Wednesday 1 January 2014

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 14


Assalam dan hai2 semua.  Selamat tahun baru.  Semoga tahun 2014 membawa lebih banyak kebahagiaan, rezeki, kesihatan yang baik, kejayaan dan keredhaanNya kepada kita semua.
Isma pohon maaf kerana lambat upload bab berikutnya.  Isma terlalu sibuk dengan hal-hal persekolahan anak2, bercuti dengan keluarga dan hal2 lain.
Terimalah bab 14, semoga menghiburkan.  Maaf di atas segala kekurangan.  Sila komen ya.

BAB 14

“Nanti I call.  Promise.”


Itu katanya dua hari lepas tapi sampai sekarang Irsyad Rifqi tak telefon.  Sudahnya hari Sabtu Samirah terperap di rumah.  Aidid sudah keluar dengan kawan-kawannya.  Papa masih di pejabatnya.  Hari Sabtu pun nak kerja juga papa ni, omel Samirah dalam hati.


Lusa dia akan mula bekerja.  Dari sibuk melayan perasaan, lebih baik dia periksa cukupkah baju-bajunya untuk dipakai semasa bekerja nanti.  Kalau tidak cukup dia masih ada hari ini dan esok untuk keluar membelinya.  Kalau cukup, dia akan keluar juga membeli-belah.  Dapat beli sepasang baju pun tak apa, asalkan dia keluar.  Bosanlah duduk di rumah pada hari Sabtu.


Ada 10 pasang baju kurung kain kapas yang sesuai digayakan ke pejabat.  Cukup untuk dua minggu.  Blazer 3 helai, seluar palazzo dan blaus yang boleh dipadankan ada 7 pasang.  Skirt labuh, banyak.  Yang kembang ada, yang lurus bersusun kipas di belakang ada dan yang A-line pun ada.  Jubah, yang ini tak banyak.  Ada 2 saja.  Cukuplah.  Tudung?  Ya tudung kena ada banyak, lebih-lebih lagi jenis terus sarung dan shawl yang tak perlu digosok.  Jenis letak atas kepala, lilit dan bubuh pin dan kerongsang.  Memang itu kegemaran Samirah.


Chest drawer empat tingkat dihampiri.  Tarik laci tingkat pertama.  Dalam laci penuh dengan selendang.  Macam-macam warna, corak, fabrik.  Cukuplah.  Tak payah beli yang baru.  Tolak laci pertama, tarik pula laci kedua.  Yang ini penuh dengan tudung terus sarung yang digulung cantik supaya awningnya tak rosak.  Banyak dalam laci tu.  Tak payah kiralah.  Dan tak payah beli yang baru juga.


Tolak laci kedua, tarik pula laci ketiga.  Eh yang ini penuh dengan baju kecil di sebelah kiri dan seluar kecil di sebelah kanan.  Sah-sah tak payah kira dan beli yang baru.  Masa di USA sudah banyak Samirah membeli.  Di sana lebih murah dan lebih cantik rekaannya.  Tolak laci ketiga, jarinya kaku di atas pemegang laci terakhir yang duduknya terkebawah.  Sudah lama Samirah tidak buka laci itu.  Malahan sejak balik belum sekali pun dia buka laci terakhir.  Seingatnya dalam laci itu Mama simpankan telekung dan pakaian-pakaian lama.  Terasa ada debaran dalam dadanya.  Hairan, kenapa ada debaran?  Pemegang laci digenggam kemas dan baru saja dia hendak menarik laci, telefon bimbitnya berbunyi.


Samirah berdiri, berjalan menuju ke meja solek dan mencapai telefonnya.    Ditenung lama  sebelum akhirnya panggilan itu dijawab.  Suara yang berjanji akan menelefonnya dua hari lepas akhirnya baru sekarang kedengaran.


“Sihat?”  soal Irsyad Rifqi selepas salamnya disambut Samirah.


“Alhamdulillah.  Awak?”


“Sihat.  Tapi saya sibuk sangat.  Sekarang ni saya di kampung.”


Kampung?  Ingatkan orang KL.  Chop chop!  Memang dia orang KL tapi mak ayah dia dah pindah balik ke Alor Setar.  Sekarang dia orang tinggal dengan kakak sulung dia.  Teruklah kau ni Ira, itu pun tak ingat.


“Samira.”


“Ya.”


“Ingatkan awak ke mana tadi.  Saya tanya awak tak jawab.”


Macam mana nak jawab, fikiran Samirah tadi melayang sekejap kepada cerita Irsyad tentang mak ayah dia yang dah balik ke Alor Setar.


“Sorry, awak tanya apa?”


I said, what are you busy with now?”


Not really busy.  Saya tengah tengok-tengok pakaian, cukup tak untuk dipakai pergi kerja nanti.”


“Kerja?  Dah dapat kerja ke?”


“Yup.  Ingat tak hari tu saya pergi interview di Subang Jaya?  Lusa saya mula kerja.”


“Dapat di Subang?”  Ada nada ceria dalam suara Irsyad.


No.  Just two weeks here.  Lepas tu based in Penang.”


“Oh.”  Sekarang ada nada sedih dalam suara Irsyad.  “Sampai hati tak bagi tau saya dah dapat kerja.”  Ada nada merajuk pula.


Samirah menggaru kepala yang tidak gatal.  Takkan tak bagi tau pasal dapat kerja pun boleh buat dia merajuk?  Bukan salah aku.  Siapa suruh lama tak call?


“Awak kata kita kawan, tapi perkara penting macam awak dah dapat kerja pun awak tak nak kongsi dengan saya.”  Makin kuat nada merajuk dalam suaranya.


“Bukan saya tak mau bagi tau.  Awak tu sibuk sangat.  Tak call saya.  Tak ajak saya keluar…”  OMG!  Kau cakap macam tu kat dia Ira?  Hati Samirah bertanya.  Sungguh, dia sendiri tidak percaya dia boleh berkata begitu kepada Irsyad.  Habislah Irsyad tau yang aku rindukan dia, bisik hatinya lagi.


Di hujung sana Irsyad Rifqi ketawa kecil.


“Kenapa awak gelak?”


I thought you never care.”


“Care about what?”  Dahi Samirah mula berkerut.


“About me not calling and going out with you.”


Kan betul!  Nasib baiklah dia tak ada depan aku sekarang.  Kalau tidak, tentu muka aku sudah merah macam ayam tandoori kena bakar, kata hati Samirah.


“Kenapa awak fikir macam tu?  Tak baik tau, awak buruk sangka dengan saya.”


Di hujung sana Irsyad Rifqi ketawa lagi.  Samirah di sini membiarkan saja.  Sebenarnya dia juga rindukan gelak tawa Irsyad.


“Saya bukan buruk sangka.  Saya berandaian begitu sebab selama kita kawan, hanya saya yang telefon awak.  Sampaikan saya rasa… awak… tak kisah tentang saya… tak minat nak ambil tau…”


“Irsyad!’  Pantas Samirah memintas.


“Awak salah.  Saya bukan tak mau ambil tau tentang awak.  Awak selalu sibuk.  Saya tak mau ganggu awak, takut kalau-kalau saya telefon pada waktu yang salah. Ya betul, saya tak call awak… tapi saya sentiasa berharap mendapat panggilan daripada awak.”


Samirah memegang dahi.  Dahinya basah dengan peluh.  Eh, kenapa berpeluh ni?  Dia tak rasa panas pun.  Di hujung talian, Irsyad Rifqi tersenyum lebar.  Baru acah sikit dah mengaku.  Samira, dalam keberanian, keyakinan dan kebijaksanaanmu… ada juga kurang bijaknya.  Betulkah dia kurang bijak?  Atau dia sebenarnya jujur?  Mindanya bertanya.


“Irsyad, girlfriend awak cantik.  Sesuai dengan awak,” kata Samirah bila agak lama yang di sana senyap. 


Yes, she’s very pretty.  She’s also smart and confident.  Awak betul, dia memang sesuai dengan saya.”


“Kenapa tak kenalkan kepada saya hari tu?”


“Takkan awak tak kenal girlfriend saya?”  Irsyad Rifqi ketawa kecil lagi.  Samirah pula berkerut dahi kehairanan.  Bila masanya aku kenal perempuan tu?  Wajah si gadis yang cantik dan anggun bergaya menerpa semula ke mindanya.  Dia cuba mengingati.  Sungguh, dia tak pernah jumpa perempuan itu.


“Errm.. saya tak kenal.  Dia tu model ke artis?”


“Dia orang biasa saja.”  Ketawa lagi si Irsyad.    


“Awak serius dengan dia?”


Of course.  Kalau saya dah suka seseorang gadis, saya akan serius berkawan dengan gadis tu.  Saya bukan playboy ya, dan saya tak ada masa nak try gadis itu, gadis ini.  Kalau date pertama saya dah rasa tak ada chemistry, I won’t proceed.”  Dengan Panjang lebar Irsyad menerangkan.  Dengan penuh minat Samirah mendengar dan entah kenapa ada rasa kurang enak dalam hatinya bila Irsyad habis bercakap. 


“Dengan dia saya terhibur.  Dia buat saya tersenyum, dia buat saya rasa hidup saya penuh.  Like I said before, she causes a stir in my heart.”  Irsyad menyambung penerangannya.  Ayat terakhir Irsyad buat dahi Samirah berkerut.


“Siapa nama girlfriend awak tu?”  dada Samirah berdegup kencang bila soalan itu habis ditanyakan.


“Samira.”


“Itu nama sayalah!”


“Itulah nama buah hati saya!”


“Irsyad!  Jangan main-mainlah.  Saya serius ni!” 


I am serious!  Her name is Samira.”


Jeda.  Otak Samirah ligat berputar.  Maksud dia girlfriend dia punya nama yang sama dengan nama aku?  Hampir sama.  Agaknya sebab itu dia panggil aku Samira,bukan Samirah.  Atau… maksud dia… Haish!  Jangan perasan Ira.  Takkanlah dia tak tau aku bercakap pasal perempuan cantik yang ada dengan dia dua hari lepas.


“Samira.”  Irsyad memanggil.  Ada nada riang gembira dalam suaranya.


“Ya.”  Dengan lemah Samirah menjawab. Rasa kurang enak datang semula dalam hatinya.


“Saya rindu awak.  Dua hari lepas saya seronok sangat nampak awak.  Kalau si merengek tu tak ada, dah tentu saya ajak awak naik kereta saya.”


Dahi Samirah berkerut lagi.  “Siapa si merengek?”  soalnya spontan.


“Perempuan yang ada dengan saya masa kita jumpa dua hari lepas.  Dia tu girlfriend Angah.  Malang betul nasib saya, terpaksa temankan dia shopping sebab Angah lambat sampai.”


Kerutan di dahi Samirah hilang.  Rasa kurang enak dalam hatinya juga menghilang.  Diganti dengan satu perasaan lega.  Jadi betullah, girlfriend yang dimaksudkan itu ialah aku, hati Samirah berbisik.  Bibirnya menguntum senyuman.


“Samira,”  Irsyad memanggil lagi.  Suaranya kedengaran bagai berbisik di telinga Samirah.  Dan secara spontan juga Samirah memejamkan matanya dan menghembuskan nafas lega sebelum dengan lembut dia menjawab “ya.”


Do you miss me?”


Terus Samirah membuka mata.  Otaknya ligat berfikir.  Haruskah dia mengiyakan sebenarnya dia rindukan Irsyad dan sangat-sangat mengharapkan panggilan dari Irsyad?  Perlukah dia mengaku yang dia sebenarnya terkilan bila melihat Irsyad Rifqi pergi bersama gadis cantik itu?  Dan patutkah dia memberitahu betapa hatinya lega bila Irsyad kata gadis itu adalah girlfriend Angahnya?


Di hujung sana Irsyad Rifqi menanti dalam debaran.  Dia yakin Samirah rindukan dia dari nada suara Samirah yang kedengaran sangat teruja ketika menjawab panggilan dan berbual dengannya.  Dan dia berharap Samirah faham bahawa baginya Samirah adalah girlfriend, buah hati, kekasih atau apa saja pangkat yang seumpama dengannya. 


No answer?  Okey, that means you miss me.”  Dituturkan dengan keyakinan yang sangat tinggi.


“Irsyad… terima kasih kerana rindukan saya.  Terima kasih juga kerana anggap saya sebagai girlfriend awak.  Satu-satunya insan yang saya rindukan sekarang ialah mama.”   Berterus terang lebih baik.  Memang dia rindukan Irsyad, tapi dia lebih rindukan mama.  Samirah rasa dia sekadar teringatkan Irsyad.  Tapi dengan mama, memang dia betul-betul rindu.


Di hujung talian Irsyad terdiam.  Sampai hati dia tak rindukan aku, bisik hatinya.  Tak mengapalah, perasaan orang bukannya kau boleh paksa Qi.  Usaha lagi, jangan putus asa.  Selagi dia belum ada boyfriend, peluang terbuka luas. 


“Saya faham.”  Kata Irsyad.  Lega Samirah mendengarnya. 


“Awak sudi jadi buah hati saya kan?”  soalan yang ini buat Samirah terkedu.  Pantas dia mengingatkan dirinya dia belum bersedia untuk bercinta.  Dan misinya untuk mencari mama harus dilaksanakan sehingga berjaya sebelum dia boleh menjalin percintaan.


“Irsyad, selain daripada Aidid dan papa, awak sajalah lelaki yang rapat dengan saya.  Saya seronok berkawan dengan awak dan selebihnya, saya serahkan kepada takdir.”  Samirah berikan jawapan yang dirasakan paling selamat.  Dia tak mau memberikan harapan kosong kepada Irsyad, walaupun dalam hatinya dia mengakui jejaka tampan ahli korporat muda itu sudah meneroka ruang yang lebih besar dalam sanubarinya.


Irsyad Rifqi meraup rambutnya.  Mindanya berputar, mencerna kata-kata yang baru diluahkan oleh Samirah.  Aku lelaki yang rapat dengan dia, jadi maksudnya apa?  Kawan baik?  Bukan boyfriend?  Tapi kawan baik boleh juga jadi boyfriend kan?   Dia seronok berkawan dengan aku, jadi ada harapan untuk aku jadi boyfriend dia kan?  Ya, serahkan kepada takdir.  Semoga takdir menyebelahi aku.


“Irsyad, nanti kita borak lagi ya.  Thanks for calling.  Take care.  Balik nanti drive carefully ya.”


“OK.  Terima kasih kerana sudi berbual dengan saya.  Samira…”


“Ya.”


Please miss me.” Ada nada merayu dalam ungkapan itu.  Dan dalam hatinya Irsyad sangat-sangat mengharapkan jawapan yang akan terngiang-ngiang di telinganya sambil bibirnya melebarkan senyuman sebelum tidur nanti.


I will.”  Dua patah perkataan itu sudah cukup membuatkan hati Irsyad berbunga.

No comments:

Post a Comment