Assalammualaikum. Jemput baca dan komen ya. Terima kasih.
BAB 8
Aku suruh Bos 1B3K
duduk di pangkin berdekatan dengan badminton
court sementara aku mengajar taekwando.
Inilah yang aku buat setiap hari Sabtu, melainkan kalau aku ada
hal. Harapan aku satu hari nanti ialah
dapat belikan setiap anak-anak ini sepasang uniform taekwando. Aku juga berharap dapat melatih mereka
sehingga mahir. Kalau mereka hendak
belajar di tempat lain, yurannya mahal.
Sambil
membetulkan posisi dan pergerakan mereka, aku kerling bos. Dia sedang pandang badminton court tapi aku rasa fikiran dia melayang ke tempat
lain. Padan muka dia. Hendak sangat ikut aku berdating. Tentu dia ingat
bila aku kata berdating, aku akan
keluar dengan lelaki.
Aku
terus mengajar dan kali kedua aku menoleh ke pangkin, bos sudah tiada di
situ. Ke mana dia pergi? Agaknya dia sudah bosan jadi dia angkat kaki
dulu. Agaknya dia kecewa sebab tidak
dapat ganggu aku ‘berdating.’ Hahaha,
aku suka!
Biasanya
aku mengajar mereka selama satu jam setengah.
Tapi hari ini disebabkan aku sampai lambat, pengajaran terpaksa
dipendekkan. Pengajaran harus dihabiskan
sebelum waktu Asar kerana di sini mereka dididik untuk solat berjemaah. Aku duduk bersila di atas lantai, berdepan
dengan adik-adikku. Tiba-tiba sepasang
kaki berbalut seluar bermuda sampai di sisi aku.
“Siapa
nak coklat?” Bos bertanya sambil
menunjukkan dua beg plastik yang penuh berisi dengan bar coklat Kit Kat. Adik-adikku datang meluru ke depan. Bos bagi setiap seorang satu bar Kit
Kat. Berselera mereka makan. Aku nampak bos macam terharu tengok mereka
makan coklat. Aku sudah biasa. Aku faham bagi anak-anak ini makanan yang
biasa-biasa bagi orang lain adalah sesuatu yang istimewa bagi mereka.
“Terima
kasih Uncle. Sedap.
Am jarang dapat makan coklat sesedap ni.” Kali ini aku yang terharu. Setakat coklat Kit Kat, bukannya Ferrero Rocher atau coklat mahal yang
lain. Tapi bagi Amri coklat yang sedang
dimamahnya sekarang adalah yang terbaik.
Aku berpaling ke arah bos. Dia
sedang menyuapkan coklat ke dalam mulut Sakinah.
“Bos.”
Bos
pusing kepala dan pandang aku.
“Terima
kasih belikan dia orang coklat.”
Bos
paling semula ke arah Sakinah dan suap lagi coklat.
“Jadi inilah date kau?”
“Ya. Setiap minggu kalau tak ada urusan lain saya
akan datang sini. Malam pula saya pergi
ke date yang lagi satu. Hari Ahad saya rehat, luangkan masa dengan
mama. Esok nak tengok badminton dengan
mama. Final Piala Thomas, Malaysia lawan
Jepun. Ini kali pertama Jepun masuk
final. Saya harap Malaysia menang.”
Aku
bangun dan suruh adik-adikku masuk mandi kerana sebentar lagi akan masuk waktu
Asar. Mereka beredar ke arah bangunan
setingkat yang menempatkan satu bilik anak perempuan, satu bilik anak lelaki,
dua bilik air, dapur dan ruang makan.
Ruang makan yang lapang tanpa sebarang perabut ini juga digunakan
sebagai ruang solat dan tempat belajar.
“Bos,
saya nak bersihkan diri. Lepas tu solat
dengan dia orang.”
Bos
mengangguk saja. Tidak cakap pun dia hendak
ikut solat sekali. Hmm, suka hati
dialah. Takkan yang itu pun aku kena
uruskan.
Selepas bersolat aku panggil semua
adik-adikku. Mereka sudah tahu apa yang
perlu dilakukan lalu dengan segera mereka duduk dalam dua bulatan. Satu bulatan perempuan dan satu lagi
lelaki. Ada lima belas orang anak yatim
yang tinggal di sini. Yang menyertai
aktiviti ini hanyalah yang sudah bersekolah dari tahun satu hingga tahun
enam. Mereka keluarkan buku latihan
Bahasa Inggeris dan buat latihan seperti yang aku suruh.
Inilah
aktiviti yang susah sikit sebab mereka sangat lemah dalam Bahasa Inggeris. Kadang-kadang aku mati akal bagaimana hendak
menerangkan agar mereka faham. Tapi aku
tidak pernah putus asa. Aku rasa bahagia
bila dapat membantu mereka, biarpun dengan sekecil-kecil bantuan. Bos 1B3K
tidak kelihatan. Entah ke manalah
perginya. Pandai-pandailah dia bawa
diri. Kalau dia bosan, nasiblah. Siapa suruh ikut aku berdating.
Tepat
pukul enam setengah aku suruh mereka tutup buku. Siapa yang tidak siap latihan aku suruh
sambung kemudian. Yang sudah siap aku
suruh kumpulkan buku setempat supaya aku boleh semak. Hanya tiga orang yang dapat siapkan latihan. Aku berharap dan selalu mendoakan adik-adikku
berjaya dalam pelajaran agar mereka dapat hidup senang nanti.
“Dah boleh balik?” Bos bertanya. Bila masa dia masuk aku pun tidak tahu.
“Kenapa,
bos dah bosan ke? Sorrylah kalau dating session
saya ni membosankan. Saya tak suruh bos
ikut kan?”
Soalan
aku tidak berjawab. Dia hanya pandang
aku. Makcik Piah dan Makcik Leha datang
sambil menatang dulang. Dua adik
perempuan juga datang membawa dulang.
Umi Sarah bentangkan tikar dan susun dulang-dulang atas tikar.
“Apa
tu?” Bos berbisik. Ish dia ni, suka-suka saja datang dekat dan
bisik di telinga aku. Aku jauhkan sikit
tubuh dari dia.
“Makan
malam. Kat sini dia orang makan dalam
talam.”
Dahi
bos berkerut. Aku tinggalkan dia dan tuangkan air dalam
gelas ketika adik-adikku makan. Aku
hulurkan kepada bos dan suruh dia berikan kepada mereka. Dia tidak membantah. Terbongkok-bongkok bos
menghulurkan gelas kepada adik-adikku.
Rasa seronok pula kerana berjaya menyuruh bos buat kerja. Kalau di pejabat belum tentu boleh.
Habis
mengagihkan minuman aku ajak bos ke dapur.
Di situ ada meja makan. Di
atasnya sudah tersiap satu dulang kecil mengandungi nasi dan lauk untuk Abi
Yusuf dan bos, dan satu lagi dulang besar untuk Umi Sarah, Makcik Piah, Makcik
Leha dan aku. Selepas Abi bacakan doa
kami mula makan. Aku tengok bos macam
kekok saja makan satu talam dengan Abi.
Agaknya ini kali pertama dia makan dalam talam. Aku sudah biasa kerana sudah dua tahun menjadi
sukarelawan di sini.
Usai
makan adik-adikku bersama-sama membersihkan tempat makan. Nasi dan lauk yang tumpah dikutip. Tikar diangkat dan tikar yang lain pula
dihamparkan. Kemudian ada yang
membentangkan sejadah, ada yang ke bilik air mengambil wuduk. Aku turut bersiap untuk bersolat. Bos, macam petang tadi. Buat muka selamba badak dan lesap entah ke
mana ketika kami semua solat Maghrib dengan diimamkan oleh Abi Yusuf.
Tiba
masa untuk aku beredar. Adik-adikku
datang dan bersalam denganku. Mereka
turut bersalam dengan Bos 1B3K. Lokman
yang kuat makan dengan mesra rakyat meminta bos datang lagi dan bawa coklat
yang sedap-sedap. Bos jawab dia akan
datang lagi kalau aku ajak. Rasa-rasanya
aku tidak akan ajak. Segan pada semua di
sini sebab bos tidak bersolat. Kalau ada adik yang bertanya kenapa Uncle Rifqi tidak solat, apa aku hendak jawab?
Umi dan Abi menghantar aku dan bos
ke kereta. Berkali-kali mereka
mengucapkan terima kasih kerana datang.
Kepada bos juga mereka ucapkan terima kasih kerana sudi datang dan belikan
coklat dan biskut untuk adik-adikku.
Rupa-rupanya bos turut belikan biskut Oreo untuk mereka makan. Baik hati juga Bos 1B3K ni.
“Bos masih nak ikut saya pergi second date?” Aku tanya bila dia mula memandu. Aku harap dia jawab tidak. Malaslah nak bawa. Segan dengan Nafiz.
“Second
date kau dengan anak apa pulak? Yang
tadi anak yatim, yang lepas ni anak tiri ke?”
Kurang ajar punya mulut. Ada ke patut bos cakap macam tu. Hmm, orang kalau dah ada sifat kerek macam itulah. Perasan hebat dan pandang rendah pada orang
lain. Baru aku nak jawab kata-kata bos,
telefon aku berbunyi. Di hujung talian
Nafiz memberi salam. Selepas aku jawab
salam dia tanya pukul berapa aku akan sampai.
“Ya saya on the way. Dengan bos
saya.” Aku jawab soalan Nafiz yang
bertanyakan aku ada di mana sekarang.
“Awak belum makan? Saya pun.
Kita makan sama-sama ek.” Aku berkata begitu bila Nafiz bertanya sama
ada dia perlu menunggu aku untuk makan malam.
Selepas itu aku matikan talian.
Simpan balik telefon sambil tersenyum.
Hatiku tersentuh bila Nafiz sudi menunggu aku.
“Bukan kau dah makan ke tadi?” Bos soal.
Maknanya dia dengar perbualan aku dengan Nafiz.
“Tadi tu makan dengan first date. Lepas ni saya makan dengan second date saya pula.”
Selepas aku jawab macam tu kami
sama-sama diam hinggalah kami sampai ke Rumah An-Nur. Aku beri salam kepada Pak Long dan Pak Mail
yang sedang bermain dam haji berdekatan pintu masuk. Kemudian aku sapa Mak Som dan Aunty Cheng yang sedang bersembang
sambil terus menuju ke belakang. Bos
1B3K mengikut aku tanpa suara.
Nafiz
sedang memasukkan satu kotak besar ke dalam van. Aku beri salam. Nafiz paling ke arah aku, senyum dan jawab
salam aku. Kemudian dia pandang ke arah
belakang aku. Aku kenalkan Bos 1B3K
kepada Nafiz. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Nafiz beritahu Bos 1B3K kotak yang baru
dimasukkan itu mengandungi makanan yang sudah dibungkus dan akan diagihkan
kepada orang-orang gelandangan di sekitar kawasan Masjid India.
Aku
harap sangat bila bos dengar perkataan orang gelandangan dan Masjid India, dia
akan batalkan hasrat untuk mengikuti aku.
Tapi dia mendengar dengan penuh minat penerangan Nafiz dan dari riak
wajahnya aku tahu dia hendak ikut. Hmm,
kalau dia ikut tidak dapatlah aku naik van dengan Nafiz.
Di
luar jangkaan aku bos menerima pelawaan Nafiz untuk naik van buruk milik Rumah
An-Nur. Bos siap tolong tutupkan pintu
belakang. Kemudian masuk melalui pintu
penumpang belah depan. Terpaksalah aku
masuk ikut pintu tepi van. Sepanjang
perjalanan ke Masjid India Nafiz dengan ramah melayan setiap pertanyaan
bos. Aku sekadar menjadi pendengar. Cukuplah sebab aku memang suka dengar suara
Nafiz. Suara dia macho.
“Fina,
tadi kata belum makan. Awak nak pergi
makan dulu?” Tiba-tiba Nafiz tanya dan
dia pandang aku melalui cermin belakang.
Aku geleng kepala. “Saya tak
lapar. Kita makan dekat site nantilah.”
Nafiz
mengangguk. Kalaulah hanya aku dan dia
dalam van ini tentu sekali aku terima pelawaan dia untuk pergi makan
bersama. Bukan senang hendak dapat
pelawaan daripada Nafiz. Tapi Bos 1B3K
ada. Tidak mahulah makan dengan dia
sekali.
“Budak-budak
di Rumah Umi okey?” Nafiz tanya lagi.
“Dia
orang okey. Dia orang tanya kenapa awak
tak datang sekali tadi. Saya bagi tau
awak sibuk. Ayah awak dah sihat?”
“Sudah
okey sikit.” Jawab Nafiz dan selepas itu
kami tidak berbual lagi. Aku rasa kekok
hendak berbual dengan Nafiz dengan kehadiran bos. Kacau daun betullah bos ni.
Bila
kami sampai di Masjid India, beberapa sukarelawan sudah menunggu. Aku menegur mereka dan bertanya khabar. Ada
di antara mereka yang aku sudah kenal, ada yang baru jumpa malam ini. Aku tidak
kenalkan bos kepada mereka. Tidak
perlulah mereka tahu siapa lelaki berambut pacak yang datang dengan aku.
Bersama-sama
dengan sukarelawan yang lain, kami keluarkan kotak berisi bungkusan makanan
dari van. Kami susun di atas meja lipat yang
sudah dibuka. Orang-orang gelandangan
yang berada di sekitar kawasan mula menghampiri kami. Aku pergi ke bahagian minuman. Nafiz baru habis meletakkan dua tong air di
atas meja. Aku capai cawan plastik,
penuhkan dengan air sirap dan hulurkan kepada Nafiz. Dia susun gelas berisi air atas meja sebelah
untuk diambil oleh orang gelandangan.
“Baik
bos awak tu,” kata Nafiz. Aku rasa
hendak muntah. Baik apa macam tu. Tapi tidaklah aku cerita pasal perangai bos
kepada Nafiz.
“Minggu
depan awak pergi tak majlis nikah Thia?”
Aku harap Nafiz jawab ya. Nafiz
dan Thia dulu satu sekolah, dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima. Thia yang kenalkan Nafiz kepada aku. Sudah dua tahun kami kenal dan sejak itu aku
selalu ikut Nafiz buat kerja amal di Rumah Anak Yatim Umi Sarah dan Rumah Warga
Emas An Nur. Yang bagi makan orang
gelandangan ni, baru tiga kali aku ikut, termasuk kali ini.
“Belum
tau lagi. Kalau perlu jaga ayah, saya
akan pergi minggu satu lagi, di rumah Azwan.”
Tidak
kisahlah Nafiz pergi belah Thia atau belah Naani, sebab aku akan berada di
dua-dua majlis itu nanti. Kalau Nafiz
pergi ke dua-dua majlis lagi bagus, dapat jumpa dia dua kali. Kami teruskan bekerja. Nafiz ni jenis pendiam jadi kalau aku tidak
bertanya atau bercerita dia pun senyaplah.
Satu
plastik gelas sudah habis. Maknanya kami
sudah isi air sirap dalam 25 biji gelas.
Aku tunduk untuk ambil bungkusan gelas yang baru dari dalam kotak yang
diletakkan di bawah meja. Aku koyakkan
plastik, keluarkan sebiji gelas, isi dengan air sirap dan hulurkan ke kanan.
“So
yang ini betul-betul datinglah?”
Errrk,
bila masa si bengkeng ni gantikan Nafiz?
Aku pandang muka dia dan kemudian pandang keliling. Tak nampak Nafiz pun. Mana dia pergi?
“Tak
sangka ya, ada juga orang minat dengan perempuan sewel dan tak lawa di sebelah
aku ni.”
Bos
1B3K ni bukan setakat kurang asam, tapi kurang garam, gula, MSG dan apa-apa
yang boleh menambah perisa kepada keperibadian dia. Aku pandang dia dengan rasa bengang yang penuh
dalam hati. Dia sendengkan tubuh dia
dekat dengan tubuh aku. Lepas itu dia
bisik dekat aku “buat kerja amal konon. Sebenarnya
gatal nak bercinta. Hipokrit.”
Aku
angkat kaki dari situ. Tapi sebelum tu
aku sempat jeling muka bos. Muka dia basah. Kena siram dengan air sirap.
No comments:
Post a Comment