Selamat membaca.
BAB 4
Terdengar-dengar
di telinga aku dia minta jangan pakai tudung bila datang kerja esok. Tadi aku nak tanya kenapa tapi tidak sempat
sebab telefon dia berbunyi. Dia orang
Islam, tidak mungkin dia tidak tahu menutup aurat itu wajib bagi semua
perempuan Islam yang sudah baligh. Eh,
tapi ramai perempuan Islam yang tahu kewajipan menutup aurat masih berani
melanggar perintah Allah. Ada juga yang
sekadar bertudung tapi tidak betul-betul menutup aurat seperti yang dituntut
oleh agama. Itu lagi parah!
Arahan
pelik bos 1B3K tadi buat aku rasa takut.
Macam mana kalau lepas ni ada lagi arahan-arahan yang sangat-sangat
tidak boleh aku laksanakan? Bab buka
tudung ni memanglah aku tidak akan ikut.
Dia pun tidak boleh paksa aku.
Aku rela dipecat daripada melanggar suruhan Allah. Tapi kalau ada arahan yang mana dia boleh
memaksa aku melakukannya macam mana?
Ish, si bengkeng ni menakutkanlah.
Peliklah,
kenapa Datin hendak sangat aku jadi PA anak bongsu dia sedangkan Naani cuti
sebulan saja. Kak Razia pembantu Naani
tentu boleh uruskan aktiviti Datin dan Bos 1B3K sebab dia berpengalaman. Naani lagi pelik. Orang lain cuti kahwin paling lama pun dua
minggu. Dia sampai sebulan!
Cukuplah
berfikir. Aku nyahkan bos 1B3K dari
fikiran aku. Aku buka skype.
Seperti yang dijanjikan, malam ini aku nak bersembang dengan Kak
Long. Seronoknya dapat tengok wajah
manis kakak ipar terbaik dalam dunia.
Dia dukung Nabil. Bulat mata si
kecil tu. Agaknya terkejut tengok muka
Mak Usu dia di skrin. Kak Long cerita
pasal Nabil yang sudah semakin lasak.
Kata Kak Long Nabil selalu sakat Zety.
Itu ikut perangai ayah dialah tu, yang sampai sekarang belum bertaubat
dari menyakat aku.
Lama juga berbual dengan Kak
Long. Sembang pasal resipi kek terbaru
yang Kak Long buat. Kek lapis cokelat
horlick katanya. Kak Long janji bila aku
balik kampung nanti dia akan buatkan kek itu.
Kemudian kami sembang pula pasal jubah.
Kak Long ajak pakai jubah untuk raya tahun ini. Aku ajak Kak Long datang KL kalau nak beli
jubah. Akhir sekali kami bersembang
pasal bercuti. Kata Kak Long dia
teringin hendak pergi bercuti ke luar negara tapi Along sentiasa sibuk. Aku ceritakan kepada Kak Long impian aku
hendak bercuti di New Zealand dengan caravan. Kak Long suka dan dia kata kalau boleh dia
hendak ikut sekali. Tapi kenalah kami
kumpul duit dulu.
Sudah pukul
sepuluh setengah pagi tapi batang hidung dia belum nampak. Kata Naani macam itulah tiap-tiap hari. Paling cepat pun dia masuk jam sepuluh pagi. Itu pun sebab ada mesyuarat pengurusan yang
dipengerusikan oleh Datin. Jadi kata
Naani lagi jangan memandai aturkan temujanji atau mesyuarat di awal pagi.
Aku
pula baru habis merangka jadual aktiviti untuk bos 1B3K untuk minggu
depan. Aku semak semula. Semua mesyuarat yang Naani sudah aturkan
sudah aku masukkan. Kata Datin biarkan
penuh dengan aktiviti supaya si bengkeng tu tidak ada masa untuk
berpoya-poya. Tapi masalahnya, apa
aktiviti yang boleh aku aturkan di sebelah malam? Kalau siang, memang hampir penuh pun.
Bunyi
derapan kaki di atas lantai berjubin yang setiap hari digilap sampai berkilat
membuatkan aku mengangkat kepala. Bos
1B3K sedang berjalan ke arah sini. Pintu
kaca ditolak dan dia terus berjalan.
Matanya melekat pada mata aku.
Renungan tajamnya membuatkan dada aku mainkan semula lagu Gangnam
Style. Aku bagi salam bila dia sampai
depan aku. Dia berhenti sekejap, angguk
kepala dan terus masuk ke biliknya.
“Dah
datang?” Soal Naani yang baru keluar dari bilik Datin Nuridah.
“Baru
sampai.”
“Datin
nak jumpa dia. Tapi sebelum tu kau masuk
dulu. Datin nak tengok jadual aktiviti
Encik Rifqi.”
Aku
capai kertas jadual aktiviti, buku nota dan terus bangun. Baru hendak berjalan ke bilik Datin, bos 1B3K
keluar dari biliknya.
“Kopi
aku mana?” Dengan garang dia bertanya.
Eh,
Naani kata dia tak minum kopi!
“Lain
kali sebelum aku masuk pastikan kopi aku dah tersedia. Satu mug kopi panas mesti ada. Faham?”
Aku
mengangguk sebelum cepat-cepat mengerling ke arah Naani. Mangkuklah dia ni, sengaja nak kenakan aku
kot. Aku tekan nombor pantri dan sebaik
saja Kak Biah menjawab aku minta dia hantar satu mug kopi panas ke bilik bos
1B3K.
“Kau
kata dia tak minum kopi!” Aku jerit ke
arah Naani sambil mendekatinya.
“Mana
aku tau? Sebelum ni dia tak pernah
minta!”
Aku
mendengus dan menjeling Naani sebelum mengetuk pintu bilik Datin. Datin sedang duduk di atas sofa ketika aku
masuk. Dia menggamit aku agar duduk di
sebelahnya. Terasa kekok pula duduk di
situ. Rasanya aku tidak layak duduk di
tempat yang dikhaskan untuk tetamu. Tapi
aku duduk juga dan sebaik saja duduk aku hulurkan kertas kepada Datin.
“Aktiviti
syarikat saya ikut apa yang Naani, eh Azwan dah aturkan. Saya cuma tambah sikit aktiviti lain, seperti
bawa Dato’ pergi check-up, makan
malam dengan Dato’ dan Datin, bawa Dato’ bersiar-siar di hujung minggu. Tak taulah betul ke apa yang saya buat
ni.” Aku terangkan kepada Datin.
Datin
Nuridah mengangguk. Matanya masih
menyorot patah-patah perkataan yang dicetak di atas kertas A4.
“Kenapa
tak ada aktiviti lain selain daripada makan dengan saya dan Dato’?”
“Maaf
Datin, saya tak tau apa nak dimasukkan.
Lagi pun tak guna saya susun aktiviti untuk Encik Rifqi kalau dia tak
ikut.”
“Dia
akan ikut. Saya akan pastikan dia ikut
jadual yang Fina buat. Tak
mengapalah. Cukup dulu buat masa ni. Perlahan-lahan kita ubah dia. Dia anak yang baik sebenarnya.”
Kita? Alamak, perkataan ‘kita’ yang Datin sebut
buat aku takut.
“Dulu
dia tak macam tu. Dulu dialah orang yang
pertama sampai pejabat dan orang yang terakhir balik. Saya ingat bila Dato’ sakit dia akan
insaf. Tapi dia nampaknya macam balik
sini dengan hati yang terpaksa.” Kata
Datin Nuridah lagi.
Suara
Datin Nuridah perlahan. Matanya merenung
kosong, jauh ke dinding biliknya. Aku
rasa simpati sangat-sangat terhadapnya.
Tentu dia sedih dengan keadaan anak kesayangan yang satu masa dulu
adalah harapan keluarga untuk meneruskan legasi perniagaan yang Dato’ Ibrahim
mulakan.
“Datin,
maaf Fina nak tanya sikit. Semalam Fina
dengar Datin sebut perkataan ‘bodyguard’. Boleh Datin terangkan part tu?” Aku harus tanyakan
soalan itu, biar jelas apa yang aku kena buat.
“Apa
yang saya maksudkan bukanlah kerja-kerja pengawal peribadi dalam erti kata yang
sebenar. Sejak Rifqi balik, ramai
perempuan dari golongan terkenal, macam artis, model dan anak-anak orang
ternama yang cuba mendampingi dia. Sejak
kebelakangan ni makin kerap cerita pasal dia keluar di newspaper dan internet. Ini
tak elok untuk reputasi syarikat dan menjejaskan nama baik keluarga kami. Jadi
saya nak minta Fina perhatikan siapa perempuan yang rapat dengan dia dan
maklumkan kepada saya. Setiap hari kena
semak suratkhabar dan internet, mana tau kalau-kalau ada gossip yang melibatkan
dia.”
Alamak! Apa kerja aku sebenarnya ni? Pembantu peribadi merangkap pengawal peribadi
merangkap spy ke? Lepas ni entah apa
lagilah Datin minta daripada aku.
Masalahnya bila tengok wajah sayu Datin, aku tak sampai hati nak berkata
tidak kepadanya.
“Tolong
buat dua salinan jadual aktiviti ni dan suruh Rifqi masuk jumpa saya.”
Aku
buat dua salinan seperti yang Datin minta.
Kemudian aku ketuk bilik bos 1B3K.
Selepas ketuk beberapa kali aku buka pintu. Patutlah dia tak jawab, sedang bergayut
rupa-rupanya. Dari gaya dia bercakap dan
mimik mukanya, aku syak dia sedang bercakap dengan perempuan dan bukan urusan
perniagaan. Dia habiskan perbualan bila aku
berdiri tegak depan dia.
“Kau
tak reti ketuk pintu ke sebelum masuk?”
“Saya
dah ketuk, rasanya dekat tujuh kali.
Tapi bos senyap saja… saya masuklah.
Mana tau kot-kot bos tertidur ke, pengsan ke?”
Dia
renung aku dengan pandangan tak puas hati.
Aku buat selamba. Tadi Datin
pesan lagi sekali jangan takut dengan Irsyad Rifqi. Jadi aku beranikan diri. Lagipun kalau setakat pandang aku macam itu,
memang aku belum takut.
“Datin
nak jumpa bos sekarang.”
Dia
bangun. Tanpa sebarang kata lagi dia berjalan
ke arah pintu yang sengaja aku biarkan terbuka.
Tiba-tiba dia berhenti dan berpaling.
“Aku
tak suka pintu ni dibiarkan terbuka.
Ramai sangat orang yang busy body
dalam office ni.”
“Okey.” Aku jawab.
Bukan susah sangat, lain kali aku pastikan pintu bilik dia sentiasa
tertutup.
“Come here,” dia panggil sambil jari
telunjuknya menggamit aku. Alamak,
kenapa ni? Dada aku tiba-tiba berdebar,
tapi sikit saja. Belum sampai serancak
lagu Gangnam Style. Aku mara mendekati
bos 1B3K yang berdiri lebih kurang enam langkah dari aku.
“Bukan
ke semalam aku cakap jangan pakai tudung datang kerja?” Bos 1B3K menyoal bila aku berhenti lebih
kurang dua kaki dari tempat dia berdiri.
Aku
mengangguk. Dia diam tapi muka dia
seperti mahukan penjelasan. “Menutup
aurat wajib ke atas saya dan cara saya menutup aurat ialah dengan memakai
tudung. Boleh bos datang kerja esok tak
pakai baju?”
Bos
1B3K pandang aku lama sebelum dia tersenyum.
Tak kacak pun wajah dia bila dia senyum sebab dia senyum mengejek.
“Kalau
aku tak pakai baju esok, kau sanggup ke?”
Hish
melampaunya dia ni, hukum Allah dia buat main-main saja. Takkanlah baru setahun lebih berkelana di
Eropah sudah lupa jati diri sebagai orang Islam?
“Tak. Saya tak sanggup buka tudung saya. Bos tak ada hak nak suruh saya buka tudung. Saya tak akan buat.” Aku jawab dengan suara yang tegas dan aku
buat muka serius. Jangan dia ingat dia
boleh suka-suka bagi arahan mengarut.
Bos
1B3K mara setapak. Tangannya mencekak
pinggang. “Aku bukan tanya pasal bukak
tudung. Aku tanya sanggup tak? Sanggup tengok aku kerja tak pakai baju? Jangan nanti kau tak boleh kerja, terliur
tengok body aku. Aku ada six
pack and I am hot.”
Hot? Ha ah memang panas pun pipi aku
sekarang. Mana tidaknya, selamba saja
dia cakap macam tu. Mata dia pula tepat
menikam ke dalam mata aku, tembus sampai ke otak. Senyuman mengejek masih tergaris di bibir
dia. Ish tak malu mengaku dia tu hot.
Hot tak hot, kalau perangai tu bengkeng dan kerek, tak ada maknanya.
Aku
yang terkedu hanya mampu berdiri tegak. Dengan
selamba dia berjalan keluar dari biliknya.
Aduhai, ingat kan nak bagi dia terkedu dengan jawapan aku, rupa-rupanya
aku yang terkedu dengan kata-kata dia.
Tak apa, ada ubi ada batas.
No comments:
Post a Comment