Saya taip laju-laju. Semoga menghiburkan. Jangan lupa comment ya, :)
Bab
14 - Naim Zakaria
Siapa lelaki berkacamata
itu? Itukah Muaz yang pernah disebut
dalam perbualan kami? Orangnya agak
berusia, mungkin sekitar awal 30-an.
Tentu lelaki itu ada hubungan dengannya.
Kalau tidak, takkanlah berpeluk sakan.
Siap berpimpin tangan lagi. Dan
bermalam di sini, dalam rumah yang sama!
Perasaan ingin tahu
semakin menebal dalam hati, disulami perasaan jelik. Entah kenapa, terasa sangat jelik melihat dia
bermesra dengan lelaki itu. Aku nampak
dengan jelas mereka berpelukan di depan pintu, dan kemudian kedua belah
tangannya menyentuh muka lelaki itu sambil tersenyum. Tidak berapa lama kemudian, dia menarik
tangan lelaki itu dan mereka sama-sama masuk ke dalam rumah inap.
Semalaman mereka tidak
keluar dari rumah. Pagi ini, apabila aku
melintasi rumah ketika berjogging, kereta lelaki itu masih ada. Ingin rasanya aku mengetuk pintu rumah inap
dan mengheret mereka berdua keluar.
Rumah inap itu aku bina untuk membolehkan pelanggan berkeluarga
menginap, bukan untuk pasangan yang belum halal menginap untuk melakukan
maksiat. Malahan, chalet-chalet yang ada
juga tidak sekali-kali akan aku sewakan kepada pasangan yang belum
berkahwin. Itu prinsip aku. Aku lebih rela kerugian daripada mendapat
keuntungan dari jalan yang salah.
Dia berada di tepi
sungai rupa-rupanya. Tempat kegemarannya
bermenung. Di mana lelaki berkacamata
itu?
“Assalammualaikum” aku
hulurkan salam pembuka bicara. Takkan
nak terus terjah dengan soalan berapi.
“Wa ‘alaikummus salam”
sepatah jawabnya. Mata memberikan
jelingan tajam kepadaku. Ah, aku tidak
takut dengan jelinganmu wahai gadis.
Wajahnya masih mencuka, seperti semalam.
Kelihatannya seperti dia sudah bersiap hendak keluar.
“Mana boyfriend awak?”
“Hah?” itu saja jawapan
yang keluar dari mulutnya. Dahinya
berkerut.
“Saya bukan nak
mencampuri urusan peribadi awak. Tetapi,
sebagai pemilik tempat ni, saya mesti menjalankan tanggungjawab saya. Kalau awak nak buat maksiat, tolong jangan
buat di sini. Ada banyak rumah inap dan
resort berdekatan sini, awak boleh tinggal di sana.”
“Naim!” dia menengking
aku.
Tinggi suaranya. Wajahnya yang tadi masam mencuka, kini bertukar
menjadi bengis. Lumrah, orang kalau
sudah melakukan kesalahan, tidak mahu mengaku pula. Maka marahlah dia bila ditegur kesalahannya.
“Apa yang awak merepek
ni hah?”
Tak habis-habis
dikatanya aku merepek. Semalam bila
ditanya tentang kehamilannya, dia kata aku merepek juga. Aku yakin, dari keadaannya, dia mengalami
alahan di peringkat awal kehamilan. Dan,
dari tingkah laku mereka berdua, aku sangat-sangat yakin lelaki berkacamata itu
kekasihnya.
“Kenapa awak suka tuduh
saya macam-macam? Kalau awak tak suka
saya berada di sini, berterus teranglah.
Tak payah cari pasal dengan menuduh saya yang bukan-bukan.”
Wajahnya nampak sungguh
tegang. Dia ingat aku takut? Kalau setakat dia sudah terlanjur, rasanya aku
masih boleh terima. Tetapi bila sang
kekasih datang, bermalam pula di sini, oh maaf, ini sudah terlebih. Aku tidak akan sesekali berkompromi dalam hal
ini.
“Jangan berdalih
Izureen. Saya nampak dengan mata saya
sendiri.”
“Apa yang awak nampak,
tak menjelaskan perkara yang sebenar lah!”
Kini dia sudah mencekak
pinggang. Matanya membulat
memandangku. Aku balas renungannya.
“Kalau begitu, apa
perkara yang sebenarnya? Cakaplah!” aku
pula menengking.
Izureen mengetap
bibirnya. Nafasnya turun naik, nampak
jelas dia mengawal kemarahannya.
“Listen here Encik Naim Zakaria.
You have got no right to know any
of my personal things! Mind your own business!”
Dia mengangkat kaki,
hendak meninggalkan aku. Kalau dia di
pihak yang benar, mengapa dia tidak mahu menceritakan hal yang sebenar? Aku sentap tangannya dan menarik dia ke
arahku. Agak kuat tarikanku hingga dia
terdorong ke belakang.
“What are you trying to do?
Lepaslah!”
Belum sempat aku
berkata apa-apa, lelaki berkacamata itu menghampiri kami. Entah dari mana dia datang. Aku lepaskan tangan Izureen. Jangan pula dia salah sangka, aku hendak
mengapa-apakan Izureen. Sebaik sahaja
dilepaskan Izureen menjeling kepadaku dengan pandangan yang tajam, bagai tembus
mataku dijelingnya. Kemudian dia
menggamit lelaki itu.
“Jom,” katanya lantas
memaut lengan si lelaki.
“Wait” sepatah yang keluar dari si lelaki. Dia terus mara ke arahku.
“Zack kan?” dia menyoal, sambil menghulurkan tangannya.
Kami berjabat
tangan. Aku perhatikan dia dari atas
hingga ke bawah. Cuba mengingati wajah
dan susuk tubuh yang berada di hadapanku.
Gagal.
“Zack, kau dah tak
kenal aku? Izelan lah!” dia senyum.
Izelan? Aku cuba mengingati orang bernama Izelan yang
pernah aku kenali. Lama aku berfikir,
sebelum satu nama dan wajah di zaman persekolahan menengah menjelma di minda.
“Izelan, MRSM Muar?”
soalku.
“Yes!” dia tersenyum girang bila akhirnya aku berjaya mengingatinya.
“MasyaAllah, lainnya
engkau Lan!” kami sama ketawa. Kemudian dia mendepakan lengannya dan kami
berdakapan, aku menepuk-nepuk bahunya.
“Dulu engkau putih,
tembam. Sekarang dah kurus, pakai cermin
mata pulak tu. MasyaAllah, manalah aku
nak kenal!”
“Engkau pun dah
lainlah. Makin handsome. Taklah macam time
sekolah dulu, nampak nerd aje.”
Kami gelak lagi. Girang berjumpa rakan lama. Tak sangka setelah bertahun-tahun tidak
bertemu, kami berjumpa di sini. Lain
sungguh penampilan Izelan sekarang.
“Kerja apa sekarang?”
“Doktor. Engkau?”
“Di sinilah, bisnes
sendiri.”
“Eh, aku ada dengar kau
ada buka interior design firm?”
“Still there, but Haziq is running it full time. I am mostly here. Eh, ingat Haziq lagi?”
“Ingat. Aku ada jumpa dia, rasanya dua tahun lepas.”
“Dah kahwin?”
“Belum.”
“Samalah kita.”
“Abang” panggilan
Izureen menyedarkan kami ada orang ketiga di situ. Tentunya dia mendengar perbualan kami dan
kehairanan. Aku juga mula kehairanan. Yang ini Izelan, bukan Muaz. Apa kaitan Izelan dengan Izureen?
“Jomlah abang. Berapa lama lagi nak berborak ni?” wajahnya
tampak kebosanan.
“Kejaplah adik. Dah lama tak jumpa kawan abang ni. Dulu dia junior
abang kat MRSM Muar. Tak sangka berjumpa
semula di sini.”
Adik? Rasanya aku tak salah dengar, dia memanggil
Izureen adik. Oh oh, maknanya aku sudah
salah sangka!
“Eh Zack, kenalkan my baby sister, Izureen.”
Izelan menyuakan tangan
ke arah Izureen yang sedang memandang aku dengan pandangan seolah-olah dia
hendak menerkam aku sekarang. Memang
sah, aku telah tersalah anggap tentang perhubungan Izureen dengan lelaki ini.
“Korang nak ke mana?”
tiba-tiba muncul persoalan di benak lantas terpancul dari mulutku. Mata tidak sanggup menatap wajah garang
Izureen.
“Kami nak pergi
makan. Lepas ni aku kena balik Taiping.”
“Eh jomlah makan kat
rumah aku. Dulu, bila aku balik ke
asrama, engkau selalu belasah sambal bilis mak aku. Hari ni mak aku masak sambal bilis. Dah lama engkau tak rasakan? Jomlah.”
Aku menarik lengan
Izelan dan dia tersengeh sambil menurutiku.
“Abang!” Izureen masih tercegat di belakang kami. Kami berdua berpaling memandangnya. Matanya tepat melihat ke arah Izelan, sambil
menggelengkan kepalanya, menandakan dia tidak mahu makan di rumahku.
“Jom adik,” tanpa
sebarang pertanyaan, Izelan menarik lengan Izureen. Dalam terpaksa Izureen menapak, mengikuti
kami ke rumahku.
**********
Berselera sungguh
Izelan makan. Lauknya biasa sahaja,
sambal bilis, ikan masin goreng, gulai lemak pucuk paku berencahkan udang
kering, ulam timun dan sambal belacan.
Tapi yang disentuhnya cuma sambal bilis dan pucuk paku. Berkali-kali dia memuji kelazatan sambal
bilis emak.
“Dulu makcik, masa kat
asrama, saya memang tertunggu-tunggu sambal bilis makcik. Tak ada nasi, dengan roti saya makan. Tak ada roti, biskut lemak pun jadi. Kalau Zack balik tak bawa sambal, kecewa
saya.”
Berderai ketawa
kami.
“Ada lagi ke sambal ni
Jah? Kalau ada, bungkuskan untuk tuan
doktor ni, bawak balik ke Taiping.”
Abah memberi arahan.
“Ada sikit lagi tu,
nanti makcik bungkuskan.” Emak senyum.
“Tak payahlah mak. Kalau dia nak lagi, dia kenalah datang sini
selalu” sengaja aku menyakat Izelan.
Meriah suasana makan
tengahari kami dengan kehadiran Izelan.
Sambil makan, kami bercerita tentang kisah kami di asrama. Izelan tua setahun daripadaku. Dia banyak membantu aku ketika aku mula
memasuki MRSM. Sekali sekala perbualan
kami diiring gelak ketawa apabila ada peristiwa lucu yang diperkatakan. Emak dan abah turut ketawa bersama.
Namun satu wajah itu
kekal mencuka. Izureen makan pun sedikit
sahaja. Ketika sedang makan, mata kami
bertaut dan dengan pantas dia memberikan aku satu jelingan tajam. Rasa bersalah menyelinap dalam hati. Macam manalah aku boleh terfikir benda yang
bukan-bukan tentang dia?
Emak perasan akan
gelagatnya dan bertanyakan kepadaku ketika aku membasuh tangan di singki. Aku hanya katakan aku tidak tahu, tidak
berani menceritakan hal sebenar kepada emak.
Kalau emak tahu, tentu aku akan dimarahi. Ish, macam manalah aku boleh buat silap?
bendulnya si naim ni
ReplyDeleteKak Na,
ReplyDeleteDia bendul sebab sebenarnya dalam hati ada taman ha ha ha
hahaha :D dah teka dah mesti naim ingat abang zurin tu pak we dia..haha :D habisla lepas ni kompom bom atom hiroshima kuadr dari tempat zurin menginap menuju ke bilik tido naim ..heheee ...
ReplyDeletesure zurin rimas dgn naim punya perangai.. caring tapi menyakitkan ati je .. :D haha ....
Malia, yang sorang caring tapi menyakitkan hati
Deleteyang sorang lagi rimas tapi rindu
boleh buat gitu?
hahaha :D tu namanya zurin benci tapi rindu :D hehee..
ReplyDeletetapi zurin macam blur je tak.. macam paham2 lagi si naim dah ada taman dalam hati :D hehe... sebab ati zurin tgh sakit dek ke'caring'an naim yg tersangat la lebih... hehehe ..
kompom naim malu dgn abang zurin kalau zurin cerita kat abang dia apa yg berlaku between both of them.. wahahaa :D
Ala...dah habis pulak....
ReplyDelete