Monday 9 December 2013

SKL TEASER 1

Assalam dan hai3 semua.

Alhamdulillah, gembiranya tidak terkata bila publisher menerima mss SKL.  Isma berdoa semoga dipermudahkan segala urusan dan agar SKL versi cetak akan dapat kita dakap segera.

Terimalah sedikit teaser SKL, diharap dapat menghiburkan.


TEASER 1 SAAT KAU LAFAZKAN

Usai solat Subuh, Izureen bersiap untuk ke pejabat.  Hari ini hari Jumaat, Izureen memilih memakai baju kurung berwarna biru lembut dengan bunga-bunga kecil berwarna oren lembut.  Manisnya dia berbaju kurung.  Kemudian dia bersolek ringkas dan sepanjang masa aku melihat wajahnya melalui cermin.  Taman hatiku berbunga bahagia mengadap sang isteri sedang bersiap. Bertambah mekar bunga bahagia itu apabila sekali sekala sambil menyolek wajahnya dia memandang ke arahku dan menghadiahkan senyuman kepadaku.


Aku bangun dari katil dan merapati Izureen.  Aku pegang kedua belah bahunya, menundukkan kepala dan mencium ubun-ubunnya.  Ketika mengangkat kepala semula nampak di cermin wajahnya berseri. 


“Zureen, terima kasih sebab terima Abang.”


Di atas cermin pandangan kami bersatu.  Getaran rasa ini sungguh indah dan mengasyikkan.


“Abang, terima kasih kerana sabar menunggu.”


Jeda sekejap.  Hanya mata kami yang berbicara.  Izureen bangun lalu memusingkan badannya kepadaku.


“Abang… dulu, bila Abang balik kampung… setiap malam Reen terjaga.  Bila jaga Reen mesti pandang sofa tu.  Sofa tu kosong… hati Reen pun terasa kosong.  Sekarang…  hati Reen tak kosong lagi.  Dah ada abang… dalam hati.”


MasyaAllah, Izureen... kalaulah kau tahu betapa gembiranya hati ini saat kau lafazkan kata-kata itu.  Aku bagaikan anak kecil yang berlari riang mengejar sang rerama cantik yang terbang jinak di hadapannya.  Akhirnya bila sang rerama berjaya digenggam, si anak kecil tersenyum puas dan menekap kedua belah tangan agar sang rerama tidak pergi.  Sang rerama jelita di depan mata aku tarik lembut ke dalam rangkulanku.  Dia membalas dengan mendakap aku erat-erat.  Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku menghalangnya dari pergi bekerja hari ini. 

No comments:

Post a Comment