Bab
3 - Izureen
Kesedihan dan
kekecewaan yang melanda terus membelenggu hidupku. Seminggu aku tidak pergi bekerja. Mama bising.
Katanya dia malu dengan kakitangannya.
Manakan tidak, anaknya sendiri yang baru empat bulan dibawa masuk ke
syarikatnya sudah pandai buat perangai ponteng kerja.
Alangkah bagusnya kalau
Mama faham apa yang sedang aku alami.
Tetapi, seperti biasa Mama memang tidak pernah memahami aku. Semenjak papa meninggal Mama tidak lagi punya
masa untuk aku dan Abang Iz. Mama
mengambil alih pengurusan syarikat katering yang papa asaskan. Masanya dihabiskan di pejabat, mama jarang
ada di rumah untuk memahami jiwa remajaku yang kesepian dan dahagakan kasih
sayang. Sudahlah papa pergi meninggalkan
kami buat selama-lamanya, Abang Iz pula jauh di Ireland, menghabiskan
pengajiannya dalam bidang perubatan.
Kemunculan Muaz dalam
hidupku tepat pada masanya. Dia datang
menghulurkan persahabatan ketika aku sepi, rindu, sedih dan dahagakan kasih
sayang. Maka salahkah kalau aku jatuh cinta
padanya? Tapi kini semuanya sudah tidak
bermakna lagi. Muaz yang aku cintai
rupa-rupanya hanya menyayangi aku sebagai seorang sahabat. Hatinya kini miliki oleh orang lain.
Loceng pintu berbunyi. Tombol pintu dipulas dan satu wajah yang aku
rindui menjenguk ke arahku.
“Kakak” laungku.
Kak Izarina meluru ke
arahku. Kami berpelukan di atas sofa dan
dalam dakapannya air mataku luruh. Aku
menangis teresak-esak sambil kak Rina mengurut belakangku, cuba menenangkan
aku. Izarina adalah satu-satunya
kakakku. Anak tiri Mama yang pertama
kali kami jumpa pada hari papa kemalangan.
Papa meninggal di hospital tetapi emak Izarina meninggal di tempat
kejadian. Sejak itu kak Rina tinggal
bersama kami walaupun Mama tidak menyukainya.
Mungkin kerana kekecewaan yang timbul apabila mengetahui dirinya
dimadukan membuatkan Mama tidak menyukai kak Rina. Namun nasib menyebelahi Kak Rina. Beberapa
bulan selepas kematian papa, kak Rina melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebaik pulang dari pengajiannya, kak Rina
menetap di rumah peninggalan emaknya.
“Sabarlah Adik,
pastinya ada hikmah di sebalik semua ini” kata kak Rina bila esakanku
berkurangan.
“Adik bodohkan
kakak? Adik salah mentafsir perasaan
Muaz….” dan esakanku berlagu lagi.
“Adik tak bodoh. Adik cuma keliru. Janganlah bersedih. Ini semua dugaan hidup. Apa yang adik alami sekarang akan menjadi
pengajaran yang sangat berguna untuk adik meneruskan hidup”, kak Rina memujuk.
“Hati adik pedih kak,
sakit sangat bila mengenangkan Muaz.
Kenapa dia tak faham perasaan adik terhadapnya selama ini. Kalau adik tau akan jadi macam ni, I would have declared my feelings towards
him”.
“Cinta tak boleh
dipaksa dik. Even if you had told him, he may not have the same feeling”.
Aku diam, membenarkan
apa yang kakak ucapkan. Betul cinta
tidak boleh dipaksa. Hari ini aku juga
faham mencintai tidak sama dengan dicintai.
“Life has to go on dik.
Jangan kerana cinta hidup kita terkandas. Adik pun tau kan, kakak putus cinta tiga kali
sebelum jumpa dengan Abang Aeril.
Alhamdulillah, percintaan dengan Abang Aeril berjalan lancar. Kakak tetap positif walaupun pernah kandas
dalam percintaan. Percayalah, kalau kita
tidak dapat apa yang kita inginkan, itu maknanya Allah has something better for us”.
Aku melepaskan pautan
tangan pada badan kak Rina. Memandang
wajahnya yang tenang. Memang kak Rina
seorang yang tabah. Aku masih ingat dia
langsung tidak menangis ketika jenazah papa dan emaknya diuruskan. Dia tidak pernah marahkan Mama walaupun Mama
tidak melayannya dengan baik. Dia tidak
pernah mengeluh dengan takdir hidupnya, malahan sentiasa positif terhadap apa
juga terjadi kepadanya.
“Terima kasih kakak, for lending your shoulder and listening to
my nonsense”.
Kak Rina gelak dengan kata-kataku.
“That’s not nonsense. Come, we
need to do something to cheer you up.
Duduk terperuk dalam bilik ni, bukannya membantu adik lupakan kesedihan,
lagi bertambah sedih adalah,” katanya sambil bangun dan turun dari katilku.
“Dah mandi ke belum?”
dia bertanya.
“Dah.”
“Ish, dah mandi apanya,
comot macam ni?”
Aku hanya mampu
tersengih mendengar usikannya. Masih
belum mampu mengukir senyum.
“Cepat tukar baju, jom
ikut kakak keluar” arahnya sambil berjalan kea rah almari pakaianku.
“Nak pergi mana?” aku
bangun dan turun dari katil perlahan-lahan.
“Kita pergi makan,
lepas tu pergi KLIA ambil Abang Aeril.”
Selepas makan di
Restoran Al Rawsha, kami bertolak ke KLIA.
Tidak perlu menunggu lama di KLIA kerana kapal terbang yang membawa
Abang Aeril pulang dari Kota Kinabalu telah mendarat.
Aku berjalan di
belakang Abang Aeril dan Kak Rina yang berjalan beriringan. Hatiku dilanda perasaan cemburu. Alangkah seronoknya jika aku dapat menikmati
kebahagiaan yang mereka kecapi.
Fikiranku melayang, jauh menerawang entah kemana hingga wajah Muaz muncul
di depan mata. Muaz, ketika engkau
ucapkan akulah sahabatmua dunia dan akhirat, aku juga berharap engkau akan
menjadi kekasihku di dunia dan akhirat.
Tetapi harapanku lebur menjadi debu.
Mengingati Muaz lantas membuat aku sedih semula.
Dalam lamunanku, aku
telah berjalan jauh dan berlawanan arah dari Kak Rina dan Abang Aeril. Apabila aku tersedar, aku cepat-cepat
berpusing dan berjalan laju-laju untuk mencari mereka. Tiba-tiba aku terlanggar sesuatu. Oh, bukan sesuatu, tetapi seorang lelaki!
“Ouch” kata lelaki itu.
“Sorry…maaf” tergagap-gagap aku menuturkan maaf. Bagaimana aku boleh selalai ini hinggakan
tidak perasaan ada seorang lelaki bertubuh tegap di hadapanku. Aku berjalan terus dan melanggar dadanya
dengan kuat, hinggakan beg tanganku terjatuh.
“Maaf…maafkan saya”
“Kalau ia pun nak
cepat, hati-hatilah sikit” kata lelaki bertopi itu. Aku mendongak sedikit untuk melihat
wajahnya. Mata kami bertatapan. Lantas matanya membulat memandangku. Kemudian dahinya berkerut, mengundang kehairanan
di dalam hatiku.
“Encik, sorry ya. Encik tak apa-apakan?”
Tiada jawapan
darinya. Sebaliknya dia terus-terusan
merenung aku.
Panggilan seorang gadis
bertudung dari arah belakangku mematikan renungannya. Dia terus beredar tanpa berkata apa-apa. Pelik, bisikku dalam hati. Ah, biarlah, mungkin dia terkejut kerana aku
melanggarnya. Aku tunduk untuk mengutip
beg tanganku yang terdampar di atas lantai.
Ketika itu aku ternampak satu cermin mata hitam di atas lantai
berdekatan dengan beg tanganku.
Kedua-dua barang tersebut aku ambil.
Aku belek cermin mata hitam itu.
Cepat-cepat aku berpaling, ingin memulangkan cermin mata tersebut kepada
lelaki yang ku langgar tadi. Aku pasti
cermin mata hitam itu miliknya.
“Encik,” laungku. Dia yang berada kira-kira 5 meter di
hadapanku terus berjalan seolah-olah tidak mendengar panggilanku. Aku kuatkan suaraku namun dia tetap terus
melangkah, semakin jauh meninggalkan aku.
Apa nak buat ni, fikirku.
Akhirnya aku memutuskan untuk menyimpan sahaja cermin mata itu.
No comments:
Post a Comment