Assalam dan hai3 semua! Selamat membaca kegilaan seorang Irsyad Rifqi. Semoga terhibur. Jangan lupa komen ya!
Seawal jam lima pagi Samirah sudah bangun. Sempat dia bertahajjud dua rakaat. Kemudian membaca zikir Al Mathurat sementara
menanti masuk waktu Subuh. Usai solat
Subuh Samirah turun ke bawah terus menuju ke dapur.
Pintu peti ais dibuka. Tiga biji telur dikeluarkan bersama sebiji
tomato. Tomato itu kemudian dipotong
dadu kecil-kecil. Sebiji bawang besar
juga dipotong dadu kecil-kecil. Telur
yang sudah dipukul dicampur dengan tomato, bawang dan kemudian secubit garam
dan lada sulah dicampakkan ke dalam telur.
Pukul lagi dan tidak sampai lima minit telur dadar sudah siap. Dan tidak sampai sepuluh minit kemudian empat
keping sandwic telur menggunakan telur dadar siap diletakkan dalam pinggan
besar.
Hari ini dia akan mula
bekerja. Samirah sudah merancang akan
bersarapan bersama-sama papa dan Aidid sebelum pergi bekerja. Pukul 7.30 dia akan keluar rumah supaya
sempat sampai di USJ Subang sebelum pukul 9.
Dia akan gunakan kereta MyVi Aidid dan Aidid akan pergi kerja dengan
papa. Papanya nak belikan kereta tapi
Samirah menolak kerana nanti bila dia bekerja di Penang barulah dia hendak
membeli kereta.
Sedang Samirah menadah air dalam
cerek elektrik, terdengar bunyi loceng pagar.
Siapa pula yang datang pagi-pagi ni.
Mungkin penghantar surat khabar ingin mengutip duit suratkhabar yang
papa bayar secara bulanan. Biarlah papa
atau Aidid yang tengok. Dia hendak
mengemas dapur supaya balik kerja petang nanti mata tidak sakit melihat
dapurnya bersepah.
“Ira”
Baharin memanggil. Ira pantas menoleh
ke arah papanya sambil tersenyum.
“Good morning papa. Ira dah
siapkan breakfast.”
“Looks delicious. Ira pergi
naik atas, pakai tudung. Ada orang
datang.”
“Siapa?” Samirah bertanya dengan riak kehairanan di
wajahnya. Takkan ada tetamu seawal pagi
ni? Baru pukul 6.45, siapa yang datang
pagi-pagi buta ni? Hati Samirah
bertanya.
“Pergi naik pakai tudung. Nanti dah tutup aurat tu Ira boleh jumpa
orang yang datang.” Dengan lembut
Baharin mengarahkan. Memang begitulah
cara Baharin berinteraksi dengan anak-anaknya, penuh berhemah walaupun tegas.
Samirah pantas membuka apron dan
naik ke atas. Pastinya yang datang itu
orang lelaki, kalau tidak apa perlunya papa menyuruh dia memakai tudung. Sampai di atas, dia terserempak dengan Aidid
yang baru keluar dari biliknya.
“Did aku dah buat breakfast. Tolong hidang ya. Buat air sekali.”
“Wow, ada breakfast hari
ni!” Aidid pantas berlari menuruni anak
tangga. Sudah lama dia tidak bersarapan
di rumah. Samirah, walaupun sudah balik,
jarang sekali membuatkan sarapan untuk dia dan papa. Ini mesti semangat orang baru nak kerja ni,
kata Aidid dalam hati.
“Terima kasih uncle.” Dengan penuh bersopan santun ucapan terima
kasih diluahkan. Leganya hati kerana dia
tidak dihalau dan sebaliknya dijemput pula masuk ke dalam rumah. Berbaloi usahanya datang terus ke rumah
ini. Sebenarnya dia main redah saja,
kalau dapat jumpa dapatlah. Kalau tak dapat
jumpa, lain kali pasti ada rezeki.
Masuk saja dalam rumah, terus dia
dipelawa duduk. Terdengar derap kaki
menuruni tangga, pantas dia menoleh ke arah tangga. Aidid yang turun. Dia berdiri dan bersalam dengan Aidid. Berbual tak sampai satu minit, sekadar
bertanya khabar sebelum Aidid berlalu ke dapur.
Aidid nampak agak terkejut melihat dia.
Dia duduk semula. Matanya meneliti ke seluruh ruang tamu. Kemas, elok teratur perabot dan perhiasan
dalam rumah ini. Tidak kelihatan seperti
permaisurinya sudah meninggalkan istana.
Dadanya berdebar. Makin lama
menunggu makin kuat debarannya. Derap
kaki berbunyi lagi. Dia pantas bangun
dan perlahan-lahan wajah yang dinanti menjelma di depan matanya.
“Irsyad!” Samirah terkejut. Apa dibuat si Irsyad ni di rumah aku
pagi-pagi begini? Lagi lima minit pukul
tujuh, belum pernah ada tetamu datang seawal ini. Gila ke Irsyad ni? “Awak buat apa kat sini?” Tanpa
sedar suaranya berbunyi nyaring.
“Ira, Irsyad, mari kita sarapan.” Baharin mengajak. Terkejut dengan kehadiran Irsyad di ruang
tamu rumahnya, Samirah tidak sedar papanya juga sudah berada di ruang
tamu. Matanya masih melirik ke arah
Irsyad, tapi kakinya dihayun ke arah ruang makan. Irsyad mengikut di belakang.
“Sedap. Kalau tiap-tiap hari kau buat breakfast macam ni, jimat duit aku. Boleh Irsyad tumpang breakfast sekali. Tak payah
pergi Penanglah Ira.” Dengan selamba
Aidid berkata.
Memang tak sayang mulut Aidid ni
tau, bisik hati Samirah. Nak puji aku
atau nak buat aku rasa bersalah? Cakap
pulak depan Irsyad, sukalah Irsyad ada orang yang sokong dia yang memang tak
mau aku kerja di Penang.
“Aidid,” Baharin menegur. “Tambah kopi lagi Irsyad,” pantas Baharin
mempelawa untuk mengalih perhatian mereka yang berada di meja makan dari
kata-kata Aidid tadi. Dengan sopan
Irsyad menolak. Cukuplah secawan kopi
untuk pagi ini. Sebenarnya dalam
perjalanan dari Alor Star dua kali dia berhenti untuk minum kopi kerana mahu
menghilangkan mengantuk.
Samirah pula masih terkedu. Akibat dari keterkesimaannya, Samirah makan
dengan senyap. Dan sandwic enak yang
dikunyah bagaikan tersekat di kerongkong apabila Irsyad bersuara.
“Terima kasih uncle, kerana benarkan saya hantar Samira pergi kerja.” Sungguh ayat itu buat Samirah rasa
tercekik. Pantas tangannya mencapai air
masak di depannya dan air itu ditelan dengan laju. Aidid yang memandang tersengeh lebar. Bila matanya menangkap wajah Aidid, Samirah
rasa nak dikoyak-koyak muka Aidid dan dibuat sandwic.
Inilah sebabnya aku tak mau dia tau
di mana aku tinggal, bisik hati Samirah.
Silap aku juga, sepatutnya aku bagi tau Aidid apa yang terjadi di
Lousiana yang menyebabkan Samirah tidak mahu kawan lelakinya tahu di mana dia
tinggal. Pantas wajah Blake Samuel,
jejaka kulit hitam yang meminatinya datang ke minda. Seriau bila dia teringatkan dulu setiap hari
Blake akan menunggu di hadapan rumahnya, menanti dengan setia dia pulang dari
kuliah. Dan bila ada hari dia balik
lambat dari kuliah, Blake marah. Walhal
dia tak pernah minta Blake menunggu.
“Ira!” kuat suara Aidid memanggilnya, menyedarkan
Samirah dia sudah jauh mengelamun. Dan
di bawah meja kaki si abang pantas menendang kaki si adik. Mencerun mata Samirah memandang Aidid. Dahlah panggil kuat-kuat, tendang kaki orang
pulak tu, rungutnya dalam hati.
Irsyad Rifqi pula tersenyum melihat
gelagat dua beradik itu. Terserlah
keakraban mereka berdua. Kan seronok
kalau dia dan angahnya juga begitu. Tapi
angahnya kepala angin, suka buat hal sendiri.
Dengan daddy dan mummynya sering berbalah. Dengan kak longnya pula angah sentiasa nak
menang. Dengan Rifqi, hmm… dicari bila
susah saja. Macam kes Nellyza minggu
lepas. Taubat Irsyad tak akan tolong
lagi.
“Baik pergi sekarang Ira, manalah
tau jalan sesak. Hari pertama tak
eloklah Ira datang lambat.”
“Baik papa,” Samirah akur lantas
terus bangun. Piring-piring di atas meja
dicapai. Mahu dibawa ke dapur. Matanya bertembung dengan mata Irsyad ketika
jejaka korporat yang rambutnya tidak terpacak pagi ini menghulurkan piring
kepadanya.
“Biar sajalah pinggan tu, nanti aku
kemas. Kau pergilah sekarang. Irsyad dah tak sabar nak hantar kau tu.” Sekali lagi si abang bermulut laser. Kali ini Irsyad pula yang terkedu. Segan dikata begitu oleh Aidid. Tapi sebenarnya dalam hati memang
ternanti-nanti bila Samirah hendak pergi kerja.
Sudah tak sabar ingin duduk berdua dalam kereta.
Samirah menyalami papanya. Aidid dijeling saja. Rasa bengang terhadap Aidid belum
berkurangan. Tepat jam 7.25 pagi kereta
Irsyad Rifqi meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Baharin.
“Awak ni gila ke? Datang pagi-pagi ke rumah saya, tak pernah
dibuat orang tau!” meluncur laju dari
mulut Samirah sebaik saja kereta Irsyad sampai di simpang jalan besar. Irsyad di sebelah tersenyum lebar. Gila?
Lebih daripada tu. Aku dah angau,
sampaikan empat hari di Alor Star rasa macam empat tahun. Tak sabar nak balik KL untuk berjumpa
Samirah.
“Kan awak masih cuti, kenapa
susah-susah balik KL untuk hantar saya pulak.
Bukannya saya tak boleh pergi kerja sendiri!” suara masih bernada marah. Kedua tangannya disilangkan di dada. Irsyad pula tenang saja, macam orang tak ada
perasaan. Keretanya dipandu laju,
sementara belum banyak kenderaan di atas lebuhraya.
“Today
is your first day at work. I want to
send you and fetch you from office today.”
Itu saja yang keluar dari mulut Irsyad.
Samirah memandang sekilas ke wajah Irsyad. Sepatutnya dia menghargai tindakan Irsyad
yang datang ke rumahnya untuk menghantar dia pergi kerja, tapi dia betul-betul
tak suka dengan tindakan Irsyad.
“Awak tak perlu buat semua tu. Saya boleh pergi dan balik sendiri. It’s my
first day at work, not first day in school!” Samirah bercakap dengan nada garang. Tapi tak cukup garang untuk menakutkan
Irsyad. Sebaliknya Irsyad rasa tercabar
bila Samirah memarahinya. Dia akan
buktikan kepada Samirah dia benar-benar mahukan Samirah sebagai buah hatinya.
“Orang tua-tua kata, hari pertama
kita mula bekerja, tak baik marah-marah.”
“Bila masanya saya marah? Saya sukalah.
Suka sangat-sangat,” Samirah membalas dengan nada sinis. Nada yang buat Irsyad tersenyum. Teringat pesanan daddynya, nak memikat gadis pun perlu ada strategi. Strategi jangka pendek give her surprises.
Kebanyakan gadis suka kejutan, lebih-lebih lagi kejutan indah yang boleh
buat jantung berdegup kencang, dada bagai nak pecah dan nafas tersekat-sekat.
Strategi jangka panjang pula takluki seluruh jiwa dan raganya sehingga objektif
utama iaitu si gadis menjadi pasangan hidupnya tercapai.
Maka kerja gila yang dilakukannya
sekarang termasuk dalam pelan tindakan jangka pendek. Irsyad yakin tindakan nekadnya menerjah rumah
Samirah pagi-pagi buta akan membuahkan kejayaan. Walaupun Samirah sedang marah-marah sekarang,
sekurang-kurangnya papa Samirah tau dia serius mahu menjadikan Samirah buah
hatinya. Dan walaupun Samirah sedang
marah sekarang, Irsyad yakin Samirah marah-marah sayang.
“Mummy dan daddy kirim
salam pada awak,” dengan tenang Irsyad Rifqi berkata. Keretanya tidak lagi bergerak laju di atas
lebuhraya KESAS kerana kenderaan sudah banyak.
Hati menjawab salam. Mulut berkata dengan nada terkejut “your parents know about me?”
“Of course. I told them I am in a
relationship with you.” Irsyad
menjawab dengan keyakinan yang sangat padu.
Memang itu yang berlaku. Hujung
minggu yang lepas dia balik kampung kerana sudah lama benar dia tidak balik
kampung. Sambil melepaskan rindu kepada
keluarga, dia juga meluangkan banyak masa bercerita tentang Samirah dan
mendapatkan nasihat daripada daddy
dan mummynya.
In
a relationship?
Apa maknanya tu? Ada
hubungan… hubungan apa? Alamak, aku kata tak nak couple-couple. Tapi kalau
dah in a relationship, maknanya aku
dengan dia ni couple ke? Oh tidak!
How could you let this happen,
Ira? Samirah bermonolog dalam hati. Aduhai Irsyad, bagaimana boleh, dalam diam
engkau menyelinap masuk ke dalam hati aku, hingga aku tidak sedar aku telah
melanggar peraturan yang aku sendiri tetapkan?
“Samira, petang nanti saya jemput
awak. Lepas tu kita pergi dinner.
Dah lama saya tak makan dengan awak.”
Suara Irsyad ada nada merayu.
Bukan salah saya. Awak tu yang sibuk memanjang. Tak ajak saya keluar. Janji nak telefon tapi selepas dua tiga hari
barulah janji ditunaikan. Samirah
merungut dalam hati. Tak berani
diluahkan, takut nanti Irsyad tahu dia rindukan mamat korporat itu.
Dan sebenarnya walaupun mulutnya
bising marahkan Irsyad datang ke rumahnya pagi ini, jauh di sudut hatinya ada
rasa gembira. Gembira kerana dia sedar
mamat korporat itu ambil berat tentang dirinya.
Dan Samirah rasa terharu juga kerana mamat korporat itu sanggup bertolak
dari Alor Star seawal jam 3 pagi agar dia sempat menghantar Samirah pergi
kerja.
“Terima kasih sebab hantar saya,” kata Samirah
sebaik saja kereta diberhentikan di hadapan bangunan kolej. Dia memandang
Irsyad sekilas sebelum membuka tali pinggang yang menyilang di dadanya.
“Kalau boleh setiap hari saya nak
hantar dan ambil awak. Tapi saya…”
“Irsyad jangan! Saya tak mau awak hantar dan ambil saya lagi
selepas ni. Please!” Samirah
bertegas.
“Kalau awak menganggap saya sebagai
kawan, tolonglah jangan buat macam ni lagi.
Saya tak mau menyusahkan awak dan kita… kita tak ada ikatan yang
menjadikan saya tanggungjawab awak. Please understand.” Di hujung ayat nada tegas dalam suara Samirah
hilang, muncul pula nada merayu. Sungguh
dia berharap Irsyad Rifqi faham apa yang ingin disampaikannya.
Irsyad mengangguk. Dia faham.
Dia pun sedar dia tak dapat menghantar dan mengambil Samirah setiap
hari. Dan dia tahu Samirah bukan
tanggungjawabnya selagi tiada ikatan antara mereka. Kalaulah akal tidak menegah, sudah diturutkan
desakan hatinya agar merayu daddy dan
mummy menemui papa Samirah dengan membawa cincin merisik. Tapi jika itu yang dibuat, tuan punya diri
pasti akan memarahinya. Silap-silap tak
mau langsung berkawan dengannya lagi.
“Saya faham. Selagi awak tak jumpa mama awak, kita akan
kekal sebagai kawan. Itu kehendak
awak. Kehendak saya lain. You
know where you are in my heart.”
Samirah menunduk, mindanya mencerna
kata-kata Irsyad. Terasa lega bila
Irsyad faham. Tapi terasa juga debaran
bila mengenangkan kehendak Irsyad.
Walaupun tak pernah dinyatakan secara terang dan jelas, Samirah faham Irsyad
mahukan perhubungan mereka dilanjutkan ke peringkat seterusnya.
“Look at me Samira,” tegas arahan yang dikeluarkan. Samirah mengangkat wajahnya dan matanya
bertaut dengan mata Irsyad.
“Saya takkan meredah perjalanan
beratus kilometer pagi ini kalau saya hanya mahu berkawan dengan awak. Hari ini hari istimewa awak. Saya mahu berada di depan awak ketika awak
melangkah masuk ke alam pekerjaan untuk pertama kalinya. Don’t
feel sorry about troubling me. This is
no trouble at all. This is what I want
to do for my special girl. Untuk
buah hati saya, yang membuatkan setiap hari saya terasa indah, saya akan rasa
terkilan kalau saya tak jumpa awak pagi ni.”
Gembiranya hati bila mendengar
kata-kata Irsyad. Perasaan gembira
bersatu dengan rasa bahagia kerana terasa dirinya disayangi dan dihargai. “Terima kasih. Saya pergi dulu,” Samirah berkata. Matanya memandang lembut dan pandangannya itu
sudah cukup untuk menggembirakan Irsyad Rifqi.
“Have fun working. Kita jumpa
petang nanti ya.” Irsyad tersenyum. Wajah yang sudah kacak itu bertambah kacak
bila dia tersenyum. Samirah keluar,
berjalan terus ke pintu masuk bangunan.
Sebelum masuk dia berpaling.
Irsyad masih di dalam kereta, memandang tepat ke arah Samirah yang sopan
berbaju kurung. Lambaian Samirah dibalas
sambil bibirnya mengukir senyuman.
She’s
a gem. I must have this precious gem,
kata hatinya sebelum kereta dipandu.
No comments:
Post a Comment