaman, sambal, gulai dan sayur di hadapan mata. Semuanya nampak sedap.  Lidahnya kecur, Samirah menelan air liur.  Sudah lama makanan Melayu seperti yang terhampar di depan mata tidak dijamah.  Irsyad Rifqi ralit memandang Samirah dengan senyuman melebar di bibirnya.  Gelagat gadis ini sungguh menghiburkan.


“Bos!  Nasi penuh ya?”


Irsyad Rifqi mengangguk sambil menyuakan tangan, menyambut sepinggan nasi yang masih berasap.  Kemudian pinggan itu dihulurkan kepada Samirah.  Tanpa sepatah kata Samirah menyambut pinggan itu dan mula bergerak, mendekati lauk yang ingin dimakan.  Kalau diikutkan hati, semuanya hendak dimakan, tetapi perutnya tidak mungkin mampu menerima sebegitu banyak makanan.  Akhirnya sebiji telur itik dimasak lemak cili api, sesenduk kerabu perut, sekeping hati lembu masak hitam dan sesenduk pucuk paku goreng memenuhi pinggannya.  Pinggan sudah penuh, tapi matanya melekat pada besen besar berisi asam pedas.  Mata Samirah melurut pula ke pinggannya.  Cukuplah Ira, asam pedas tu kau tapau untuk makan malam nanti, bisiknya di dalam hati.


Samirah mengangkat mukanya dan terus memandang ke arah Irsyad Rifqi yang sedang merenungnya dengan penuh minat.  Sepinggan nasi di tangan Irsyad Rifqi masih belum berteman.


“Awak tak ambil lauk ke?”


Irsyad Rifqi sekadar tersenyum dan berlalu ke arah sebuah meja.  Samirah menuruti dari belakang dengan kehairanan.  Rupa-rupanya, bila tiba di meje tersebut, sudah terhidang sepiring kari nangka muda, seketul ayam goreng berempah dan sepiring kecil sambal belacan.


Sebaik sahaja mereka duduk, pelayan datang mengambil pesanan minuman.  Samirah memesan segelas limau ais dan Irsyad Rifqi pula meminta segelas sirap limau.


“Penuh pinggan tu, boleh habis ke?”  Soal Irsyad Rifqi sambil menggulung lengan bajunya.  Tali leher sudah dilonggarkan.


Samirah mengangkat bahu.  Dia pun tidak pasti apakah boleh dihabiskan semua makanan di dalam pinggannya.  Yang pasti, sudah terlalu lama dia tidak menikmati masakan kampung.  Dulu makanan sebeginilah yang dijual di restoran Mama.  Kini setelah Mama pergi… ah, lupakanlah tentang Mama sekejap, nanti hilang pula selera terhadap makanan lazat yang terhidang di depan mata.


Irsyad Rifqi membaca doa makan, Samirah tolong mengaminkan dan dengan berselera dia makan.  Sungguh berselera sehingga dia tidak peduli di hadapannya seorang ahli korporat muda memerhatikan dia makan dengan penuh minat.  Selamba, langsung tak kisah nak control vogue, desis hati Irsyad Rifqi.  I like, desis hatinya lagi.


Meleset jangkaan Irsyad Rifqi, dengan mudah Samirah melicinkan pinggannya.  Nampak di wajahnya kepuasan kerana dapat menikmati makan tengahari yang sangat lazat.  Sedikit peluh terbit di dahi, mungkin akibat kepedasan.  She’s cuter with those sweats on her forehead, fikirnya. 


“Sedap kan makanan kat sini?”


Samirah hanya mampu mengangguk.  Sungguh dia kekenyangan.  Wajah kacak Irsyad yang sedang tersenyum dikerling sekilas.  Aduhai, bukan perutnya saja kenyang, mata pun puas dapat menatap wajah kacak yang menyenangkan.  Berbaloi aku tunggu 20 minit, bisik hati Samirah.


“Saya suka makan kat sini.  The food is delicious and the price is reasonable.  Kalau awak suka, we can come here often.”


Dengan yakin Irsyad mempelawa.  Samirah meneguk air limau ais yang masih berbaki.  Often?  Maknanya dia nak selalu jumpa aku ke?  Dah…jangan perasan Ira.  Takkanlah si kacak kaya raya ni tak ada girlfriend?  Nahas kau Ira kalau terserempak dengan girlfriend dia.  Fikiran Samirah berkata-kata.

 


“Samira,” panggil Irsyad.  Hairan pula kenapa si gadis yang banyak cakap semasa dalam penerbangan, tiba-tiba pendiam pula orangnya hari ini.


Samirah mengangkat wajahnya.  Dua pasang mata bertemu.


It’s Samirah, with an ‘h’ at the end.”


Irsyad senyum.  Aduh, boleh lebur hati Samirah melihat senyuman itu.


I know, I hope you don’t mind me calling you Samira.”


Tak kisahlah, asalkan bunyinya dekat-dekat, kata hati Samirah.  Kepada Irsyad dia hanya mengangguk dan tersenyum. 


“Awak ni sebenarnya pendiam atau peramah?”


Hilang senyuman di bibir Samirah.  Timbul kerutan di dahi.  Wajah Irsyad yang sedang memandangnya dengan dua belah tangan di bawah dagu dipandang dengan kehairanan.


“Awak diam sangat hari ni, berbeza dengan masa kita dalam flight?  Awak… malu atau masih marahkan saya?”


“Nasib baik awak bawa ke tempat makan yang marvelous, marah saya dah hilang.”


Pantas Samirah menjawab.


“Ok, memandangkan awak dah tak marah, maknanya awak malu ya?”


Dahi Samirah berkerut.


“Taklah.  Kenapa saya nak malu pula.”


Ya, memang selamba dan telus.  That was her character in the plane, bisik hati Irsyad.


“You are not angry, you are not shy…so…is there something bothering you?”


Samirah memandang tepat ke wajah Irsyad.  Dia merenung lama wajah kacak itu tanpa sebarang kata. 



**********


Where do you live?” soal Irsyad Rifqi sebaik sahaja mereka memasuki kereta. 


“Taman Melati.”


“Saya hantar awak balik.”


“Eh tak payah.  Hantar saja saya ke Pavilion.  Saya boleh balik naik monorel dan lrt.  Awak perlu sambung kerja, kan?”  Samirah yang terlalu kekenyangan menolak tawaran Irsyad Rifqi.


 “Saya hantar awak dulu dan kemudian balik ke office untuk sambung kerja.”


No.  Saya nak balik sendiri.”  Samirah bertegas.  Dia sungguh-sungguh tidak mahu Irsyad Rifqi menghantarnya pulang.  Aku belum kenal dia, takkan mengada-ngada nak dihantar pulang, akalnya berasional.


Mata Irsyad Rifqi menerawang ke seluruh wajah Samirah.  She’s different, bisik hatinya.  Kalau perempuan lain ni, belum aku offer, dah buat macam-macam alasan supaya aku tak dapat tidak terpaksa menghantar dia balik.  Let’s see if she’s really different, otak Irsyad Rifqi memberi cadangan.


No, saya akan hantar awak balik.  Just tell Abang Di how to get to your house.”


Irsyad Rifqi buat muka serius, tiada langsung senyuman di wajahnya.


Samirah sudah mula rimas.  Apahal dia ni beria-ia nak hantar aku balik? fikirnya.


“Encik Irsyad Rifqi, I can go home on my own.  Saya tak mau menyusahkan awak.”


“Cik Samira, awak langsung tak menyusahkan saya.  Abang Di yang drive, I am just sitting here dan borak dengan awak, just like what we did in the plane.”


Irsyad Rifqi masih belum berputus asa.  Samirah pula sudah bertambah rimasnya dengan sikap mamat rambut pacak yang tidak reti bahasa.  Otaknya mula ligat memikirkan alasan yang tidak boleh dinafikan oleh Irsyad.


“Irsyad, kalau awak berdegil nak hantar saya balik, saya tak mau jumpa awak lagi.”


Kali ini ayat Samirah membuatkan Irsyad Rifqi tersenyum.  Sama seperti ketika dalam penerbangan pulang dari Los Angeles, sentiasa saja dia tersenyum dan ketawa mendengar cerita Samirah.  Wajah manis Samirah ditenungnya lama-lama.  Samirah pula buat muka selamba, memandang ke hadapan walaupun sebenarnya hatinya berdebar direnung begitu. 


“Kenapa awak fikir saya nak jumpa awak lagi?”


Soalan ni nak mengenakan aku, atau nak menduga aku?  Otak Samirah berfikir dengan ligat.  Wajahnya dipalingkan ke kanan dan matanya menangkap pandangan Irsyad Rifqi yang lama tertancap di wajahnya.


“Awak pasti nak jumpa saya lagi… sebab… bila awak balik nanti… awak akan teringatkan makan tengahari kita, apa yang kita bualkan dan awak akan rasa… rindu.”


Perlahan-lahan senyuman di bibir Irsyad Rifqi menghilang.  Matanya dan mata Samirah masih bertemu.  Young, pretty, smart, confident, different  bisik Irsyad Rifqi kepada dirinya.


Unless…”


Ayatnya dibiarkan tergantung.  Samirah memandang ke depan semula.


Unless what?”


Irsyad menginjakkan badannya, dari bersandar ke depan sedikit agar wajah Samirah dapat ditenung.


“Awak dah ada… girlfriend… atau isteri… and it would not be appropriate for you to see me again.”


Irsyad Rifqi tersenyum.  Rasanya Samirah tidak ingat ketika mereka berbual dalam penerbangan dia sudah mengisytiharkan dia masih bujang dan tidak ada kekasih. 


“Abang Di, hantar kami ke Pavilion” arahan dikeluarkan kepada pemandunya.


**********


Jam sepuluh setengah malam pintu biliknya diketuk.  Aidid menunggu di sebalik pintu sambil memegang sebuah kotak kecil.


“Papa dah tidur ke?” soal Samirah.  Tadi selepas pulang dari surau bersama Aidid, papanya terus masuk bilik.  Biasanya apabila pulang dari surau papanya akan menonton tv sebentar dan berbual-bual dengan anak-anaknya sehingga jam sebelas malam.


Aidid mengangguk.  Kotak kecil dihulurkan kepada Samirah sambil dia masuk dan duduk di atas kerusi.  Jantung Samirah berdebar sebaik sahaja kotak dicapai.  Debaran kerana teruja hendak mengetahui apakah yang terkandung di dalam kotak itu.


“Cepat papa tidur?” soal Samirah lagi.


“Papa kata dia letih.  Siang tadi memang papa sibuk, he had three meetings back to back.”


Samirah mengangguk.  Kasihan pula bila mengenangkan pada usia mencecah 58 tahun papa masih sibuk bekerja.


How’s your date?”


Dahi Samirah berkerut. 


“Kenapa?” tanya Aidid, kehairanan dengan reaksi si adik.


“Kenapa orang lelaki ni, keluar makan lunch saja, dah dianggap dating?”


“Kalau dia tak ada niat nak date dengan engkau, buat apa dia ajak engkau makan?  Kau ni macam tak pernah keluar dengan lelaki.  Do you think he just want to eat lunch with you?   It’s more than that Ira.”


 “Kenapa pulak dia nak date dengan aku?”  Dahi Samirah masih berkerut.


OMG!  Kau ni naïf sangat lah!  Dia nak date dengan engkau sebab dia rasa engkau tu menarik, and he wants to get to know you better.  Kalau ada chemistry, dia buatlah engkau girlfriend dia.  Itu pun tak tau.  Kat US tu kau tak pernah keluar dating ke?”


Tangan Aidid sudah naik mencekak pinggang.  Samirah merenung abangnya.  Kerut di dahi hilang, dan perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.


“Aku tak berani keluar dengan lelaki.  Kalau aku keluar pun, ramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan lain.  Orang putih ni culture dia lain Did.  Aku takut keluar berdua je.”


Tangan Aidid jatuh.  Wajah adiknya direnung lama-lama.  Kemudian tangannya naik dan rambut Samirah diusap perlahan.


Good girl.  So, sedap tak lunch kau tadi?”


“Sedap sangat-sangat Did.  Dah lama aku tak rasa masakan kampung macam tu.  Tapi… lepas makan aku rasa sedih… sebab kalau Mama tak tinggalkan kita…”


Ada nada sebak dalam suara Samirah.  Aidid tahu pastinya Samirah rindukan masakan kampung yang pernah dijual di restoran mama mereka.  Kini, restoran pun sudah ditutup dan mama entah ke mana.


“Dah, buka kotak tu cepat.  Aku pun nak tau apa yang mama bagi.”


Aidid cuba mengalih perhatian Samirah.  Namun ternyata tindakannya salah kerana sebaik sahaja kotak dibuka, sebak Samirah bertukar menjadi tangisan.