Aku ketawa terbahak-bahak. Aduhai lucunya. Dari dulu sampai sekarang Roy tetap sama,
sentiasa menghiburkan dengan jenakanya.
Perut sudah kenyang diisi dengan grilled
black pepper rib dan choc mud pie. Hati pula sudah terhibur dengan cerita kelakar
dan gelagat selamba Roy. Bila aku
berhenti ketawa, Roy sedang bersandar di kerusi. Lengannya dilipatkan di atas dada dan matanya
tunak memandang aku. Senyuman di
bibirnya sudah lenyap.
“What?” Aku angkat
kening. Tiada reaksi dari Roy. Dia masih begitu. Tapi matanya… ada sesuatu dalam cara Roy
memandang aku yang membuatkan jantung aku mula meningkatkan tahap kelajuan
denyutan.
“Roy.” Barulah dia merendahkan matanya. Dia menelan liur dan menarik nafas. Lengan sudah berkalih tempat dari dadanya ke
atas meja. Tubuhnya dibawa rapat ke
meja.
“You are so stunningly beautiful Fina.” Huh? Stunning? Beautiful? Biar betul si Roy ni. Aku pakai jeans dengan t-shirt dan cardigan
saja. Tudung pula, macam biasalah tudung
Syria saiz M. Memang aku sudah sediakan
pakaian itu untuk dipakai bila pergi
mengagihkan makanan kepada orang gelandangan bersama dengan Nafiz. Tapi disebabkan Nafiz tak jadi pergi, last minute aku balas whatsapp Roy dan beritahu boleh makan
malan dengannya.
“Kau cakap apa Roy? Stunningly
beautiful? Ni nak puji ke keji?” Aku ketawa.
“Fina, I’m serious.”
“Yeah, you’re seriously funny Roy.
Dari zaman universiti sampai sekarang lawak kau tak pernah
menghampakan. Sepatutnya kau masuk Raja
Lawak. Mesti boleh menang.” Kataku dalam ketawa yang masih bersisa. Roy buat muka cemberut.
“Zaman universiti…” Ayat tergantung Roy buat dahi aku berkerut. "You
still remember the good old days in campus?”
"Of course. Mana boleh lupa. Kau saja yang lupakan kawan-kawan. Lepas grad
mana ada kau contact aku. Mentang-mentanglah aku ni junior.”
“Kalau aku contact pun, kau bukannya layan
aku.” Tiba-tiba ada nada sayu dalam
suara Roy. Matanya direndahkan.
“Roy.” Dia tetap tidak mahu pandang aku. Eh kenapa Roy ni?
“I miss you Fina.” Okey, dia
rindukan aku. Merindui kawan lama adalah
perkara biasa bagi aku. Tapi bila si Roy
yang sentiasa ceria dan selamba tiba-tiba berubah mood, itu luar biasa.
“Aku pun rindukan kau dan
kawan-kawan yang lain dan jangan cakap aku tak layan kau. Kalau kau contact
aku, tentu aku layan.”
“Can we be close again, like the good old
days?” Kali ini baru Roy angkat
muka. Aku pantas mengangguk. “Can we
be more than friends?” Kali ini aku
terkedu. Apa maksud Roy lebih daripada
kawan?
“I have liked you since we were in uni. Tapi masa tu aku ada tanggungjawab
besar. Aku mesti habiskan pengajian,
balik Malaysia dan dapatkan pekerjaan yang bagus. Jadi aku tak berani cakap apa-apa. But
I’ve been watching you, admiring you, missing you. Dari Naani aku tau pasal kau. Now,
financially I am stable. Barulah aku
boleh fikir pasal bercinta… cari pasangan hidup… settle down.”
Jantung
aku bagai dipalu bertubi-tubi bila Roy bercakap begitu sambil matanya tunak
melekat di wajahku. Tidak pernah aku
tahu Roy meminati aku sebab macam yang dia katakan, dia tidak pernah suarakan
perasaannya kepadaku. Di universiti dulu
Roy memang salah seorang senior dari
Malaysia yang dihormati oleh pelajar-pelajar junior. Roy rajin belajar
dan memang aku tidak pernah dengar pasal dia bercinta dengan mana-mana pelajar.
Roy
juga sangat baik, peramah dan berkarisma.
Dia selalu menolong pelajar-pelajar junior yang perlukan masa untuk
menyesuaikan diri dengan suasana di negara asing dan bila mereka perlukan
bantuan. Roy juga sering jadi jurucakap
kalau kami perlukan apa-apa bantuan dari pihak universiti mahu pun pihak
kedutaan. Seingat aku walaupun aku tidak
pernah dengar pasal Roy bercinta semasa di kampus, aku tahu ada 2, 3 orang gadis
dari batch aku yang meminatinya.
“Will you be my girlfriend, Fina?”
Terpempan. Terkedu. Terkesima.
Untuk lebih kurang 10 saat. Lepas
itu aku ketawa. Bila Roy buat muka
cemberut semula baru aku sedar dia tidak melawak. Terus ketawa aku mati.
“Ni
serius ke ni?”
“Of course.”
“Why me, Roy?”
“Why not?
You are beautiful, fun, witty, easy-going. Aku sentiasa gembira bila dengan kau. Lagi pun kita berdua ada persamaan. Kau… aku, kita selamba. Aku suka gadis yang selamba dan berani macam
kau. Aku suka kau.”
Aku
renung wajah lelaki bernama Rosman Zainal Abidin, cuba mencari kejujuran dan
keikhlasan dari sinar mata dan riak wajahnya.
“Seingat aku, masa di uni dulu kita tak pernah keluar berdua. Kau tak pernah tunjuk or at least… hinted.”
“Siapalah
aku dulu Fina. Aku anak orang
susah. Dapat belajar di luar negara
dengan tajaan. Fokus aku hanya nak
belajar, lulus dengan cemerlang dan dapat kerja. Had I
approached you then, would you accept me?
I had nothing to offer.
Sekarang, barulah aku nak fikir soal cinta. Dan aku nak bercinta dengan gadis yang aku
minati dalam diam, sejak dulu. Aku tahu
kau tak ada boyfriend.”
Aku kehilangan
kata-kata. Hanya mampu merenung jejaka
tampan yang mengharapkan sesuatu dari aku.
Sungguh aku tak menyangka pertemuan malam ini akan berakhir dengan
lamaran dari Roy. Lamaran untuk menjadi
kekasihnya, bukan isteri. Itu yang aku
hairan. Kenapa tak ajak aku kahwin
terus?
“Fina.” Roy memanggil dengan lembut.
“Bagi
aku masa Roy.”
Roy senyum. Harus aku akui senyuman Roy sangat
cantik. Masa di universiti dulu aku
tidak pernah kategorikan Roy sebagai kacak.
Penampilannya biasa-biasa saja. Tapi
sekarang dia bukan saja kacak, malahan stylo. Rambutnya tersisir rapi, nipis di sisi. Mukanya bersih. Kumis nipis yang terbela rapi menghiasi
bahagian atas bibir, turun ke sisi bibir dan bercantum dengan janggut nipis
yang menghiasi dagunya. Pakaian dan jam
tangannya berjenama antarabangsa.
“Kita
dah kenal lama Fina.”
“Itulah masalahnya
Roy. Kita kenal sebagai kawan, tapi
sekarang kau nak aku naikkan taraf kau.
Dari kawan menjadi….” Ayat aku
tergantung di situ. Entah kenapa, lidah
ini tidak mampu mengungkapkan perkataan yang sesuai. Kekasih?
Buah hati? Pak we? Cowok?
Pasangan? Sungguh, aku tak tau.
“The
most important person in your life.
Someone you can’t live without. Your
life partner. That’s what I want to be,
Fina. Boleh kan?”
Aku renung wajahnya. Kami bertentangan mata. Namun walaupun mataku melekat dengan matanya,
fikiran aku berlayar jauh. Menerawang ke
zaman kami sama-sama di universiti.
Hanya setahun, sebelum dia menamatkan pengajiannya dan kembali ke tanah
air. Tapi kami rapat. Mungkin sebab bila aku temankan Thia berjumpa
dengan Naani, Roy pula temankan Naani. Tapi
ketika itu tak pernah wujud keinginan untuk bercinta dengan Roy. Sekarang… entahlah, aku tak pasti.
Roy
rapatkan tubuhnya ke meja. Dengan suara
yang separa berbisik tetapi tegas nadanya, dia berkata, “I am still the same Roy, Fina.
Don’t tell me you can’t like me. Aku yakin kita serasi, kalau tidak
takkanlah aku jatuh hati dengan kau. Kau
sudi jadi kekasih aku kan?”
Renungan matanya tajam menikam. Roy nampak yakin. Seperti dia tahu apa yang dia mahu dan dia
akan usahakan untuk mendapatkannya. Aku
takut Roy akan kecewa nanti. Sebab ‘rasa’
itu, yang seperti aku rasakan bila melihat, mendengar atau berada di sisi Nafiz,
tidak ada sekarang.
Pertemuan dengan Roy menyebabkan aku tidak
boleh tidur. Terngiang-ngiang di telinga
kata-katanya. Terpandang-pandang di mata
wajahnya. Aku cuba mengingati
detik-detik yang pernah aku lalui dengan kehadiran Roy di sisi. Banyak.
Tapi di setiap detik itu ada juga Naani, Thia dan kawan-kawan lain. Dan di setiap detik itu tidak pernah ada
walau sekelumit pun keinginan untuk menjalin hubungan yang lebih daripada
persahabatan. Bercinta dengan Roy? Hmmm, aku rasa macam tak boleh.
Aku turun dari katil dan
menuju ke bawah. Entah di mana aku baca
susu suam boleh membantu melelapkan mata, jadi aku menuju ke dapur. Ketika aku hendak mengeluarkan kotak susu segar
dari peti sejuk, kedengaran suara mama menegurku. Aku berpaling.
“Lapar ke Fina?” Mama bertanya dengan dahi berkerut.
“Tak. Fina… nak minum susu. Mama nak?
Fina buatkan untuk mama sekali, ya?
“Boleh juga.” Mama menjawab sambil menarik kerusi meja
makan empat dudukan yang diletakkan di dapur.
“Keluar dengan siapa
tadi?” Mama menyoal ketika aku mencapai
periuk kecil untuk memanaskan susu.
“Dengan Roy, kawan kat
universiti dulu.” Aku tuang susu dalam
periuk dan nyalakan api.
“Bujang?”
“Ya.” Aku capai dua biji mug. Kenapa pulak mama bertanya pasal Roy? Sebelum ini tak pernah mama bertanya pasal
kawan-kawan aku. Mama kenal Naani, Thia
dan Nafiz, agaknya sebab itu mama bertanya sebab belum pernah dengar nama Roy.
“Kerja
macam mana sekarang? Rifqi tu masih
garang dengan kamu?” Ala, mama tanya pasal Bos 1B3K pulak. Malaslah nak cerita pasal dia. Aku bukannya yakin sangat dengan mama sebab
takut mama sampaikan cerita kepada Datin Nuridah.
“Berhenti
sajalah Fina. Kerja balik dengan mama.” Mama bersuara sebelum aku menjawab
soalannya. Oh, itu rupanya agenda
mama. Bukannya tak seronok kerja dengan
mama, tapi pangkat aku sebagai adik ipar Kak Long kadang-kadang ada
buruknya. Di pejabat aku dianggap kroni
mama oleh kakitangan lain. Melissa,
senior aku di bahagian Akaun macam takut-takut nak bagi aku kerja yang susah
sikit. Sudahnya aku rasa kerja yang aku
buat langsung tidak mencabar.
Susu
yang sudah agak suam aku tuangkan ke dalam mug.
Sebiji mug aku letak di hadapan mama sebelum aku tarik kerusi dan duduk
bersetentang dengan mama.
“Kenapa
mama belum tidur? Esok kan kerja?” Aku bertanya sambil mengerling jam dinding di
dapur. Lagi 5 minit pukul 1 pagi.
“Orang
tua macam mama ni tak perlu tidur 8 jam sehari.
Kamu pun kerja esok, kan? Kenapa
belum tidur?”
Aku
tidak jawab kerana sedang menghirup susu.
Mama dekatkan wajahnya ke wajahku.
Cermin matanya melurut ke hujung hidung.
“Ada masalah percintaan ke?”
Walaupun
mama tak selembut emak di kampung, dia tetap prihatin. Mama sering mengatakan dia menganggap aku
sebagai anak bongsunya, adik kepada Izureen.
Memanglah adik, tapi adik ipar.
Cuma bagi mama aku sudah dianggap seperti anak sendiri. Aku pandang mama. Renungan mama bagaikan ada kuasa magis,
sehingga dengan mudah bibirku berbicara, menceritakan tentang makan malam
dengan Roy dan permintaan Roy untuk bercinta denganku.
“Bagi
dia peluang. Buka dulu tingkap hati Fina
untuk dia. Kalau rasa boleh, baru buka
pintu untuk dia masuk dan menginap terus dalam hati. Mama tau Fina minat kat Nafiz, kan? Tapi Nafiz minat kat Fina tak? Bertepuk sebelah tangan bukan setakat tak
berbunyi, buat kerja bodoh namanya.”
Mama
bercakap dengan tegas, seperti dia bercakap dengan kakitangannya di
pejabat. Aku sudah biasa dengan cara
mama. Sebab itulah aku boleh tahan
dengan cara Bos 1B3K yang sentiasa bengkeng dan kerek. Tapi sejak kebelakangan ni dia sudah kurang
bengkeng dan kerek.
Mama
berdiri. “Thanks for the milk. Good night.” Sambil tersenyum mama berlalu meninggalkan
dapur.
“Jangan
tidur lambat, esok kat office
mengantuk… kena marah dengan bos bengkeng.”
Mama melaung ketika dia sudah hampir keluar dari dapur.
Aku
masih melekat di atas kerusi. Otak mula
mencernakan kata-kata mama. Buka tingkap
dulu untuk Roy. Lepas tu baru buka
pintu. Roy. Wajah dia datang depan mata. Kemudian wajah Nafiz pula muncul. Nafiz ni pun satu… jangan kata tingkap, pintu
hati dengan grilnya sekali pun sudah
lama aku buka untuk dia tapi sampai sekarang dia tak masuk-masuk.
Tangan
kiri aku menongkat dagu. Jari jemari
tangan kanan pula mengetuk lembut meja.
Roy. Nafiz. Mana satu ni?
Aku cuma mahu jodoh yang baik. Aku
sudah kenal Roy lama. Aku tahu dia
lelaki baik. Nafiz pun baik, malahan ada
ciri-ciri jejaka idaman. Roy sudah
berterus terang, tapi Nafiz belum berkata apa-apa. Tiba-tiba teringat pesanan emak masa aku
beritahu emak, ayah, Along dan Kak Ida tentang perangai kaki perempuan si Pejal
yang Along pernah cuba satukan dengan aku.
Kata emak kalau hendak jodoh yang baik, berdoalah kepada Allah.
Ya Allah, siapakah di
antara mereka yang terbaik untuk aku?
Hanya Engkau yang mengetahui dan aku Engkau berilah aku petunjuk.
Roy... Nafiz...
Roy... Nafiz... Rifqi.
Rifqi????? Eh apasal tiba-tiba wajah bos bengkeng pulak
muncul depan mata aku?
No comments:
Post a Comment