BAB 25
"Hari
ni tak da bunga?" Kak Razia
menyoal. Aku angkat kotak cokelat Patchi
dan tunjukkan kepada Kak Razia.
Mencerlung mata Kak Razia memandang kotak cokelat yang di atasnya
terlekat sekeping kad kecil dengan kata-kata ‘thank you for being so sweet to me last night’. Sweet
apanya, aku sekadar temankan dia ke majlis makan malam saja. Kalau aku tahu aku akan berjumpa Rasydan
Miang dan Bos 1B3K di majlis malam tadi, sumpah aku tak akan ikut Roy.
"Wow! Cokelat mahal tu Fina. Eeee nak lah sikit."
"Kejap
lagi ya kak. Lepas dia masuk
bilik."
Aku
perlahankan suara supaya Bos 1B3K dan Datin yang sedang berbincang dalam bilik
Datin tidak mendengar. Kak Razia
mengangguk sambil mengangkat ibu jari.
Pagi tadi Bos 1B3K masuk pejabat dengan muka cemberut dan dia buat
perangai seperti hari Sabtu lepas.
Sepatah perkataan pun tidak diucapkan kepada aku dan sapaan dan soalan
aku langsung tidak diendahkan. Aku tidak
faham kenapa dia mesti marah dengan aku, sedangkan sepatutnya aku yang berhak
marah terhadapnya. Ikut sedap mulut saja
dia kata aku hipokrit dan gatal.
Aku
sambung kerja. Kak Razia panggil aku
dengan suara perlahan. Aku panggung
kepala. "Perasan tak Encik Rifqi
dan Datin dah lama tak bertekak?"
"Ya
lah kak." Baguslah dia orang tidak
bertekak. Telinga aku dapat berehat
daripada mendengar suara tinggi Bos 1B3K.
Dan aku juga tidak perlu mendengar keluh kesah Datin.
"Dah
dua minggu tak ada gossip dengan pelakon tu, kan?" Kak Razia bertanya. Aku mengangguk. Kerja aku semakin senang apabila tidak ada
gossip di media cetak dan elektronik.
Kalau ada, jawabnya kena periksa sebanyak mungkin suratkhabar, majalah
dan internet.
Telefon
bimbit aku berbunyi. Nama yang tertera
di skrin aku tenung lama sambil berfikir hendak jawab atau tidak. Akhirnya aku tekan butang hijau. Salamnya aku jawab.
“Sayang,
dah makan cokelat?” Alamak, Roy dah mula
panggil aku sayang. Parah ni, aku takut
dia sudah pasang angan-angan akan memiliki aku.
“Belum.”
"Nanti
makan ya." Macam memujuk pulak nada
suara Roy.
"Roy,
kenapa kau buat semua ni?"
"Sebab
aku sayang kau."
"Roy
janganlah macam ni. Aku tak nak kau
belanja mahal-mahal..."
"Bunga
dan cokelat saja, langsung tak mahal.
Kalau kau tak suka bunga atau cokelat yang aku bagi, bagi tau aku. Aku boleh tukar dengan bunga dan cokelat yang
menepati citarasa kau."
Aku
lepaskan keluhan kecil. Aku rasa Roy
yang sedang bercakap dengan aku sekarang lain benar bunyinya dengan Roy senior
aku di universiti dulu. Yang dulu lebih merendah diri, sedikit naif dan lebih
ikhlas.
"Dinner with me tonight, Fina." Suara dia bukan bernada mempelawa tapi
bernada menyuruh. Aku tidak selesa
dengan lelaki yang suka menyuruh.
"Err...
Roy, kan kita baru jumpa semalam?"
“Semalam
ramai orang, tak sempat borak dengan kau.
Lagi pun kau tak berapa sihat semalam.
Jomlah, dinner dengan
aku. I
want to take you to a special place, only the two of us.” Kali ini suara Roy bernada memujuk pula.
“Maaf
Roy, malam ni aku memang tak boleh.”
Sebenarnya bukan tidak boleh tapi aku tidak mahu. Aku rasa tidak elok kalau terlalu kerap
berjumpa dengan Roy.
“Then we shall have lunch together."
“Roy,
aku kerjalah. Aku bukan bos besar macam
kau boleh keluar masuk pejabat sesuka hati.”
"Aku
datang office kau. We’ll
go somewhere nearby. I'll pick you up at
1. See you later, love." Dia putuskan talian. Aku termangu.
Memang terasa Roy yang ini sangat lain.
"Amboi....kemain
lagi 'Roy janganlah macam ni. Aku tak
nak kau belanja mahal-mahal'. Ya lah tu
tak nak yang mahal-mahal. Karang sampai
licin cokelat tu kau jilat." Kak
Razia mengusik aku, siap mengajuk gaya aku bercakap dengan Roy tadi. Aku jeling Kak Razia.
"Orang
nak bagi yang mahal, terima saja Fina.
Esok dah jadi laki, jangan kata sejambak bunga, sehelai daun pun belum
tentu dapat." Becok terlebih Kak
Razia pagi ni. Aku angkat kening.
"Handsome tak kawan kau tu Fina?"
"Handsome kak. Tapi saya ni tak kisah pasal rupa kak. Yang penting akhlak dan imannya."
"Hah,
betul tu. Yang penting akhlak, iman dan
akak nak tambah satu lagi...poket. Macam
akak ni dah terlambat nak cari yang poket tebal. Tapi kau tu 'open tender' lagi."
Kak Razia ketawa kecil dan sambung menaip.
"Open tender?" Hampir bercantum kening aku. Kak Razia ni ada-ada saja.
"Kau
tu kan single and available,
sapa-sapa pun boleh ngorat. Hah, kira open tenderlah. Ni budak Roy ni, kerja apa?"
"Dia
baru setahun jadi partner sebuah firma
perunding untuk perkhidmatan perakaunan, audit dalam dan pengurusan risiko. Sebelum ni dia kerja dengan agensi kerajaan
sampai kontrak tajaan dia habis."
“Oh.” Itu saja yang keluar dari mulut Kak
Razia. Kalau dia nampak Roy, aku yakin
‘oh’ nya akan jadi lebih panjang. Kami
sambung kerja masing-masing. Aku angkat
muka semula bila Kak Razia panggil aku.
“Apa jadi dengan rancangan kau nak
buat Encik Rifqi suka dengan perempuan bertudung?”
Aku angkat bahu. Sebenarnya aku sudah tidak berminat hendak
meneruskan rancangan kerana aku tidak tahu apa hendak dibuat supaya Bos 1B3K
suka perempuan bertudung. Lagi pun
nasihat emak masa singgah di kampung minggu lepas masih aku ingati dengan
jelas. Kalau ikut nasihat emak, aku
sebenarnya tidak perlu buat apa-apa.
Jadi baik saja sudah cukup. Tapi
dari pesanan Whatsapp dari Bos 1B3K semalam, aku tahu dia tidak anggap aku
baik. Maknanya kebaikan aku belum
berjaya mengubah persepsi negatifnya terhadap perempuan bertudung. Lantaklah.
Selepas minggu depan berakhir aku sudah tidak perlu layan kerenah
bengkeng, kerek dan kurang ajar dia.
Loceng pintu kaca berbunyi, diikuti
dengan bau harum manis menerpa rongga hidungku.
Aku kerling ke kanan. Azira
sedang berjalan ke arah kami dengan wajah sugul. Aku beri salam dan senyum. Dia jawab salam tetapi tidak senyum. Berbeza sungguh air mukanya dengan ketika aku
bertembung dengannya di luar bilik air Hotel Royale Chulan semalam.
“Rifqi ada?” Soalnya.
Amboi, gelaran encik sudah tidak dipakai. Semalam pun dia panggil Rifqi saja. Maknanya mereka sudah semakin rapat sekarang.
“Dia dalam bilik Datin.” Kak Razia yang laju menjawab.
“Lama lagi ke?” Azira menyoal sambil memanjangkan lehernya,
cuba mengintai ke dalam bilik Daitn.
Memanglah tak nampak, Datin dan Bos 1B3K duduk di meja bulat. Kena berdiri di jenang pintu baru boleh
nampak.
“Tak pasti.” Kali ini aku yang jawab.
“Interior
designer untuk resort di Kuala
Selangor, dah lantik ke?” Soalan ini aku
sudah agak akan keluar dari bibir Azira.
Aku geleng lagi.
“Lamanya!” Suara Azira sudah naik satu oktaf. Aku dan Kak Razia berpandangan. Apa hal minah ni?
“Mestilah lama nak buat keputusan
Cik Azira, jumlah yang nak dibelanjakan besar.
Lagi pun Encik Rifqi memang teliti bila buat keputusan. Dia akan kaji dari berbagai aspek, bukan
setakat harga saja. Lepas tu kena
bentangkan di mesyuarat Lembaga Pengarah sebab jumlah melebihi lima ratus ribu
mesti diluluskan oleh lembaga pengarah.”
Hah, ambik kau, dengan panjang lebar Kak Razia bagi penerangan.
“Bila board meeting?” Eh dia ni,
banyak soal pulak. Aku pandang Kak
Razia, dia buat muka yang mengisyaratkan ‘jangan bagi tahu’.
“Tak tahu.” Jawapan dua patah perkataan yang aku bagi
rupa-rupanya tidak digemari oleh Azira.
Riak wajahnya berubah.
“Apa korang ni? Semua benda tak tau. Korang ni bekerja ke makan gaji buta?” Suara dia naik lagi satu oktaf. Aku sudah bengang. Kak Razia pun sama.
“Cik Azira, kalau tak tahu apa-apa,
jangan sedap mulut tuduh kita orang makan gaji buta. Gaji kami bukan Cik Azira yang bayar, jadi
jangan nak tengking-tengking. Cik Azira
tunggu sajalah. Kalau ada rezeki Cik
Azira dapatlah projek Kuala Selangor tu.
Yang tak sabar sangat tu kenapa?”
Seorang Safinatun Najah memang tidak rela dirinya dimarahi kalau dia tidak
buat salah. Jadi aku jawab begitu. Kak Razia angkat kening dua kali kat aku.
Azira pandang aku dengan riak tidak
puas hati dan sakit hati terpamer di wajahnya.
Ada aku kisah? Kalau dia nak report dekat Bos 1B3K pun aku tak
heran. Dia berpaling dan meninggalkan
kami sambil jalan menghentak. Eh eh,
macam budak kecil!
“Kau memang sesuai jadi PA,
Fina.” Kata Kak Razia sebaik saja
kelibat Razia menghilang dari pandangan kami.
“Mulut pedas kau tu berguna untuk halang orang yang tak sepatutnya dari
mendekati bos. Akak rasa kan, nak bagi
tau Datin biar kau stay saja kat
sini. Azwan tu letak kat department lain. Akak pun seronok dengan kau, hilang stress kerja bila dengar celoteh
kau. Kalau dengan Azwan, kerja saja,
langsung tak bercakap.”
Amboi sedapnya mulut Kak Razia, nak
suruh aku terus kerja di Pejabat CEO.
Tak kuasa aku menghadap si bengkeng @ kerek. Loceng pintu kaca berbunyi lagi. Aku berpaling ke kanan, Kak Razia ke
kiri. Dengan pantas Kak Razia mencapai
ganggang interkom pintu.
“Roy!”
Aku menjerit sambil terus
bangun. Aku terlupa pintu pejabat Datin
terbuka luas. Harap-harap Datin dan Bos
tidak mendengar jeritan kecilku. Senyuman
manis tergaris di bibir Roy sambil dia berjalan mendekati mejaku.
“What…?”
Soalan aku tergantung di situ. Roy letak beg plastik yang mengandungi kotak
makanan di atas meja aku dan sebuah lagi plastik berisi dua cawan kopi.
“You
are okey with O’Brien sandwich, right?”
“Roy, apa semua ni?”
“Lunchlah. Aku tapau
siap-siap supaya kita dapat cukup masa untuk makan dan berborak. Kat office
kau tentu ada pantry kan? Jom kita makan dalam pantri.”
“Roy! Waktu lunch
aku pukul satu. Sekarang baru pukul dua
belas dua puluh.”
“No
worry sweetie, I’ll sit there and wait.
Whenever you are ready, we’ll have lunch together.” Jawab Roy sambil menunjuk ke arah lounge tetamu di sebelah pintu
kaca. Belum sempat aku berkata apa-apa
lagi dia berlalu dan dengan selamba melabuhkan punggungnya di atas sofa.
Kak Razia berdehem. Aku kalih pandang ke arah dia. “Amboi, tak kenalkan kita dengan pakwe cun
dia.”
“Hmm, itulah Roy.” Aku bercakap dengan mood yang sudah ke
laut. Aku tak suka Roy main terjah saja
pejabat aku. Nanti apa pula yang Datin
dan Bos 1B3K fikirkan.
“Wah, abang sado rupanya Roy
tu. Dahlah handsome, caring
pulak. Akak dulu tak pernah Abang Li datang
office bawakkan lunch.”
Aku diam. Kalau dilayan nanti Kak Razia over.
Sekarang pun nampak macam dia terlebih teruja.
“Fina pergilah makan, akak cover.”
Kali ini aku angkat muka dan pandang Kak Razia. “Pergilah.
Akak keluar pukul satu.”
“Menyusahkan akak saja.”
“Asalkan akak dapat sikit encik
patchi tu, akak tak kisah.”
Aku senyum. Aku pasti akan merindui keselambaan Kak Razia
bila aku balik ke Bahagian Akaun nanti.
Sandwic
O'Brien yang enak terasa tawar dan amat payah menuruni kerongkongku. Kopi Starbuck yang manis dan sedap aromanya
juga terasa payau. Semuanya kerana aku
menikmati makan tengahari bersama Roy dalam pantri. Aku rasa bersalah sangat-sangat kerana pantri
ini untuk kakitangan dan semestinya kakitangan di tingkat teratas Wisma Duta
adalah CEO, Naib CEO, aku, Kak Razia, Kak Biah dan Abang Di saja. Aku difahamkan juga hanya Dato, Datin dan Bos
1B3K yang boleh membawa tetamu makan di pantri ekslusif ini.
Roy
makan dengan berselera sambil bercerita tentang pelanggan yang ditemuinya
sebelum dia datang berjumpa aku. Aku
hanya mendengar cerita Roy dan mendengar degup jantungku. Punyalah kuat debaran dalam dada ini dan rasa
tidak sedap hati yang menjelma sejak Roy muncul tadi terasa semakin kuat bila
melihat dia dengan santai mengunyah sandwic.
"Macam
mana kau boleh naik?"
"Aku
kata pejabat CEO order
sandwic." Roy sengeh sebelum
menggigit sandwic. Terpamer riak bangga
di wajahnya kerana berjaya naik ke tingkat sepuluh Wisma Duta. Aku semakin tidak sedap hati. Wajah comel Putri, gadis penyambut tetamu di
lobi terbayang. Tidak sanggup aku
membayangkan Putri yang manis diherdik oleh si bengkeng.
"Kenapa
tak makan? Tak sedap ke?" Roy bertanya.
"Sedap." Aku jawab sebelum menggigit sandwic. Demi Roy yang bersusah payah membelikan aku
makanan. Yang mahal pulak tu. Hai lah
Roy, serba salah aku dibuatnya.
"Stay still," kata Roy sambil menyua
tangan. Pipi aku terasa membahang bila
ibu jari Roy menyentuh tepi bibirku.
"Comot!" Kata Roy.
Kemudian dia mengenyit mata.
"Tapi comel. Si comot yang
comel inilah yang aku rindukan sejak enam tahun lepas. Empat tahun lepas aku ada di airport masa kau
balik. Aku nak tegur tapi bila nampak
Along kau yang garang tu, aku hanya tengok kau dari jauh."
Orang
becok macam aku boleh jadi pendiam bila dengar Roy berkata begitu. Roy yang helpful,
Roy yang bookworm, Roy the best student, Roy yang lebih banyak
tersenyum dari bersuara kini adalah seorang jejaka tampan yang petah. Mesti ramai gadis yang meminati Roy versi
sekarang, tapi kenapa aku yang dirayu?
"Seriously Roy, takkan kau tak ada girlfriend?"
"Kalau
kau setuju jadi girlfriend aku,
adalah."
Aku
tundukkan wajah, tak sampai hati merenung mata Roy yang bersinar dengan
harapan. Aku gigit sandwic. Bila dikunyah, terasa payah sungguh, bagaikan
aku mengunyah getah.
"Fina." Aku angkat muka. Dengan pantas jari Roy singgah lagi di
pinggir bibir dan kali ini dia lebih berani. Ibu jarinya bergerak dari hujung bibir dan
mengelus bibirku. Pipi aku membahang semula.
Aduh, kenapa tidak aku halang jarinya dari menyentuh bibirku? Mata kami bertaut pandang dan jantung aku
seperti sedang menari irama rancak.
"Kenapa
comot sangat ni sayang?" Jarinya
masih dibibir. Suaranya lembut dan
perlahan. "Kau macam nervous je. Rilekslah, kita bukan buat apa, makan
saja. Lagi pun ini kan pantri, memang
tempat makan."
Aku
rasa Roy macam ambil kesempatan dari kegugupan aku dan sengaja membiarkan
jarinya berlama di bibirku. Aku tolak tangan Roy, toleh ke kanan dan di saat
mataku menangkap tubuhnya yang berdiri mencekak pinggang di jenang pintu pantri
yang sengaja aku biarkan terbuka, muka aku hilang darah. Dia merenung tajam dengan pandangan penuh
amarah. Entah sejak bila dia berdiri di
situ, aku tidak perasan. Yang aku tahu
sekarang jantung aku sudah bersedia untuk membuat aksi sky diving dari tingkat sepuluh Wisma Duta.
in025 lowa boots,oliver cabell london,lowa zephyr,lowa wien,lowa kängor,lowaschweiz,lowa melbourne,lowa saapad,lowa 登山靴 iu659
ReplyDelete