Thursday 19 December 2013

JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 12


Lebih kurang jam 9.30 malam Irsyad Rifqi sampai ke kondonya.  Kondo yang tidak jauh dari pusat bandar itu baru empat bulan diduduki.  Kondo unit dupleks Irsyad terletak di tingkat 11. 

Punggung dilabuhkan di atas sofa kulit.  Lengan baju yang dilipat diluruskan semula.  Butang baju dibuka satu persatu.  Kemeja ditanggalkan, yang tinggal hanya singlet membalut badan dan seluar membalut kaki.


Irsyad bersandar di sofa.  Alat kawalan jauh di atas meja dicapai lantas tv dihidupkan.  Dari satu saluran ke satu saluran, tiada rancangan yang menarik minatnya.  Lantas tv dimatikan.  Dihidupkan pula radio.  Berdentam dentum bunyi lagu dari corong radio menemani Irsyad Rifqi yang masih bersandar di atas sofa.  Dengan sistem bunyi yang canggih, tentu sekali sedap kedengaran lagu-lagu yang berkumandang.


I knew I Loved You dendangan Savage Garden ke udara.  Irsyad turut menyanyi, mengikuti setiap patah lirik dari lagu tersebut.


May be it’s intuition

But some things you just don’t question

Like in your eyes

I see my future in an instant and there it goes

I think I’ve found my best friend

I know that it might sound more than a little crazy but I believe


I knew I loved you before I met you

I think I dreamed you into life

I knew I loved you before I met you

I have been waiting all my life


There’s just no rhyme or reason

Only this sense of completion

And in your eyes

I see the missing pieces

I’m searching for

I think I found my way home

I know that it might sound more than a little crazy but I believe


I knew I loved you before I met you

I think I dreamed you into life

I knew I loved you before I met you

I have been waiting all my life


A thousand angels dance around you

I am complete now that I found you.


Bagai kena pula lirik lagu tersebut dengan dirinya sekarang.  Samira, I am complete now that I found you, bisik Irsyad Rifqi. 


Sambil menyanyi Irsyad Rifqi berjoget.  Badannya digoyangkan mengikut rentak lagu tersebut.  Keluar semula skill menari yang sudah lama terpendam.  Bila kali terkahir dia menari?  Irsyad cuba mengingati.  Ah, dah lama sangat.  Rasa-rasanya masa di universiti kot? Entahlah, sudah terlalu lama hingga gagal diingati.


Habis belajar dia bekerja dengan daddy.   Dia bermula dari bawah, bertahun-tahun menimba pengalaman dan secara perlahan-lahan dinaikkan pangkat hingga akhirnya tahun lepas barulah daddynya benar-benar melepaskan seluruh pengurusan perniagaan kepada Irsyad. 


Masa umur di sekitar 20-an dulu rajin juga Irsyad bersosial, mengikut kawan-kawan dan abang ngahnya pergi clubbing.  Tapi semakin usia menginjak, Irsyad semakin tidak gemarkan kehidupan malam yang baginya penuh dengan kepura-puraan.  Mana tidaknya, malam berjoget sakan, berkepit dengan perempuan.  Balik rumah keseorangan juga.  Kononnya seronok.  Walhal seronoknya seketika saja, balik ke rumah hati tetap sepi.  Mengarutlah semua tu.


Mujurlah Irsyad tinggal dengan daddy dan mummy.  Mummy sentiasa mengingatkan bahawa hidup ini tidak lama.  Andai kata sempat bertaubat sebelum dijemput ajal, nasib baiklah.  Tapi kalau tidak sempat, bagaimana?  Beranikah menempah tempat dalam neraka?  Sedikit demi sedikit termakan juga dek nasihat mummy.  Perlahan-lahan Irsyad tinggalkan dunia sosialnya.  Kesibukan kerja membantu usahanya kerana boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan berada di pejabat sehingga sekitar jam 8 malam.  Macam mana nak pergi clubbing selepas bekerja, badan sudah letih, otak pula sudah tepu.  Lagi pun esok harinya akan bermula awal.  Paling lewat pun pukul 10 pagi dia sudah berada di pejabat. 


Malam ini mudah benar bagi badannya bergerak mengikut alunan irama.  Mungkin kerana hatinya gembira.  Hati yang kosong sudah terisi.  Dulu balik malam, menghadap tv dan tidur.  Kadang-kadang solat, kadang-kadang terbabas.  Malam ini Irsyad rasa lain.  Kegembiraan apakah ini yang tidak pernah dirasakan sebelum ini?  Inikah yang dinamakan cinta?


Lagu sudah habis.  Irsyad pun berhenti menyanyi dan berjoget.  Kaki bergerak menghala ke balkoni.  KL night view terpampang di hadapan mata.  Lampu jalan raya dan lampu-lampu bangunan menghiasi malam yang gelap pekat., menjadikan suasana malam lebih berseri.  Sama macam hatinya yang sedang berseri.  Diserikan oleh seorang gadis yang sangat unik.  Samira buat dia rasa gembira.  Samira buat dia teruja.  Samira buat dia bersemangat.  Fikirannya melayang mengingati peristiwa yang dialami dengan Samirah petang hingga ke malam tadi.



“Kita nak pergi mana Irsyad?”  tanya Samira.  Mereka sudah bangun meninggalkan lori cendol.  Samirah menuruti langkah Irsyad menghala ke kereta.


You name it.  Saya bawa awak ke mana saja awak nak pergi”


Pintu kereta sudah dibukakan.  Samirah masih belum masuk.  Wajah Irsyad Rifqi ditatap dengan pandangan tidak percaya.


“Awak hantar saya balik ya?”


Irsyad merapatkan tubuhnya kepada Samirah.  Wajahnya direndahkan agar dekat dengan wajah Samirah.  Dekat sikit saja, tapi cukup untuk membuat Samirah terkedu.  Eh, apahal dia ni, dekat-dekatkan muka dengan aku pula, hati Samirah bertanya.


No.  Saya dah dapat permission untuk keluar makan dengan awak.  I will only send you back after we have dinner together.”  Tegas nada suara Irsyad, bagaikan memberi arahan kepada pekerjanya.  Samirah menjeling, diikuti dengan cebikan di bibir.  Ni semua Adid punya pasal, bisik hatinya.


“Jemput masuk tuan puteri.”  Tangannya disuakan ke arah tempat duduk.  Suaranya dilembutkan dan senyuman yang mampu membuat hati lebur jadi debu diberikan kepada Samirah.  Samirah masih memandang Irsyad dengan hati yang geram.  Tapi sebenarnya dia tidak pasti, geram kepada Aidid atau geram kepada Irsyad, atau kedua-duanya sekali?


“Apakah tuan puteri mahu hamba mendokong tuan puteri masuk ke dalam kereta?  Jika itu yang tuan puteri mahukan, hamba rela.”


Ayat yang dilafazkan Irsyad membuatkan Samirah tersenyum.  Hati tercuit dengan bahasa dan gaya percakapan Irsyad.  Pandai dia ni buat aku tersenyum, bisik hati Samirah.  Ikut sajalah Ira.  Dia pun baik orangnya.  Orang kaya yang merendah diri.  Sempoi, boleh makan di gerai dan warung tepi jalan.  Sanggup pula ikut karenah aku. Dan setakat ni belum nampak dia ni macam lelaki miang yang hanya nak berseronok dengan perempuan.


Hati Samirah berasional.  Wajah manisnya masih mendongak melihat Irsyad Rifqi yang turut tersenyum.  Buat seketika pandangan mereka bertaut.  Ada getaran di dalam hati Irsyad.  Sungguh indah perasaan yang melanda jiwa.  Perasaan aneh ini tidak pernah dirasakan sebelum ini. Samirah merendahkan pandangan dan akhirnya masuk ke dalam kereta.


“Ke mana tuan puteri hendak mengembara, hamba pacal yang hina sudi membawa.”  Kali ini meletus ketawa kecil dari bibir comel Samira.


“Kenapa tuan puteri ketawa, adakah hamba pacal yang hina ini membuat jenaka?”


“Irsyad, dah lah tu.” Tanpa sedar Samirah menepuk lengan Irsyad.  Tindakannya membuatkan Irsyad tersenyum.


“Oh, hamba terlupa, tuan puteri baru pulang dari luar Negara, tentu sudah lupa berbahasa istana.” 


Samirah ketawa lagi.  Terasa lucu bila Irsyad bergurau begitu.  Rupa-rupanya mamat korporat berambut pacak ni pandai bergurau.  Semakin melebar senyuman Irsyad.  Manisnya dia bila ketawa.  Kenapa hati ini sangat senang melihat dia gembira?  Seorang ketawa, seorang lagi tersenyum.  Bila ketawa Samirah reda, matanya dan mata Irsyad bertaut.  Irama dangdut datang menyelinap dalam dada Samirah.  Kenapa ada debaran, bisik hati Samirah?



“Kenapa kita datang sini?” Soal Irsyad Rifqi.  Wajah Samirah dipandang dengan riak kehairanan.  Wajah Samirah beriak selamba.  Direnung lama-lama kedai yang bertutup rapat pintu besinya dan berkunci pula dengan mangga besar.  Semakin direnung semakin sesak dadanya.  Perlahan-lahan hati diselubungi rasa sedih.  Peritnya perasaan ini, hati terasa bagai ditoreh-toreh.


“Samira.”  Irsyad memanggil.  Samirah masih diam.  Matanya tetap tertancap pada kedai di hadapan mereka.  Fikirannya melayang entah ke mana, Irsyad di sebelah bagaikan tidak wujud.


Irsyad menginjak kaki ke depan, menyua kepala dan menoleh ke arah Samirah di sisi.  Tadi wajahnya selamba, sekarang wajahnya sudah menjadi muram.  Kenapa matanya berkaca?  Hati Irsyad bertanya.


Badannya ditegakkan, wajahnya dihalakan ke arah yang sama.  Apa ada pada kedai itu hingga mampu membuatkan Samirah sedih?  Matanya menerawang ke seluruh bangunan kedai setingkat dan kembali semula ke arah kedai di hujung bangunan.  Kedai-kedai lain yang sebaris masih dibuka.  Kedai itu saja yang tutup.  Di atas kedai terpampang nama RESTORAN SELERA DIIRA.


Azan maghrib berkumandang.  Samirah berpaling ke arah Irsyad.  Pantas pula Irsyad membalas renungan Samirah.  Tiada sinar dalam matanya.  Kenapa dia bersedih?  Kenapa hatiku sakit bila dia sedih?  Kenapa dia diam?  Berlegar-legar pertanyaan dalam benak Irsyad.


“Irsyad, kita pergi solat dulu.”



Permintaan Samirah dituruti.  Enjin kereta yang baru dimatikan dihidupkan semula.  Surau yang berdekatan hanya lima minit perjalanan dari tempat mereka berhenti.  Usai bersolat mereka berjumpa di kereta dan Samirah meminta dibawa semula ke depan kedai tadi.

Irsyad setia memenuhi permintaan.  Tanpa soalan kereta dipandu menuju ke kedai.  Kali ini sampai di hadapan kedai Samirah tidak keluar dari kereta.  Sebaliknya cermin kereta diturunkan dan seperti tadi dia merenung kedai itu lama-lama.


Irsyad menemani dengan setia.  Menunggu dengan penuh tanda tanya.  Dua minit, tiga minit, lima minit.  Cukuplah, berapa lama nak tunggu, kata hatinya.


“Nampak tak nama kedai yang tutup tu?” Samirah bersuara, seolah-olah mengerti Irsyad sudah letih menunggu.


“Restoran Selera Diira.”  Jawab Irsyad.  Hmm, dia boleh baca isi hati aku.  Dia boleh agak aku dah tak tahan dia berdiam saja.  Bagus, ada chemistry.  Sempat lagi Irsyad berfikir begitu. 


What is it about the shop’s name?”  Orang sudah biasa jadi bos, tak boleh tahan kalau maklumat yang dia dapat tidak lengkap atau tidak jelas.  Pantas saja dia menyoal, mahukan pencerahan.


Di is for Aidid...”  Perlahan dituturkan, tapi cukup jelas untuk Irsyad mendengarnya.  Ada nada sayu dalam suara Samirah. 


Ira is for Samirah.”  Ayatnya dihabiskan, serentak dengan jatuhnya airmata, meluncur di atas pipi.  Irsyad terpempan.  Dia tidak faham kenapa Samirah menangis, tapi nalurinya dapat mengagak pasti restoran yang sudah ditutup itu ada kaitan dengan hidup Samirah.  Mahu saja dia bertanya, tapi mujurlah logik akal dapat menyabarkannya.


Sabar, sabar Qi.  Dia sedang bersedih tu.  Ingat, she’s someone special.  She’s not your staff who you can push for answer.  Bagi dia masa.  Biar dia tenang dan lega, baru tanya banyak-banyak soalan.  Irsyad mengingatkan dirinya.  Tangan dihulur dan mencabut sehelai tisu dari kotak tisu yang elok terletak di atas dash board.  Kemudian dihulur pula tisu itu kepada Samirah.  Kalau diikutkan hati hendak saja dikesatkan airmata itu, tapi dia yakin Samirah tidak suka disentuh.


“Samira.”  Samirah berpaling memandang Irsyad.  Tisu diambil, airmata dikesat dan bibir menuturkan ucapan terima kasih.


“Kalau awak percayakan saya, ceritalah.  You can cry on my shoulder.”  Irsyad menelan liur.  Terror kau Qi.  Belum pernah kau cakap macam tu kat minah-minah sebelum-sebelum ni.  Of course, she’s not ordinary minah OK.  She’s someone special.  Fikiran Irsyad berbicara lagi.


“Itu restoran Mama.”  Lembut suara Samirah.  Masih ada nada sedih.  Irsyad mengangguk.  Dia sudah semakin faham.  Patutlah Samirah bersedih.  Mamanya entah di mana sekarang. 


“Selain dari saya, Aidid dan papa… Mama sangat sayangkan restoran tu.  Mama pandai masak.  Bila kami dah masuk sekolah, dia bosan duduk di rumah.  Papa pula selalu sibuk, selalu outstation.  Papa benarkan Mama buka restoran.  Lama-lama perniagaan restoran Mama berkembang.”  Mulut berbicara, mata tertancap pada kedai di hadapan.  Irsyad pula setia mendengar.


“Saya membesar di restoran itu.  Setiap hari balik dari sekolah saya di sini.  Buat homework, study,… malam baru balik rumah.  Aidid pun macam tu.  Di sini Mama jual lauk-puak masakan kampung.  Masakan Mama… sedap.”  Suara sudah mula serak.  Mata sudah mula berkaca.  Wajah diangkat, merenung mamat rambut pacak yang masih setia mendengar.


“Irsyad, saya rindu Mama… saya tak percaya…  Mama sanggup tinggalkan kami.”


Gugur lagi air jernih dari tubir mata.  Irsyad menelan liur.  Rasa simpati menular dalam hati.  Kalau diikutkan hati, mahu ditarik Samirah ke dalam rangkulan.  Ingin dibisikkan kata-kata pujukan di telinga Samirah.  Hendak diseka airmata Samirah dengan jarinya.  Tapi Irsyad tahu apa yang boleh dan apa yang tidak.  Tisu ditarik lagi dari dalam kotak dan diserahkan kepada gadis pujaan.


“Terima kasih.  Maaf, awak terpaksa dengar cerita sedih saya.”  Samirah mengelap airmata.  Terasa bersalah pula bercerita kisah sedih kepada Irsyad Rifqi.  Tapi kenapa hati terasa lega bila dapat bercerita dengannya?  Dan dia… jejaka korporat yang kacak, kaya raya dan muda… kenapa sanggup menemani aku ke sini dan mendengar kisahku?  Ramai lagi gadis-gadis di luar sana yang boleh dijadikan teman, kenapa aku yang dipilih?


“Saya suka dengar cerita awak.”


Samirah mengangkat wajah, memandang Irsyad yang wajah kacaknya membuat hati Samirah jadi tenang.  Biar betul dia ni, ikhlaskah dia?  Atau sekadar mahu mengayat aku?


“Setiap orang ada kisahnya.  Saya harap satu hari nanti kita dapat bersama-sama berkongsi setiap kisah dalam hidup kita.”


Bersama-sama berkongsi kisah?  Apa maksud dia?  Hati Samirah bertanya lagi.  Mata memandang Irsyad tanpa berkelip.  Irsyad membalas pandangan Samirah, memberi satu renungan redup yang menyenangkan.


“Saya tak suka tengok awak bersedih.”


Samirah mengangguk.  Prihatin juga mamat korporat ni.

           

“Jom, kita pergi makan ya.  Awak kan tak boleh balik lambat.”


Bagus, dia sudah ingat peraturan aku.  Be home latest by 9.  Bisik Samirah dalam hati.


“Is there any special place that you want to go for Dinner?”


Samirah mengangguk.  Alang-alang sudah sampai ke sini, dia mesti pergi gerai itu.  Gerai yang sudah menjadi sebahagian dari hidupnya.  Pintu kereta ditolak.  Irsyad memandang kehairanan.  Aku ajak makan, dia keluar pula.  Dalam kehairanan dia juga turut keluar dari kereta dan segera berdiri di sisi Samirah.


“Jom, kita pergi situ.”  Jari menunding ke arah sebuah kedai makan di hujung barisan kedai.  Tanpa menunggu jawapan Irsyad, Samirah mula melangkah.  Pantas saja mamat korporat menyaingi gadis kecil molek itu.  Sempat juga wajah manis itu dijeling.  Nampak Samirah teruja sungguh hendak pergi ke kedai itu.  Tiada lagi garis-garis kesedihan di wajahnya.



Tidak sampai 10 meter dari kedai, Samirah sudah tersenyum lebar. Kedua-dua tangannya melambai ke arah seorang lelaki yang baru selesai mengambil pesanan dari pelanggan.  Kebetulan si lelaki juga sedang menoleh ke arah mereka.  Si lelaki turut tersenyum lebar sambil meluru laju ke arah Samirah.


“Iraaaa!”


“Jaliiii!”


Irsyad memerhatikan dengan penuh minat.  Samirah dan lelaki itu sama-sama meluru ke arah masing-masing.  Siapa lelaki itu?  Timbul persoalan dalam minda Irsyad.  Dan sebaik sahaja si lelaki menggenggam kedua belah tangan Samirah, Irsyad terkedu.


“Ya Allah Ira!  Bila kau balik?”


“Dah sebulan lebih.”  Samirah tersengeh memandang lelaki yang dipanggil Jali.  Confirmlah Jali marah dengan aku, bisik hati Samirah.


“Hah!  Dah sebulan lebih?  Baru hari ni kau datang?  Teruklah kau ni!”  Sebelah tangannya memegang tangan Samirah, sebelah lagi menekan kepala gadis kecil molek itu.  Mengekek Samirah ketawa.  Irsyad memandang kehairanan, hampir bercantum keningnya melihat gelagat Samirah dan lelaki muda itu.


Sorrylah Jali.  Aku busy.”


“Banyaklah kau punya busy.  Kau dah lupa kat aku, mengaku ajelah.”


Samirah ketawa lagi.  Topi di atas kepala Jali ditarik ke bawah, menutupi wajah Jali.


“Mana boleh aku lupakan engkau.  Jangan marah ya, kan aku dah datang ni.”


Jali betulkan topinya.  Senyuman terbit semula di bibirnya.  Bahu Samirah dipaut.


“Mana aku boleh aku marah engkau.  Dah jom duduk, kau nak makan apa?”


Samirah masih berdiri.  Matanya menerawang ke dalam seluruh restoran.  Timbul tanda tanya dalam hati.


“Ini… restoran ni… gerai kau mana?”


Jali ketawa.  Seronok melihat Samirah kehairanan dan seronok hendak berkongsi kejayaannya dengan Samirah.


“Mana ada gerai lagi.  Aku dah upgrade la.  Tapi aku masih simpan gerai tu.  Banyak sentimental valuenya.”  Jali menunding ke arah gerai burger yang terletak elok di luar restoran.


What?  Wah!!!  Jali… I am so proud of you.  Congratulations.”


Tangan Jali dicapai dan digenggam.  Irsyad terpempan melihat kemesraan Samirah dengan lelaki bernama Jali yang belum lagi dikenalkan kepadanya.  Biar betul, dengan aku bukan main jaga batasan.  Dengan lelaki ini siap berpegang tangan, berpaut bahu dan mesra sungguh.  Siapa lelaki ni?


I am so proud of myself too.” Samirah dan Jali sama-sama ketawa.  Di hujung tawanya, baru dia perasan Irsyad sedang memandang ke arahnya dengan penuh kehairanan.  Dia menggamit Irsayd agar datang kepadanya. 


“Awak, mari sini.” Pantas Irsyad menurut.


“Kenalkan, ini sepupu saya Jali.”


Entah kenapa satu kelegaan menyelinap dalam hati Irsyad bila mendengar perkataan sepupu.  Huh… lega sangat-sangat.


“Jali, kenalkan ini kawan aku Irsyad Rifqi.”


Irsyad menghulurkan tangan dan Jali menyambut sambil tersenyum mesra. 


“Kawan ke boyfriend?” selamba soalan dilontarkan ke arah Samirah.  Cukup kuat untuk Irsyad Rifqi mendengarnya. 


“Kawanlah.”  Samirah menjeling ke arah Jali.  Senyuman Jali itu senyuman ada makna.  Nak menyakat akulah tu, kata hati Samirah.



Malam itu buat pertama kalinya Irsyad Rifqi memakan burger bakar.  Memang dia sudah pernah mendengar sebelum ini tentang burger bakar tapi belum pernah merasanya.  Sedap.  Lebih sedap bila makan di hadapan gadis bernama Samirah.  Perut kenyang selepas makan.  Hati girang selepas makan.


Sepanjang mereka makan, Samirah asyik bercerita tentang Jali.  Jali yang turut duduk di meja mereka sekali sekala mencelah, di kebanyakan waktu menyakat dan menceritakan tentang kerenah Samirah sejak kecil.  Malam ini Irsyad dapat tahu rupa-rupanya Samirah semasa kecil lasak seperti budak lelaki.  Selain dari Aidid, Samirah rapat dengan Jali, yang nama sebenarnya Razali.  Jali tinggal berdekatan dengan rumah mereka dan pergi ke sekolah yang sama dengan Aidid dan Samirah sejak sekolah rendah lagi.  Jali tua dua tahun daripada Samirah.  Selepas habis SPM Jali menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan.  Walaupun memiliki Diploma, Jali lebih berminat berniaga.  Selepas dua tahun berniaga burger di gerai, perniagaannya berkembang dan Jali kini tauke Restoran Burger Bakar Jelicious.


“Sedap tak burger aku tu?”


“Sedap, ni first time saya rasa burger bakar.”  Soalan itu untuk Samirah tapi Irsyad yang menjawab.  Jali senyum.  Mamat ni sure minat kat Ira.  Tengok aje cara dia pandang Ira aku dah tau, kata Jali dalam hati.


“Datanglah sini selalu.  Try menu lain pula.  Yang paling laku kat sini Lamb Thrill dan Chicken Out.”  Kata Jali.  Irsyad tersenyum.  Unik nama makanan di restoran Jali. 


“Kalau Samira ajak, insyaAllah.  Tiap-tiap hari pun saya sanggup.”  Senyuman di bibir masih meleret.  Wajah si kecil molek dipandang lama-lama.  Terlupa si Jali asyik memandang gelagatnya.


“Hah, dengar tu Ira.  Boyfriend dah buat special request tu, kenalah ajak si Irsyad ni datang sini tiap-tiap hari.”


Samirah memandang Jali dengan mata yang dijegilkan.  Bila pulak aku kata Irsyad ni boyfriend aku, desis hatinya.


“Tak naklah aku makan burger kau tiap-tiap hari.  Bukannya sedap pun.” Sengaja dia menyakat Jali dan strateginya menukar topik perbualan menjadi.


“Tak sedap ya?  Tu dah habis licin, dengan coleslaw pun bantai habis, tak sedaplah ya?”


Samirah ketawa.  “Bukan aku yang habiskan.  Irsyad yang makan semua.”  Oops, ayat sudah terlepas.  Baru Samirah tersedar ayatnya bakal memakan dirinya.


“Eh, bila pula saya makan coleslaw awak?  You must be dreaming about me a lot.”


Pipi Samirah sudah bertukar warna, dari cerah menjadi merah.  Irsyad tersenyum riang.  Jali sama tersenyum.


“Kalau dia dah dreaming pasal kau Irsyad, apa lagi, hantarlah proposal.  Cepat pergi jumpa pak ngah aku.  Pak ngah aku tu sempoi.”


“Jali!” Samirah menjerit.  Mata dijegilkan ke arah Jali.  Irsyad juga tersenyum.  I like him, katanya dalam hati.           



Seronok berbual dengan Jali, di samping makanan yang lazat, Samirah tak sedar jam sudah 9 malam.  Bila tersedar, cepat-cepat Irsyad diajak pulang.  Tidak sampai setengah jam kemudian, mereka tiba di hadapan rumah.


Nice house,” kata Irsyad sambil mengerling rumah banglo dua tingkat di sisinya.


“Taklah, rumah biasa saja.”


“Tapi penghuninya luar biasa.”


Samirah mengangkat kening.  Ni sesi mengayat lagi ke ni, tanya hatinya.


“Terima kasih sebab…”

           

I don’t need your thank you.  In fact I should thank you.”


No, I should thank you.  Awak datang selamatkan saya dari perempuan garang tadi.  Lepas tu awak temankan saya hantar kereta kepada Aidid.  Bawa saya minum cendol, pergi tengok bekas restoran mama saya dan yang paling best saya dapat jumpa Jali dan makan burger yang paling sedap di dunia.”


Samirah memandang Irsyad dengan senyuman manis di bibir.  Sungguh dia sangat-sangat berterima kasih kepada Irsyad.  Terdetik juga di hati, tidak mengapakah tuan pengarah urusan ini meninggalkan urusan pejabatnya untuk menemani dia hampir sepanjang hari?


Irsyad merenung wajah manis Samirah lama-lama.  Perasaan indah menjalar dalam hati. Aku tak pernah buat kerja ni dengan mana-mana gadis sebelum ni.  Ya Tuhan, apakah dia kau utuskan untuk mengisi hati ini?  Hati Irsyad Rifqi berkata-kata.



Telefon bimbitnya berbunyi.  Irsyad memandang ke arah telefon di atas meja.  Ya Allah, aku mengelamun rupanya.  Tak apalah, mengelamunkan si Samirah yang istimewa membuatkan hati berbunga riang.  Kaki melangkah masuk ke ruang tamu kondo untuk mengambil telefon bimbitnya.


Nombor abang ngahnya terpapar di skrin.  Apahal lagi angah ni, tanya hati Irsyad sambil jari menekan butang hijau.

No comments:

Post a Comment