BAB 4
“Irsyad,” meletus dari mulut Samirah sebaik sahaja dia
berpaling. Wajah kacak yang ditatap berbelas jam ketika dalam kapal terbang
kini sedang tersenyum memandangnya.
Samirah pula tidak ada mood hendak senyum.
“Dah
lama awak sampai?”
“Dah
awak kata pukul 12… sebelum pukul 12 saya sampai,” dengan selamba Samirah
menjawab.
“Maaf,
ada hal di pejabat tadi yang menyebabkan
saya lambat keluar.”
Samirah
mengangguk, tetapi dalam hatinya masih tidak dapat menerima bahawa dia
dibiarkan menunggu selama hampir 20 minit.
Kalau lewat setakat 5 minit masih boleh diterima, tetapi terpaksa
menunggu lama bikin hatinya panas.
Apatah lagi hati masih lara dengan perkisahan Mama yang disampaikan oleh
Aidid.
Irsyad
Rifqi merenung dengan penuh minat wajah gadis peneman bicara yang sudah
menimbulkan satu rasa ingin tahu dalam hatinya, sejak berbual berbelas jam
dalam penerbangan tempoh hari. Terpamer
riak kurang senang di wajah Samirah. Wajah
mencuka itu kelihatan comel di mata Irsyad Rifqi.
“Samira,
I am very sorry. I know this is very wrong for our first date. Perkara di pejabat tadi tak dapat saya
elakkan. Maafkan saya.”
Dahi
Samirah berkerut, keningnya hampir bercantum.
Date? Why is he thinking that this is a date? Bukankah kita sekadar nak makan tengahari
bersama? Or is this how guys think, Aidid pun sebut dating semalam? Otak Samirah
berbicara. Irsyad Rifqi masih tersenyum,
suka melihat wajah Samirah bertukar dari masam mencuka kepada berkerut.
“Jom,”
Irsyad Rifqi mempelawa.
“Pergi
mana?”
“Makan. Dah lunch
time kan?”
Kerut
di dahi Samirah muncul semula sambil dia berjalan menyaingi Irsyad Rifqi. Peliklah mamat rambut pacak ni, restoran
sebelah belakang kenapa pula mereka berjalan ke arah pintu? Lebih pelik lagi apabila tiba di pintu utama,
sebuah SUV BMW X3 berwarna hitam sudah menunggu mereka.
“Silakan,”
ujar Irsyad Rifqi sambil memegang pintu kereta yang sudah dibukakan untuk
Samirah. Samirah memandang Irsyad Rifqi
dengan wajah penuh tanda tanya.
“Jangan
risau, saya nak bawa awak pergi makan, bukannya nak culik awak.”
Akhirnya
Samirah masuk, diikuti oleh Irsyad Rifqi yang duduk di sebelahnya. Jantung Samirah mula berdegup pantas, debaran
melanda sambil hati tertanya-tanya ke mana dia akan dibawa. Irsyad Rifqi tersenyum di sebelah. Rasa teruja kerana akhirnya dapat berjumpa si
gadis manis yang tidak mahu pergi dari mindanya sejak peristiwa dalam
penerbangan.
“Gerai
Payung Abang Di,” Irsyad Rifqi memberi
arahan dan tanpa sebarang soalan pemandu bernama Rafidi menggerakkan kereta.
Lebih
kurang 15 minit kemudian mereka tiba di sebuah gerai berdekatan dengan kawasan
Kampung Bahru. Samirah keluar, matanya
melihat ke arah gerai di hadapan.
Tertera nama ‘GERAI PAYUNG’ dan bertepatan dengan namanya banyak
payung-payung besar berbagai warna menaungi meja-meja yang penuh dengan orang
ramai yang sibuk menjamu selera.
“Kita
makan kat sini?” tanya Samirah sambil
berpaling ke arah Irsyad Rifqi di sebelahnya.
“Ya. Kenapa, awak tak biasa makan di gerai? Kalau awak nak makan di restoran, kita boleh
pergi semula ke Pavilion atau mana-mana tempat yang awak mahu.”
Irsyad
Rifqi sudah memalingkan bahunya, ke arah kereta yang masih belum bergerak.
“Eh
tak! Saya boleh makan di sini,” ujar
Samirah dan secara spontan tangannya menangkap lengan Irsyad Rifqi. Tujuannya hanyalah untuk menghalang Irsyad
Rifqi dari berpatah balik ke kereta. Dia
tidak menyedari tindakan spontan itu rupa-rupanya memberi satu getaran di dalam
hati Irsyad. Matanya segera melurut ke
arah lengan yang sedang dicengkam oleh tangan Samirah.
Samirah
perasan pandangan Irsyad jatuh ke atas tangannya, cepat-cepat lengan Irsyad
dilepaskan. Mukanya merah, malu dengan
tindakannnya. Ish, apalah aku ni, nanti
dia ingat aku saja-saja gatal nak pegang tangan dia, omel Samirah di dalam
hati.
Irsyad
Rifqi tersenyum, pipi Samirah yang sudah kemerahan menangkap pandangannya.
“Jom.” Dia pula yang menarik tangan Samirah dengan
selamba. Samirah terkedu. Mujurlah yang
ditarik bahagian pergelangan tangan yang berbalut lengan baju, kalau tidak
nahas dia.
Samirah
mengikut dari belakang, lalu di celah meja-meja yang sesak dengan orang. Kebanyakannya berpakaian pejabat. Sampai di meja besar di mana lauk-pauk
dihidang, Samirah terpempan. Buntang matanya
melihat berjenis-jenis juadah, ulam-ulaman, sambal, gulai dan sayur di hadapan
mata. Semuanya nampak sedap. Lidahnya
kecur, Samirah menelan air liur. Sudah
lama makanan Melayu seperti yang terhampar di depan mata tidak dijamah. Irsyad Rifqi ralit memandang Samirah dengan
senyuman melebar di bibirnya. Gelagat gadis
ini sungguh menghiburkan.
“Bos! Nasi penuh ya?”
Irsyad
Rifqi mengangguk sambil menyuakan tangan, menyambut sepinggan nasi yang masih
berasap. Kemudian pinggan itu dihulurkan
kepada Samirah. Tanpa sepatah kata
Samirah menyambut pinggan itu dan mula bergerak, mendekati lauk yang ingin
dimakan. Kalau diikutkan hati, semuanya
hendak dimakan, tetapi perutnya tidak mungkin mampu menerima sebegitu banyak
makanan. Akhirnya sebiji telur itik
dimasak lemak cili api, sesenduk kerabu perut, sekeping hati lembu masak hitam
dan sesenduk pucuk paku goreng memenuhi pinggannya. Pinggan sudah penuh, tapi matanya melekat
pada besen besar berisi asam pedas. Mata
Samirah melurut pula ke pinggannya. Cukuplah
Ira, asam pedas tu kau tapau untuk makan malam nanti, bisiknya di dalam hati.
Samirah
mengangkat mukanya dan terus memandang ke arah Irsyad Rifqi yang sedang
merenungnya dengan penuh minat.
Sepinggan nasi di tangan Irsyad Rifqi masih belum berteman.
“Awak
tak ambil lauk ke?”
Irsyad
Rifqi sekadar tersenyum dan berlalu ke arah sebuah meja. Samirah menuruti dari belakang dengan
kehairanan. Rupa-rupanya, bila tiba di
meje tersebut, sudah terhidang sepiring kari nangka muda, seketul ayam goreng
berempah dan sepiring kecil sambal belacan.
Sebaik
sahaja mereka duduk, pelayan datang mengambil pesanan minuman. Samirah memesan segelas limau ais dan Irsyad
Rifqi pula meminta segelas sirap limau.
“Penuh
pinggan tu, boleh habis ke?” Soal Irsyad
Rifqi sambil menggulung lengan bajunya.
Tali leher sudah dilonggarkan.
Samirah
mengangkat bahu. Dia pun tidak pasti
apakah boleh dihabiskan semua makanan di dalam pinggannya. Yang pasti, sudah terlalu lama dia tidak
menikmati masakan kampung. Dulu makanan
sebeginilah yang dijual di restoran Mama.
Kini setelah Mama pergi… ah, lupakanlah tentang Mama sekejap, nanti
hilang pula selera terhadap makanan lazat yang terhidang di depan mata.
Irsyad
Rifqi membaca doa makan, Samirah tolong mengaminkan dan dengan berselera dia
makan. Sungguh berselera sehingga dia
tidak peduli di hadapannya seorang ahli korporat muda memerhatikan dia makan
dengan penuh minat. Selamba, langsung
tak kisah nak control vogue, desis
hati Irsyad Rifqi. I like, desis hatinya lagi.
Meleset
jangkaan Irsyad Rifqi, dengan mudah Samirah melicinkan pinggannya. Nampak di wajahnya kepuasan kerana dapat
menikmati makan tengahari yang sangat lazat.
Sedikit peluh terbit di dahi, mungkin akibat kepedasan. She’s
cuter with those sweats on her forehead, fikirnya.
“Sedap
kan makanan kat sini?”
Samirah
hanya mampu mengangguk. Sungguh dia
kekenyangan. Wajah kacak Irsyad yang
sedang tersenyum dikerling sekilas.
Aduhai, bukan perutnya saja kenyang, mata pun puas dapat menatap wajah
kacak yang menyenangkan. Berbaloi aku
tunggu 20 minit, bisik hati Samirah.
“Saya
suka makan kat sini. The food is delicious and the price is
reasonable. Kalau awak suka, we can come here often.”
Dengan
yakin Irsyad mempelawa. Samirah meneguk
air limau ais yang masih berbaki. Often?
Maknanya dia nak selalu jumpa aku ke?
Dah…jangan perasan Ira. Takkanlah
si kacak kaya raya ni tak ada girlfriend? Nahas kau Ira kalau terserempak dengan girlfriend dia. Fikiran Samirah berkata-kata.
“Samira,”
panggil Irsyad. Hairan pula kenapa si
gadis yang banyak cakap semasa dalam penerbangan, tiba-tiba pendiam pula
orangnya hari ini.
Samirah
mengangkat wajahnya. Dua pasang mata
bertemu.
“It’s Samirah, with an ‘h’ at the end.”
Irsyad
senyum. Aduh, boleh lebur hati Samirah
melihat senyuman itu.
“I know, I hope you don’t mind me calling
you Samira.”
Tak
kisahlah, asalkan bunyinya dekat-dekat, kata hati Samirah. Kepada Irsyad dia hanya mengangguk dan
tersenyum.
“Awak
ni sebenarnya pendiam atau peramah?”
Hilang
senyuman di bibir Samirah. Timbul
kerutan di dahi. Wajah Irsyad yang
sedang memandangnya dengan dua belah tangan di bawah dagu dipandang dengan
kehairanan.
“Awak
diam sangat hari ni, berbeza dengan masa kita dalam flight? Awak… malu atau
masih marahkan saya?”
“Nasib
baik awak bawa ke tempat makan yang marvelous,
marah saya dah hilang.”
Pantas
Samirah menjawab.
“Ok,
memandangkan awak dah tak marah, maknanya awak malu ya?”
Dahi
Samirah berkerut.
“Taklah. Kenapa saya nak malu pula.”
Ya,
memang selamba dan telus. That was her character in the plane,
bisik hati Irsyad.
“You are not
angry, you are not shy…so…is there something bothering you?”
Samirah
memandang tepat ke wajah Irsyad. Dia
merenung lama wajah kacak itu tanpa sebarang kata.
**********
“Where do you live?” soal Irsyad Rifqi
sebaik sahaja mereka memasuki kereta.
“Taman
Melati.”
“Saya
hantar awak balik.”
“Eh
tak payah. Hantar saja saya ke Pavilion. Saya boleh balik naik monorel dan lrt. Awak perlu sambung kerja, kan?” Samirah yang terlalu kekenyangan menolak
tawaran Irsyad Rifqi.
“Saya hantar awak dulu dan kemudian balik ke office untuk sambung kerja.”
“No.
Saya nak balik sendiri.” Samirah
bertegas. Dia sungguh-sungguh tidak mahu
Irsyad Rifqi menghantarnya pulang. Aku
belum kenal dia, takkan mengada-ngada nak dihantar pulang, akalnya berasional.
Mata
Irsyad Rifqi menerawang ke seluruh wajah Samirah. She’s different,
bisik hatinya. Kalau perempuan lain ni, belum
aku offer, dah buat macam-macam
alasan supaya aku tak dapat tidak terpaksa menghantar dia balik. Let’s
see if she’s really different, otak Irsyad Rifqi memberi cadangan.
“No, saya akan hantar awak balik. Just
tell Abang Di how to get to your house.”
Irsyad
Rifqi buat muka serius, tiada langsung senyuman di wajahnya.
Samirah
sudah mula rimas. Apahal dia ni beria-ia
nak hantar aku balik? fikirnya.
“Encik
Irsyad Rifqi, I can go home on my own. Saya tak mau menyusahkan awak.”
“Cik
Samira, awak langsung tak menyusahkan saya.
Abang Di yang drive, I am just sitting here dan borak dengan
awak, just like what we did in the plane.”
Irsyad
Rifqi masih belum berputus asa. Samirah
pula sudah bertambah rimasnya dengan sikap mamat rambut pacak yang tidak reti
bahasa. Otaknya mula ligat memikirkan
alasan yang tidak boleh dinafikan oleh Irsyad.
“Irsyad,
kalau awak berdegil nak hantar saya balik, saya tak mau jumpa awak lagi.”
Kali
ini ayat Samirah membuatkan Irsyad Rifqi tersenyum. Sama seperti ketika dalam penerbangan pulang
dari Los Angeles, sentiasa saja dia tersenyum dan ketawa mendengar cerita Samirah. Wajah manis Samirah ditenungnya
lama-lama. Samirah pula buat muka
selamba, memandang ke hadapan walaupun sebenarnya hatinya berdebar direnung
begitu.
“Kenapa
awak fikir saya nak jumpa awak lagi?”
Soalan
ni nak mengenakan aku, atau nak menduga aku?
Otak Samirah berfikir dengan ligat.
Wajahnya dipalingkan ke kanan dan matanya menangkap pandangan Irsyad
Rifqi yang lama tertancap di wajahnya.
“Awak
pasti nak jumpa saya lagi… sebab… bila awak balik nanti… awak akan teringatkan
makan tengahari kita, apa yang kita bualkan dan awak akan rasa… rindu.”
Perlahan-lahan
senyuman di bibir Irsyad Rifqi menghilang.
Matanya dan mata Samirah masih bertemu.
Young, pretty, smart, confident,
different… bisik Irsyad Rifqi kepada
dirinya.
“Unless…”
Ayatnya
dibiarkan tergantung. Samirah memandang
ke depan semula.
“Unless what?”
Irsyad
menginjakkan badannya, dari bersandar ke depan sedikit agar wajah Samirah dapat
ditenung.
“Awak
dah ada… girlfriend… atau isteri… and it would not be appropriate for you to
see me again.”
Irsyad
Rifqi tersenyum. Rasanya Samirah tidak
ingat ketika mereka berbual dalam penerbangan dia sudah mengisytiharkan dia
masih bujang dan tidak ada kekasih.
“Abang
Di, hantar kami ke Pavilion” arahan dikeluarkan kepada pemandunya.
**********
Jam
sepuluh setengah malam pintu biliknya diketuk.
Aidid menunggu di sebalik pintu sambil memegang sebuah kotak kecil.
“Papa
dah tidur ke?” soal Samirah. Tadi
selepas pulang dari surau bersama Aidid, papanya terus masuk bilik. Biasanya apabila pulang dari surau papanya
akan menonton tv sebentar dan berbual-bual dengan anak-anaknya sehingga jam
sebelas malam.
Aidid
mengangguk. Kotak kecil dihulurkan
kepada Samirah sambil dia masuk dan duduk di atas kerusi. Jantung Samirah berdebar sebaik sahaja kotak
dicapai. Debaran kerana teruja hendak
mengetahui apakah yang terkandung di dalam kotak itu.
“Cepat
papa tidur?” soal Samirah lagi.
“Papa
kata dia letih. Siang tadi memang papa
sibuk, he had three meetings back to back.”
Samirah
mengangguk. Kasihan pula bila
mengenangkan pada usia mencecah 58 tahun papa masih sibuk bekerja.
“How’s your date?”
Dahi
Samirah berkerut.
“Kenapa?”
tanya Aidid, kehairanan dengan reaksi si adik.
“Kenapa
orang lelaki ni, keluar makan lunch
saja, dah dianggap dating?”
“Kalau
dia tak ada niat nak date dengan
engkau, buat apa dia ajak engkau makan?
Kau ni macam tak pernah keluar dengan lelaki. Do you
think he just want to eat lunch with you?
It’s more than that Ira.”
“Kenapa pulak dia nak date dengan aku?” Dahi Samirah
masih berkerut.
“OMG!
Kau ni naïf sangat lah! Dia nak date dengan engkau sebab dia rasa engkau
tu menarik, and he wants to get to know
you better. Kalau ada chemistry, dia buatlah engkau girlfriend dia. Itu pun tak tau. Kat US tu kau tak pernah keluar dating ke?”
Tangan
Aidid sudah naik mencekak pinggang. Samirah
merenung abangnya. Kerut di dahi hilang,
dan perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.
“Aku
tak berani keluar dengan lelaki. Kalau
aku keluar pun, ramai-ramai dengan kawan-kawan perempuan lain. Orang putih ni culture dia lain Did. Aku
takut keluar berdua je.”
Tangan
Aidid jatuh. Wajah adiknya direnung
lama-lama. Kemudian tangannya naik dan
rambut Samirah diusap perlahan.
“Good girl. So, sedap tak lunch kau tadi?”
“Sedap
sangat-sangat Did. Dah lama aku tak rasa
masakan kampung macam tu. Tapi… lepas
makan aku rasa sedih… sebab kalau Mama tak tinggalkan kita…”
Ada
nada sebak dalam suara Samirah. Aidid
tahu pastinya Samirah rindukan masakan kampung yang pernah dijual di restoran
mama mereka. Kini, restoran pun sudah
ditutup dan mama entah ke mana.
“Dah,
buka kotak tu cepat. Aku pun nak tau apa
yang mama bagi.”
Aidid
cuba mengalih perhatian Samirah. Namun
ternyata tindakannya salah kerana sebaik sahaja kotak dibuka, sebak Samirah
bertukar menjadi tangisan.
No comments:
Post a Comment