Tuesday 29 October 2013

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 5

Assalam u ols.  Semoga semua sihat hendaknya.  Saya?  Sihat.  Tapi adoyai, adoyai, adoyai the very very the busy. 
Hmm, tetiba time2 nak hujung tahun ni pulak banyak kerja. 

OK, kita sambung kisah Samirah dan Irsyad Rifqi ek. 
Selamat membaca dan bagi komen ya.

Luv u ols!


BAB 5


Damn, she’s right.”


Kata Irsyad Rifqi sambil memasukkan tangannya ke dalam saku seluar.  Matanya memandang ke arah Jalan Tun Razak di bawah.  Dari pejabatnya di tingkat 22, kenderaan yang bertali arus di atas jalanraya kelihatan seperti kereta mainan.


Baru kelmarin mereka berjumpa, hari ini dia sudah teringin sangat-sangat hendak bertemu dengan gadis kecil molek itu.  Tetapi perasaan itu harus dikawal, semata-mata untuk menidakkan kata-kata si gadis bahawa Irsyad Rifqi akan merinduinya. 


Who is damn and who is right?”


Irsyad Rifqi terkejut.  Pantas dia menoleh ke belakang.  Dato’ Ibrahim tersenyum memandang anak bongsunya sambil berdiri di muka pintu pejabat Irsyad Rifqi.


“Daddy ni, buat Qi terkejut saja.  Bukan ke daddy yang buat peraturan, sebelum masuk office ketuk pintu tiga kali, buka pintu, bagi salam then baru masuk?”


Irsyad Rifqi mara ke arah ayahnya sambil tersenyum.


“Daddy dah buat semua tu, tapi Qi yang tak dengar.  Entah fikir apalah tu sampai tak sedar daddy sampai.”


Tangan ayahnya disalami dan dicium.  Dato’ Ibrahim memegang bahu Irsyad Rifqi dan memandang anaknya dengan mata yang sengaja dikecilkan.


Daddy sihat?”


Soalan untuk mengalihkan perhatian ayahnya ditanya, sedangkan nampak jelas ayah kesayangan sihat walafiat.


“Kalau tak sihat, takkan daddy ada di sini sekarang.”


“Tak bagi tau pun daddy nak datang.  Nasib baik Qi ada di office hari ni.”


“Daddy ada board meeting di Cekal Berhad,  habis meeting daddy datanglah ke sini.” 


Dato’ Ibrahim melabuhkan punggung di atas sofa kulit berhadapan dengan meja kerja Irsyad Rifqi. 


Mummy tak ikut ke?”  soal Irsyad Rifqi sambil melabuhkan punggung di sebelah ayahnya.


“Ada.  Daddy pergi meeting, mummy pergi spa.  Sepatutnya dah habis spa session dia.  She should be here anytime.”


So, how was your board meeting?”


 “Alah, macam biasa.  Nothing interesting.” 


Tokoh korporat berusia 69 itu memandang tepat ke arah anak lelaki keduanya.  Anak yang sangat diharap-harapkan kerana dialah sahaja yang mahu mewarisi perniagaan yang telah berpuluh tahun Dato’ Ibrahim usahakan.  Tahun lepas, setelah yakin dengan kebolehan Irsyad Rifqi, Dato’ Ibrahim melantiknya sebagai Pengarah Urusan.  Kini dia bersara dari menguruskan syarikat secara aktif.  Hidupnya lebih tenang kini bertemankan dua orang cucu dari anak pertamanya Rafiqa.


“Kak Long dan budak-budak sihat?”


“Sihat.  Si Nelly dan Johan selalu tanya bila Pak Su nak balik Alor Star?”


Irsyad Rifqi tersenyum sebaik sahaja nama dua anak saudaranya disebut.  Terbayang di mata wajah comel Nelly yang berusia empat tahun dan Johan yang berusia dua tahun.  Kali terakhir dia balik ke Alor Star, tempat asal ayahnya ialah dua bulan lepas.  Tentu sekali mereka merinduinya sekarang.


“Qi sibuk sangat sekarang ni daddy, projek di Kuala Selangor kan baru mula?”


Dato’ Ibrahim mengangguk.  Dia sedia maklum projek resort baru di Kuala Selangor pastinya memerlukan perhatian penuh Irsyad Rifqi.  Dia sangat-sangat faham kerana dia sendiri dulu, ketika menguruskan perniagaan resort ini, sangat sibuk.  Dengan dua resort untuk diuruskan, ditambah pula satu resort yang baru sahaja bermula pembinaannya di Kuala Selangor tentu sahaja Irsyad Rifqi semakin sibuk. 


So, who is this girl?”  Soalan yang membuatkan Irsyad Rifqi tidak senang duduk dilepaskan.


“Tak ada sesiapalah daddy.”


“Eh daddy dengar tadi kamu bercakap seorang diri.”


Irsyad Rifqi memberikan satu senyuman kepada ayahnya.  Bagaimana mahu dinafikan, kalau ayahnya mampu saja menebak apa yang bermain di mindanya.  Mungkin kerana itulah Irsyad Rifqi lebih rapat dengan ayahnya, berbanding abangnya yang sentiasa saja tidak sependapat dengan ayahnya.


“Qi jumpa dia dalam penerbangan balik dari LA hari tu,” akhirnya dia memulakan cerita.  Dato’ Ibrahim mendengar dengan penuh minat.  Tentu saja dengan penuh minat kerana Irsyad Rifqi jarang bercerita tentang perempuan, melainkan dia betul-betul sukakan perempuan itu.


“Dia muda, baru habis study.  Sepanjang penerbangan dia duduk sebelah Qi.”


“Tak minta nombor telefon dia?”


“Ada.  In fact, Qi dah jumpa dia kelmarin.”


Bibir Dato’ Ibrahim menyungging senyuman.  Harap-harap dapat menantu tak lama lagi, bisik hatinya.


So?  Soalan dilontarkan bila Irsyad Rifqi diam.  Matanya merenung jauh ke arah luar.



So, Qi rasa nak kenal dia dengan lebih lanjut, mana tau kalau-kalau ada chemistry, boleh jadi girlfriend.”


“Kalau ada chemistry, terus dibuat isteri.  Qi bukannya muda lagi tau.”


Irsyad Rifqi mengangguk.  Matanya bersinar.  Dalam hatinya membenarkan kata-kata daddy, memang sudah sampai masanya dia mendirikan rumah tangga.  Usianya bakal mencecah 33 tahun bulan depan.  Bukannya selama ini dia tidak mencari calon isteri, tetapi dua faktor menjadi penghalang.  Satu, kesibukkan bekerja.  Dua, gadis-gadis yang pernah didampinginya tidak mampu mencetuskan keterujaan dalam hatinya.  Tetapi gadis bernama Samirah itu… lain.


“Qi anak bongsu daddy.  Patutnya Angah tu yang kahwin dulu.”


Dato’ Ibrahim memandang lembut ke arah Irsyad.  Badannya disandarkan ke sofa.


“Angah tu, bukannya Qi tak tau.  Hidupnya ikut suka dia saja.  Bukan dia ambil kisah apa yang daddy dan mummy rasakan.  Disuruh kerja… katanya tak minat bidang ni.   Disuruh kahwin… katanya muda lagi, belum puas enjoy.  Sambil bila nak enjoy?  Daddy dulu 28 dah kahwin.”


Dato’ Ibrahim duduk tegak.  Bahu anak lelaki kesayangan ditepuk lembut.


“Hidup kita akan lebih teratur jika ada isteri.  Bukan kerana dia yang aturkan makan pakai Qi, tapi kerana isteri yang baik akan jadi teman bicara, tempat mengadu, pendengar yang setia.  Itulah yang mummy buat selama ini.”


Dato’ Ibrahim tersenyum, wajah manis Datin Nuridah terpampang di ruangan mata.


“I struggled to build this business.  From one business to another, I faced challenges, obstacles and trials.  Your mummy has always been there for me.  Tanpa mummy, tak akan ada Duta Holidays. Dari satu resort, kita sudah ada tiga.  Your mummy stands behind me throughout this journey.”


Irsyad Rifqi mengangguk-anggukkan kepalanya sambil mendengar penuh minat.  Sebenarnya sudah banyak kali dia mendengar kisah pengorbanan mummy, tapi demi menghormati daddy yang sangat cintakan mummy, dia mendengar dan memberi perhatian terhadap cerita daddy.


“Kalau Qi ada isteri, percayalah, Qi akan lebih bersemangat untuk bekerja.  Bila dah ada anak pula, bertambah-tambah lagi semangat sebab Qi tahu tanggungjawab Qi semakin berat.”


Muka diangkat.   Wajah daddy dipandang.


Daddy, how do I know if she’s the right girl for me?”


“Senang saja.”


Dato’ Ibrahim tersenyum.  Kakinya disilangkan.


“Get to know her.  If every time after seeing her, you don’t feel enough and you keep wanting to see her… that’s the first sign.”


“Keduanya, you get along very well dan Qi rasa dia menyenangkan hati Qi.”


“Ketiga, Qi boleh tahan karenahnya.  Rajuk dia, marah dia, semuanya Qi boleh layan.


“Yang keempat, mintalah kepada Allah.  Kalau dah jumpa gadis yang berkenan, berdoa kepada Allah, minta Allah permudahkan.”


Irsyad Rifqi mendengar dengan penuh tekun.  Dato’ Ibrahim menepuk lembut peha anaknya sambil tersenyum.


I think you have found the right girl.”  Dato’ Ibrahim cuba menebak.


“Eh tak adalah daddy.  Qi baru sangat kenal dia.  Baru sekali keluar dengan dia.”


“Qi, hati kalau sudah tercuit, tak perlu kenal lama untuk jatuh cinta.  Tak pernah dengar ke love at the first sight?”


Irsyad Rifqi tersenyum.  Itu saja yang dia mampu buat.  Daddy tengah syok bercakap ni, biarkan saja.  Tapi… apa yang buat daddy fikir begitu?


All this while, you have gone out with so many girls, tapi…”


Berpusing kepala Irsyad, menghala ke arah daddynya. 


“Inilah kali pertama Qi tanya daddy soalan tu.”


Dato’ Ibrahim ketawa.  Hatinya berbunga keriangan.  Memang dia mahu Irsyad Rifqi segera berumahtangga, agar hidupnya yang keseorangan di KL lebih terurus.


Irsyad Rifqi senyum dengan lebih lebar lagi.  Jangan haraplah boleh disorok apa-apa daripada daddy.  Wajah Samirah pula terbayang di mata.  Samira, I hope you like me too.


Wajah daddynya dikerling sekilas.


I am sure daddy will like you too, bisik hati Irsyad.




**********


Cincin yang tersarung di jari manis tangan kirinya direnung lama.  Jatuh lagi setitis airmata, meluncur di atas pipi lantas diseka agar tidak jatuh di atas kertas yang penuh dengan tulisan tangan mamanya.


Sejak kelmarin sudah tiga kali dia membaca setiap bait kata-kata yang tercoret di atas kertas itu.  Setiap kali membacanya, hatinya luluh.  Perpisahan mama dan papa adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.  Seumur hidupnya tidak pernah dia menjangka mama dan papa akan bercerai kerana mereka baginya adalah pasangan suami isteri dan ibu bapa yang sangat ideal.  Tapi kini perkara itu telah pun terjadi. 


Kalaulah aku berada di Malaysia ketika krisis ini terjadi, pasti aku akan menghalang perpisahan mama dan papa.  Aku akan jumpa lelaki itu dan marah dia kerana menjadi orang ketiga yang menggugat keharmonian keluargaku.  Aku akan ingatkan mama tentang semua keindahan dan kemanisan yang pernah mama lalui bersama papa.  Aku juga akan merayu kepada Mama agar jangan tinggalkan kami.  Samirah bermonolog sendiri di dalam hati.


Surat Mama tidak menerangkan dengan terperinci mengapa Mama mahukan perpisahan.  Mama sekadar mengatakan antaranya dengan papa sudah tiada persefahaman.  Langsung Mama tidak menyebut tentang lelaki yang kata Papa dan Aidid adalah punca keluarga mereka berpecah.  Samirah tidak dapat menerima alasan tiada persefahaman yang Mama nyatakan.  Setelah melayari bahtera rumah tangga selama 24 tahun apakah Mama dan Papa belum cukup mengenali hati budi masing-masing?


Deringan telefon mematikan lamunan Samirah.  Dengan malas telefon dicapai.  Ucapan salam dijawab.


“Awak sihat?” suara Irsyad Rifqi di hujung talian kedengaran bernada kehairanan.


“Ya.”


Am I interrupting?”


“Tidak.”


Irsyad Rifqi terdiam seketika.  Dia kata tidak, tapi kenapa aku rasa macam dia tak suka aku call dia, hatinya bertanya.


“Irsyad, kenapa awak call?”


Irsyad Rifqi terkedu.  She’s so direct, kata hatinya lagi.  Then I better go straight to the point, fikirnya lagi.


“Saya call sebab nak bagi tau… awak betul… saya rindu awak.”


Kali ini Samirah pula yang terkedu.


“Boleh kita jumpa?”


Samirah masih terkedu.  Terngiang-ngiang di telinga kata-kata Aidid “Dia nak date dengan engkau sebab dia rasa engkau tu menarik, and he wants to get to know you better.  Kalau ada chemistry, dia buatlah engkau girlfriend dia.”


Benarkah apa yang dikatakan oleh Aidid?  Kalau benar… apa aku nak buat?  Berkawan dengan dia?  He’s not that bad… boleh kot jadi kawan.  Tapi kalau tak benar… lagi parah.  Semua ini berlegar di dalam minda Samirah, hinggakan Irsyad Rifqi di hujung talian kehairanan mengapa Samirah mendiamkan diri.


“Samira,” Irsyad Rifqi memanggil.


“Ya,” lembut dia menjawab, melegakan Irsyad Rifqi yang tiba-tiba jantungnya berdegup laju. 


“Samira… saya nak jumpa awak, malam ni.  Saya nak bawa awak ke satu tempat makan yang pasti awak akan suka.”


Dada Irsyad Rifqi semakin berdebar sebaik sahaja permintaan itu disuarakan.  Please don’t say no, bisik hatinya. 


“Samira” panggil Irsyad Rifqi bila tiada suara dari hujung talian.


“Ya… aahh… saya… saya tak biasa keluar malam dengan lelaki.”


Irsyad Rifqi ketawa.  Terasa lucu dengan jawapan Samirah.  Mana mungkin di zaman millennium ni masih ada gadis yang tidak pernah keluar bersama lelaki di waktu malam.  Kalau budak sekolah bolehlah diterima, ini graduan lepasan luar Negara. 


“Kenapa awak ketawa?’


Dahi Samirah berkerut.  Rasanya aku tidak buat lawak, kenapa pula mamat rambut pacak ni ketawa?  Hatinya bertanya.


That was a good joke.”


What joke?”


“Tu, yang tak biasa keluar malam dengan lelaki… that was funny.”


Kening Samirah bercantum.  Mamat ni ada masalah Bahasa Melayu ke?  Atau sebenarnya dia menyindir aku kot, hati Samirah berbicara.


“Encik Irsyad, saya tak faham apa yang kelakar sangat.  Tapi memang saya tak pernah keluar berdua-duaan sahaja dengan lelaki.  Kalau awak tak kisah, kita boleh jumpa tapi papa dan abang saya akan ikut sekali.”


Betul ke apa yang aku dengar ni, tanya Irsyad Rifqi di dalam hati.  Kali ni dahinya pula yang berkerut.  Senyap di hujung talian sini dan sana.  Entah apalah yang sedang bermain di fikiran Samirah.  Irsyad Rifqi pula sibuk berfikir bagaimana mahu mengelakkan papa dan abang Samirah mengikutnya sekali.  Dia hanya mahu berjumpa Samirah, untuk mengenali gadis itu dengan lebih mendalam.  Masih terlalu awal baginya untuk mengenali bapa dan abang gadis itu. 


Irsyad Rifqi menarik nafasnya dalam-dalam dan di kala nafasnya dihembuskan dia menemui jalan untuk mengatasi masalah ini.


Give me your address.  Selepas kerja nanti saya akan terus ke rumah awak.  Saya akan jumpa papa dan abang awak untuk minta izin bawa awak keluar malam ini.”


Samirah memandang kosong ke hadapan.  Sebelah tangannya memegang telefon, sebelah lagi di pinggang.  Perlahan-lahan senyuman tersimpul di bibirnya.  Senyuman pertama sejak dia membaca surat Mama kelmarin.








 

No comments:

Post a Comment