Assalam semua.
Lama Isma tak mencoret di blog ni. Isma pun rindu nak menulis kat sini.
Sekarang dalam proses menyiapkan mss Jangan Ganggu Buah Hatiku. Pada masa yang sama, nak mulakan mss ketiga. Nanti bila bab 1 dah siap, Isma uploadkan.
In the meantime, Isma nak share novel pertama Isma, Saat Kau Lafazkan sudah pun berada di pasaran.
SKL boleh didapati di kedai-kedai buku. Bagi yang nak membeli secara online, boleh beli di website LoveNovel di http://lovenovel.com.my/index.php/senarai-novel/novel/saat-kau-lafazkan-detail
Harap u ols menyokong SKL dan suka SKL. Kalau ada kekurangan, Isma mohon maaf.
Selamat membaca SKL dan menyelami hati Izureen dan Naim.
oops! Lupa nak ucap selamat hari raya kepada semua pembaca blog Isma. Semoga hari raya kalian meriah dan penuh dengan barakah.
Monday, 4 August 2014
Monday, 16 June 2014
SAAT KAU LAFAZKAN TEASER 2
Assalam semua. Maaflah lama tak mengupdate. Isma sibuk membuat semakan terakhir manuskrip Saat Kau Lafazkan. Alhamdulillah, penerbit kata bulan Julai ni SKL akan diterbitkan. Harap2 u ols semua dapat bagi sokongan kepada karya sulung Isma.
Masih ingat SKL tak? Kisah Naim yang berusaha mendapatkan cinta dari Izureen. SKL sangat bermakna bagi Isma kerana inilah manuskrip penuh pertama yang berjaya Isma siapkan. Dekat setahun Isma usahakan. Isma harap cerita SKL disukai dan pembaca mendapat manfaat dari SKL.
Harap u ols juga enjoy teaser di bawah.
SAAT KAU LAFAZKAN TEASER 2 - IZUREEN
Masih ingat SKL tak? Kisah Naim yang berusaha mendapatkan cinta dari Izureen. SKL sangat bermakna bagi Isma kerana inilah manuskrip penuh pertama yang berjaya Isma siapkan. Dekat setahun Isma usahakan. Isma harap cerita SKL disukai dan pembaca mendapat manfaat dari SKL.
Harap u ols juga enjoy teaser di bawah.
SAAT KAU LAFAZKAN TEASER 2 - IZUREEN
“Abang
nak pergi mana?” Aku bertanya, kerana
baru aku perasan dia sudah bersiap, bagaikan hendak keluar.
“Abang
nak pergi bandar, ada beberapa cek yang nak dimasukkan dalam akaun. Jom pergi sekali.”
“Tak
boleh. Reen dah janji nak tolong mak
buat kuih lopes untuk minum petang nanti.
Reen tak pernah buat kuIh lopes sebelum ni. Nanti dah pandai, Reen boleh buatkan untuk
Abang.”
“Baru
beberapa hari Zureen balik sini, dah macam-macam Zureen belajar. Tak lama lagi gemuklah Abang.”
“Biarlah
Abang gemuk. Nanti kalau Abang dah
gemuk, Ratna tak datang kacau Abang.”
Bibir
Naim tersungging di sebelah kiri.
Tangannya naik dan pantas dia mencubit pipiku dengan lembut. “Tak habis lagi kisah Ratna? Malam tadi tak mengaku cemburu, sekarang
kenapa sebut lagi nama dia? Nak kena
macam malam tadi lagi ke?”
Adoi,
terkena batang hidungku! Kononnya nak
menduga dia, sengaja aku bangkitkan isu Ratna.
Tapi pandai pula Naim mengusik aku dengan insiden malam tadi. Teringatkan asmara indah kami malam tadi, aku
merasa segan. Pipiku membahang, pastinya
mukaku sudah merah sekarang. Cepat-cepat
aku sembamkan pipiku ke dadanya, agar Naim tidak dapat melihat mukaku merah
menahan malu. Terdengar ketawa kecil
meletus dari bibir Naim.
“Zureen.” Dia memanggil lembut. Aku mengangkat muka sedikit, namun tidak mahu
memandang matanya, takut diusik lagi.
“Petang
ni ramai orang datang. Ada penyewa chalet yang akan check-in. Bila Zureen
keluar, jangan lupa tutup aurat ya.” Oh
itu rupanya yang ingin Naim katakan. Aku
mendongak, menangkap pandangan matanya dan menganggukkan kepala.
“Zureen,
Nabi SAW pernah bersabda, seorang wanita itu, jika dia menyempurnakan solat
lima waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta
mentaati suaminya nescaya dia akan masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang
dia sukai. Abang nak kita sama-sama
masuk syurga.”
Tersentuh
hatiku dengan nasihatnya. Wajah kacak
yang nampak tenang itu aku tatap. Aku
mengangguk, kemudian melekapkan pipiku ke dadanya semula. Terasa tenang dan bahagia dalam
dakapannya.
“Abang
pergi dulu.” Katanya. Kami sama-sama keluar dari bilik. Aku menghantar Naim ke muka pintu, menyalami
dan mencium tangannya sebelum dia hilang dari pandangan.
Sementara menunggu
waktu membuat kuih lopes, aku pergi ke pejabat.
Aku mahu kemaskan meja kerja yang ditinggalkan begitu sahaja semalam
kerana Naim beria-ia mahu membawa aku ke tempat perkelahan. Elida akan datang lewat sedikit setelah
selesai urusan pemeriksaan doktor.
Kertas-kertas yang diletakkan di atas fail aku teliti satu persatu dan
aku masukkan ke dalam plastik penyimpan dokumen. Fail itu pula aku letakkan di atas rak tempat
Naim biasa menyimpan fail-failnya.
Sebaik
berpaling dari rak, mataku menangkap buku nota itu. Elok terletak di hujung meja. Rasanya semalam buku itu tiada di atas
meja. Aku ambil buku itu dan bercadang
meletakkannya di atas rak di sebelah fail.
Namun tangan gatal pula menyelak helaian buku itu. Tiba di helaian di mana ada lukisan wajahku,
aku tersenyum. Aku selak pula
helaian-helaian berikutnya, tiba di helaian di mana namaku ditulis dengan
besar, aku tersenyum lagi.
Selang
beberapa mukasurat kemudian, ada coretan tangan Naim. Besar dan jelas tulisannya. Satu baris kata-kata yang menarik minatku. ‘I may not be in her heart, but she’s
forever in mine.’
Akukah
yang dimaksudkan dalam kata-kata itu?
Selain daripada memanggil aku sayang, Naim tidak pernah melafazkan
apa-apa tentang perasaannya terhadapku.
Apakah panggilan sayang itu melambangkan perasaannya? Apakah layanannya terhadapku juga
melambangkan perasaannya? Dia melayan aku dengan baik. Dan kebaikan dan kesabarannyalah yang
melembutkan hatiku untuk menerimanya.
Sedang
aku leka memikirkan tentang sebaris ayat itu dan apa sebenarnya perasaan Naim
terhadapku, sekeping kertas jatuh dari buku nota itu. Aku membongkok untuk mengambil kertas
itu. Nampak seperti sekeping cek. Bukankah kata Naim dia ke bandar untuk
memasukkan beberapa cek ke dalam akaun?
Mungkin cek ini tertinggal.
Aku
mengutip cek itu. Nama Naim tertera di
atasnya. Cek berjumlah RM50,000. Mataku menerawang ke seluruh permukaan
cek. Darahku berderau sebaik sahaja
mataku menangkap nama pemilik cek yang dicetak di sudut bawah sebelah kiri cek
itu.
WIRDA
MOKTHAR. Aku amati pula tandatangan di
atas cek. Ya, itu tandatangan Mama. Aku pandang semula ke arah angka yang ditulis. Betul, RM50,000. Bukan RM500 atau RM5,000. Untuk apa bayaran ini? Otakku mula ligat berfikir, mencari alasan
yang paling munasabah untuk mewajarkan tindakan Mama memberi wang sebanyak ini
kepada Naim.
Tiba-tiba
ada perasaan sayu yang menyelinap dalam kamar hatiku. Sampai hati Mama! Patutlah Naim bersetuju mengahwini aku. Soalan yang bermain di sudut hati dan
sekali-sekala menyuntik keraguan kini sudah terjawab. Aku cuba mencantumkan setiap rentetan
peristiwa yang telah berlaku dari saat Mama meminta aku jangan mengganggu Muaz
agar perkahwinannya dengan Naurah dapat diteruskan.
Beralih
pula kepada peristiwa Naim membawa aku pulang ke rumahnya. Pandai dia berlakon, menasihati aku agar
bersabar dan bertenang. Mungkin ketika
itu dia dan Mama sudah membuat perancangan.
Teringat ketika aku meraung apabila Mama memberitahu aku akan
dikahwinkan dengan Naim, dia kelihatan tenang dan selamba. Tiada langsung tanda seolah-olah dia juga
merasa terpaksa dengan perkahwinan ini.
Patutlah, dengan wang sebanyak RM50,000 siapa yang akan menolak? Mungkin ada habuan lain yang Mama berikan,
bukan setakat wang sebanyak RM50,000 ini saja.
Perasaan
sebak kini semakin menguat. Aku selitkan
cek itu di celah buku nota. Airmata
tiba-tiba bagai tidak boleh ditahan.
Laju saja menitis dari tubir mata lantas meluncur di atas pipiku. Kenapa baru sekarang semua ini
terbongkar? Ketika di sudut hati ini
sudah tertanam rasa sayang, ketika rindu kepadanya sering mengintai kamar
hatiku, dan ketika setiap sentuhannya membuahkan kebahagiaan… aku rupa-rupanya
sudah tertipu.
Mama
kejam! Naim lebih kejam! Mempermainkan perasaan aku. Naim…
Muaz… sama. Kedua-duanya tidak
ikhlas!
Monday, 2 June 2014
JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 36
Assalammualikum dan haix3 semua.
Bab 36 akhirnya siap. Ini bab terakhir di blog. Setelah difikir-fikirkan, Isma decide akan siapkan manuskrip secepat mungkin dan hantar kepada publisher.
Harap anda suka dengan bab ini.
BAB 36
Bab 36 akhirnya siap. Ini bab terakhir di blog. Setelah difikir-fikirkan, Isma decide akan siapkan manuskrip secepat mungkin dan hantar kepada publisher.
Harap anda suka dengan bab ini.
BAB 36
Pagi Khamis. Samirah terbabas tidur. Dia bangun dua puluh minit lewat dari
biasa. Inilah akibatnya kerana tidur
lambat. Bila sudah terlewat, kelam
kabutlah dia bersiap. Tengah sibuk
hendak melilit tudung, telefon bimbitnya berbunyi. Samirah jeling telefon yang diletakkan di
sebelah beg tangannya di atas meja solek.
Hai Irsyad ni,
esok sajalah bersembang. Bisik hati
Samirah. Kata Irsyad melalui pesanan
whatsapp semalam, esok selepas solat Jumaat dia akan bertolak ke Penang. Dia akan bermalam di Penang supaya boleh
berjumpa dengan Samirah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Panggilan itu dibiarkan saja hingga putus
kerana Samirah hendak cepat. Nantilah
dia telefon Irsyad semula. Usai menyemat
peniti di atas tudung, Samirah mencapai beg tangan dan beg kertas lalu terus
keluar. Sampai di bawah dia terus keluar
tanpa minum air masak terlebih dulu.
Bila sudah berdiri di sisi kereta, baru dia terkial-kial mencari kunci
keretanya. Ish, mana pula kunci ni.
“Kenapa?”
Samirah
berpusing memandang ke arah Aish yang baru menyarung kasut. “Kunci.
Malam tadi lepas Uncle
pulangkan kunci, Ira rasa dah masukkan dalam beg.” Jawab Samirah sambil terus menyelongkar beg
tangannya.
“Jomlah,
pergi dengan aku.” Aish bukakan pintu
sebelum bergerak ke tempat duduk pemandu.
Samirah terus masuk sambil benaknya masih berfikir di mana letaknya
kunci kereta. Dia tidak perasan kunci
dan telefon bimbitnya masih terletak di atas meja solek.
“Bangun
lambat ke?” Soal Aish sebaik saja
keretanya meluncur keluar dari kawasan perumahan. Samirah mengangguk. “Patutlah kelam kabut semacam. Lain kali jangan dengar kisah orang putus
cinta lewat malam. Kau tak biasa tidur
lewat kan?”
“Mana
Abang Aish tau?”
“Bila
aku naik dalam pukul sepuluh lebih, bilik kau dah gelap.”
Samirah
diam. Betullah apa yang Aish kata. Biasanya paling lewat pun pukul sebelas dia
sudah tidur. Sudah terbiasa begitu
supaya dia boleh bangun pukul empat pagi untuk bertahajjud. Tapi kadang-kadang terbabas juga tahajjudnya.
Sampai
depan kolej, Samirah ucapkan terima kasih kepada Aish dan minta maaf kerana
terpaksa menyusahkan Aish lagi. Aish
balas dengan anggukan dan senyuman.
“Ira,”
laung Aish selepas Samirah keluar dari keretanya. Samirah berpaling semula.
“Terima
kasih sebab… sudi dengar kisah aku malam tadi.”
Giliran Samirah pula mengangguk sebelum cepat-cepat dia masuk ke dalam
bangunan kolej.
Aish tersenyum
melihat gelagat Samirah. Pertama kali
dia melihat Samirah sekalut itu.
Teringat pula saat dia menyergah Samirah sampai habis rambut dan mukanya
bersalut tepung. Dia teringat juga waktu
Samirah menyapu pipinya dengan span yang penuh dengan sabun pencuci pinggan. Sempat
juga peristiwa ternampak Samirah bertelekung di dapur menjengah benaknya. Tanpa sedar senyuman terus melekat di bibir
Aish sehingga dia tiba di pejabatnya sepuluh minit kemudian.
“Cari siapa?” soal lelaki berjambang
nipis. Suaranya dalam. Orangnya kacak, tinggi dan kulitnya agak
gelap.
“Saya
cari Puan Latifah. Awak siapa?” Samirah menjawab. Inikah teman lelaki mama? Hati Samirah
bertanya. Tak sama wajah dia dengan
wajah yang pernah muncul dalam mimpi Samirah.
Aish yang berdiri agak ke belakang dari Samirah mara sedikit.
“Awak
siapa?” soal lelaki itu.
“Saya
Ira, anak Puan Latifah. Awak siapa? Buat apa di rumah mama saya?” Suara Samirah sudah bernada cemas. Aish datang dekat lagi dan berdiri di samping
Samirah.
“Young lady, first… this is my
apartment. Second… your mum is not in
right now. Third… I am your mum’s
boyfriend.” Lelaki itu tersenyum. Tubuhnya yang sudah tegak dikalihkan mengadap
Samirah dan kedua lengannya yang tadi disilangkan di depan dada dijatuhkan.
Mata
Samirah membulat. Jadi inilah buah hati
mama. Lelaki yang berjaya membuat mama
nekad dengan keputusan untuk meninggalkan papa. “Mana mama saya?” Samirah bertanya. Kali ini suaranya tegas dan berani.
“She’s not back from her spa. Kalau awak nak, awak boleh masuk dan tunggu
dia di dalam. She should be back soon. Masuklah.”
Samirah
berpaling ke arah Aish. Takkan dia nak
masuk seorang diri. Entah betul entah
tidak lelaki itu kekasih mama. Boleh
jadi dia orang jahat yang memecah masuk ke apartmen mama, tiba-tiba tanggapan
itu menerjah minda Samirah. “Kami tunggu
di luar,” bagai dapat membaca fikiran Samirah, Aish menjawab. Samirah pantas mengangguk, mengiakan apa yang
dikatakan oleh Aish.
“OK.”
Jawab lelaki berjambang dan dia terus masuk. Pintu dan gril dibiarkan terbuka. Samirah bergerak mendekati balkoni dan Aish
mengikutinya.
“Abang
Aish, poyonya dia.” Bisik Samirah
“Jangan
kutuk. Entah-entah si poyo tu bakal
bapak tiri kau.”
“Abang
Aish!” Jerit Samirah dalam
berbisik. Ada ke patut Aish kata begitu.
“Ya
lah, kan tadi dia mengaku dia boyfriend
mama kau. Kalau ada jodoh dia orang, dia
tu jadi bapak tiri kau.”
“Abang
Aish kata sokong Ira, kenapa cakap macam tu?”
Suara Samirah sudah meninggi sedikit.
“Sokong
tak bermakna aku harus nafikan kenyataan.
Kan aku kata, kalau ada jodoh.
Yang kau gabra apa hal?”
“Ira
bukan gabra. Ira tak suka Abang Aish
sebut macam tu. Sebutlah perkara yang
positif, macam mama dan papa akan berbaik semula dan rujuk. Bukannya cakap pasal mama kahwin dengan
lelaki poyo tu. Ira tak suka dia.”
“Mana
tau, benda yang kau tak suka itulah yang sebenarnya Allah nak bagi pada kau.”
“Abang
Aish!” Dalam berbisik nada suaranya
tetap tinggi. Dek kerana hatinya tak
boleh terima kata-kata Aish, jarinya pantas mencubit lengan Aish. Walaupun lengannya bersalut kerana Aish
sentiasa pakai kemeja lengan panjang bila ke pejabat, bisa cubitan Samirah
tetap terasa. Aish menyeringai menahan
sakit.
“Jangan
sebut lagi pasal mama kahwin dengan si poyo tu!
Minta-minta dia bukan boyfriend
mama.”
“Habis
kalau dia bukan buah hati mama kau, buat apa dia duduk dalam rumah tu? Kau tak dengar tadi dia kata ini rumah
dia?” Balas Aish sambil tangannya
menggosok tempat yang dicubit dan suaranya bernada geram.
Samirah
terpempan. Otaknya mula mencerna setiap
patah perkataan yang Aish luahkan. Ada
rasa risau bersarang dalam hatinya, disusuli dengan rasa sedih. Samirah teringat cerita Aidid. Kata Aidid mama sudah tidak berhijab, itu
betul. Kata Aidid mama merokok, itu dia
belum nampak. Kata Aidid mama tinggal
serumah dengan teman lelakinya. Tidak,
itu tak betul. Hati Samirah menjerit. Ya Allah, janganlah. Dia berdoa dalam hati. Matanya sekejap pejam, sekejap dibuka. Takkanlah mama seteruk itu, sanggup tinggal
serumah dengan si jambang yang poyo.
Nauzubillah!
Aish
merenung wajah Samirah dengan rasa hairan. “Ira, kau kenapa?”
Samirah
menggelengkan kepalanya. Matanya masih
terpejam. Dia masih terus berdoa dalam hati mamanya tidak tinggal serumah
dengan si poyo berjambang. Takkanlah mama
tak tau dosa pahala, bisik hatinya lagi.
“Ira,”
Aish memanggil lagi. “Kenapa ni?”
“Ira
takut.” Akhirnya diluahkan.
“Tak
payah takut, aku ada. Dia tu tak nampak
macam orang jahat.”
“Ira
takut.. kalau-kalau… mama dan dia… tinggal serumah.”
Aish
menelan liur. Sebenarnya dia juga
terfikirkan perkara itu, tapi didiamkan saja.
Kalaulah diluahkan, mau kena tumbuk dengan Samirah. Wajah resah Samirah direnung semula. Lengan kirinya dihulurkan lalu bahu Samirah
disentuh lembut.
“Jangan
fikir bukan-bukan.”
Samirah
mengangguk. Renungan redup dari mata
Aish membuatkan hatinya sedikit lega dan dia merasa selamat. Aish senyum.
Harapannya agar senyuman seikhlas hati itu dapat melegakan hati
Samirah. Kalau dia di tempat Samirah
mungkin dia juga berperasaan begitu.
Lengan Samirah ditepuk lembut dua kali.
Niatnya hanyalah untuk memberi kekuatan kepada Samirah, bukannya hendak
mengambil kesempatan.
Dari arah lif
kedengaran derap kaki yang semakin kuat dan dekat. Samirah dan Aish berpaling. Susuk tubuh seorang lelaki sedang menghampiri
mereka. Semakin dia dekat, Samirah dapat
mengecam wajahnya. Samirah terpempan.
“Irsyad! Apa awak buat di sini?”
Irsyad Rifqi
tidak menjawab. Matanya menjalar ke
seluruh wajah Samirah dengan renungan tajam sebelum beralih ke wajah Aish. Lama dia merenung Aish. Perasaan cemburu mula menjalar dalam
hatinya.
“Awak kata akan
datang esok.”
“Kenapa saya tak
boleh datang hari ni?” Soal Irsyad
dengan nada suara seperti ada yang tidak kena.
“Bukan tak boleh. Awak kata akan datang esok. Saya terkejutlah jumpa awak hari ni. Awak buat apa kat sini?”
Irsyad memandang
dengan pandangan tajam. “What are you doing here and why he is here
with you?” soal Irsyad sambil matanya mengerling sekejap ke arah Aish. Nada suara seorang pengarah urusan yang tegas
menyoal kakitangannya sudah keluar.
“Aku
temankan Ira ke sini untuk jumpa mama dia,” Aish yang menjawab. Dia tak suka cara Irsyad memandangnya dan
nada suara Irsyad bila menyoal Samirah.
“Aku
tak tanya kau.” Perasaan cemburu dan
marah yang bersatu dalam hati membuatkan Irsyad bercakap dengan kasar.
“Irsyad,
awak ni kenapa? Abang Aish dah terangkan
kenapa saya dan dia berada di sini. Awak
tu yang belum jawab soalan saya.”
Samirah sudah naik sedikit. Dia
memandang Irsyad dengan rasa tak puas hati.
“Saya
datang nak jumpa awak. Meeting esok pagi dah ditukar ke pagi
ni. So
saya datang petang ni untuk jumpa angah saya dulu. Kenapa dia temankan awak? Awak kan dah ada kereta, tak boleh datang
sendiri ke?”
“Irsyad,
awak masih cemburukan Abang Aish?”
Samirah menjawab soalan Irsyad dengan soalan. Terbit riak tidak puas hati di wajahnya. Aish yang mendengar rasa tidak selesa
berada di situ.
“Qi!” Belum sempat Irsyad menjawab soalan Samirah,
namanya dipanggil. Tiga pasang mata
berkalih pandang ke arah pintu apartmen.
Si jambang nipis sedang berdiri sambil tersenyum dan melambai ke arah
Irsyad. Irsyad menuju ke arah abangnya
dan mereka berpeluk sambil bertanya khabar.
Irsyad tarik tangan angahnya dan dibawa mendekati Samirah.
“Angah,
ini Samira, the love of my heart.” Ujar Irsyad sambil tersenyum ke arah
Samirah. Perasaan marah dan cemburu dilupakan
sekejap. “Samira, ini abang saya. Nama dia dekat-dekat dengan nama saya, Irsyad
Zaqeef.”
Samirah dan
Irsyad Zaqeef saling memandang, tiada senyuman di wajah mereka.
“Qi… she’s Iffa’s daughter.” Akhirnya Zaqeef bersuara. Irsyad tergamam. Patutlah ketika mula-mula berjumpa Iffa dia
terasa lain macam. Perlahan-lahan
bibirnya mengukir senyuman. Mudahlah
untuk dia memiliki Samirah kerana dia tau Iffa juga sukakannya. Senyuman Irsyad melegakan Zaqeef. Tadi Zaqeef risau kalau-kalau Irsyad tidak
suka dia ada hubungan dengan Iffa bila mengetahui hubungan Iffa dan Samirah
adalah ibu dan anak.
“Baguslah. Kenduri kahwin nanti kita buat serentak. Mummy
and daddy mesti suka.”
Buntang
mata Samirah bila mendengar ayat Irsyad.
No way! Si jambang nipis ni
tak akan kahwin dengan mama. Tak kiralah
dia abang Irsyad atau sesiapa pun. Dia
ni penghalang usaha aku untuk satukan mama dan papa, bisik hati Samirah. Samirah berpaling dan bila dia tiba dia depan
Aish dia berkata “Abang Aish, jom kita balik.
Ira tak jadi jumpa mama.”
“Samira
wait!” Irsyad berlari anak mendekati Samirah. Lengan Samirah segera dicapai.
“Lepaskan
saya!” Tengking Samirah. Lengannya disentap kuat tapi gagal lepas dari
genggaman kuat Irsyad.
“Kenapa
ni Samira?” Irsyad menyoal diiringi rasa hairan yang bertapak dalam hati. Samirah pandang Irsyad dengan hati yang
marah. Dia meronta untuk melepaskan
dirinya namun gagal kerana bahunya dicengkam kuat oleh Irsyad.
“Lepaskan
saya! Saya nak balik!”
“Awak
belum jumpa mama awak. Kenapa
tergesa-gesa nak balik? Tunggulah
sekejap.” ” Suara Irsyad masih tegang. Aish yang memerhatikan dari tadi merasakan
sudah sampai masanya untuk dia campur tangan.
Zaqeef sudah semakin menghampiri mereka bertiga.
“Kau
dengar tak apa Ira cakap? Dia suruh
lepaskan, lepaskan sajalah.” Tegas nada
suara Aish, bagai memberi amaran dia bersedia bertindak ke atas Irsyad
sekiranya Irsyad masih berdegil. Menyirap
darah Irsyad bila mendengar Aish bersuara.
Perasaan cemburu yang tadi hilang sekejap kini datang semula. Bahu Samirah akhirnya dilepaskan. Irsyad berpaling ke arah Aish. Dia menolak dada Aish. Aish terdorong ke belakang, namun sempat
mengimbangi tubuhnya agar tidak terhentak ke dinding.
“Kau
apa hal? Jangan campur urusan aku dengan
Samira.”
"Aku
bukan nak campur urusan kau dan Ira.
Tapi aku yang bawa Ira ke sini, jadi aku bertanggungjawab menjaga
dia. Kalau dia nak balik, aku akan bawa
dia balik.” Aish menjawab. Matanya merenung tajam ke arah Irsyad. Kalau diikutkan hati, mahu saja dilayangkan
buku lima ke muka Irsyad.
Irsyad
yang semakin mendidih hatinya meluru ke arah Aish. Kolar baju Aish dicekak dengan kuat dan tubuh
Aish ditarik ke depan. “Dengar sini
baik-baik. Samira ni buah hati aku. Jangan nak berpura-pura baik, jaga dia
konon sedangkan dalam hati kau ada niat lain!
Jangan ganggu buah hati aku!”
Irsyad memberi amaran. Dadanya
berombak-ombak, nafasnya turun naik dengan pantas menahan kemarahan.
Aish
sudah menggenggam penumbuk. Diangkat
tangannya tinggi-tinggi dan bersedia untuk melepaskan buku limanya ke arah
Irsyad. Si kurang ajar ni perlu diberi
pengajaran. Namun jeritan Samirah
membantutkan niat Aish. Zaqeef pula
menerpa ke arah Irsyad. Bahu adiknya
ditarik kuat dan Irsyad meleraikan pegangan pada kolar baju Aish.
“Sudah
Qi! Jangan bergaduh macam
budak-budak!” Tengking Zaqeef. Sebaik saja dia berjaya menarik Irsyad, dia
mengheret Irsyad kembali ke apartmen.
Sunday, 25 May 2014
JANGAN GANGGU BUAH HATIKU BAB 35
Assalam dan haix3 kawan-kawan dan pembaca blog Isma.
Mohon ampun beribu ampun sebab lambat upload bab seterusnya. Minggu sebelum ni saya masuk hospital. Minggu lepas adik saya pula. Dia masih di IJN, ada masalah jantung bengkak. Pohon doa kawan2 semoga adik saya sembuh segera.
Suka tak wajah baru blog ni? Terima kasih Aimi kerana merubah paras wajah blog Isma. Harap u ols suka ya rupa baru ni.
JGBH akan diupload di blog sampai Bab 36. Cerita ni masih panjang sebenarnya. Isma nak tanya, kalau Isma buat dalam versi e-book, u ols sudi beli tak? Harga dalam RM10-RM15 gitu. Bagi tau ya sudi beli tak?
Buat Sharifah, thanks for your words of encouragement. Rasa lega lepas chat dengan awak.
Selamat membaca u ols! I hope you enjoy this chapter.
Mohon ampun beribu ampun sebab lambat upload bab seterusnya. Minggu sebelum ni saya masuk hospital. Minggu lepas adik saya pula. Dia masih di IJN, ada masalah jantung bengkak. Pohon doa kawan2 semoga adik saya sembuh segera.
Suka tak wajah baru blog ni? Terima kasih Aimi kerana merubah paras wajah blog Isma. Harap u ols suka ya rupa baru ni.
JGBH akan diupload di blog sampai Bab 36. Cerita ni masih panjang sebenarnya. Isma nak tanya, kalau Isma buat dalam versi e-book, u ols sudi beli tak? Harga dalam RM10-RM15 gitu. Bagi tau ya sudi beli tak?
Buat Sharifah, thanks for your words of encouragement. Rasa lega lepas chat dengan awak.
Selamat membaca u ols! I hope you enjoy this chapter.
Bila Aish sampai di rumah, kereta
MyVi putih yang digunakan Samirah belum sampai.
Mana dia pergi, hatinya bertanya.
Sejak dia balik semalam, Aish belum sempat berbual dengannya. Ketika dia sampai, Aish keluar berjumpa
dengan Luna. Perjumpaan terakhir untuk
menamatkan percintaan mereka. Bila Aish
pulang dari berjumpa dengan Luna, dia sudah memerap dalam biliknya. Aish pun masa itu tidak ada mood hendak
bercakap dengan sesiapa, waima dengan mama dan papanya sekali pun.
Salam
diberikan kepada Khalilah yang sedang menonton tv. Aish melabuhkan punggung di sebelah
mamanya. Kepalanya disandarkan di atas
sofa, di sisi mamanya.
“Ira belum
balik?” soal Aish.
“Kalau keretanya tak ada, maknanya dia belum
baliklah.” Khalilah tersenyum. Dulu bukan main tak suka, sekarang macam
orang rindu bunyinya, bisik hati Khalilah.
“Nak
minum? Ada kopi atas meja tu.” Kata Khalilah. Aish balas dengan gelengan. Matanya
melekat pada skrin tv yang sedang menayangkan sinetron Indonesia yang menjadi
kegemaran mama, tetapi fikirannya jauh melayang.
Suara
orang memberi salam kedengaran serentak dengan bunyi pintu dibuka dari
luar. Aish segera berpaling. Wajah manis Samirah yang menyapa matanya
segera membuahkan senyuman di bibir.
Khalilah yang memerhatikan Samirah berbisik dalam hati “kan bagus kalau
dapat menantu secantik dan selembut Ira.”
Selepas
mandi Samirah terus ke dapur membantu Aunty Kellynya berhidang. Tidak lama kemudian mereka berempat
makan. Berselera Aish makan dan Khalilah
perasan riak wajah anak bongsunya lebih ceria berbanding ketika dia baru balik
kerja tadi.
“Mama,
papa… Aish ada benda nak cakap,” ujar
Aish selepas habis meneguk segelas air. Pinggannya
sudah licin. Khalilah pandang wajah
anaknya dengan penuh minat. Samsudin yang
baru habis membasuh tangan panggung kepala.
Samirah yang duduk di sebelah Khalilah turut angkat muka.
“Aish…
dengan Luna… dah putus.” Suaranya
lirih. Matanya direndahkan, memandang ke
arah pinggannya yang sudah kosong. Khalilah
berhenti menyuap makanan. Dalam hati dia
bersyukur kerana memang itu yang dimahukan selama ini. Namun di wajah dipamerkan riak simpati
terhadap apa yang berlaku kepada Aish.
“Tak
apalah Aish. Ada ramai gadis yang lebih
baik dan lebih sesuai untuk Aish.”
Khalilah memujuk. Aish
mengangguk. “Aish nak minta maaf… kalau
masa Aish tengah couple dengan Luna,
Aish ada kecilkan hati mama dan papa.” Samsudin menepuk bahu anak
bujangnya.
Samirah pula
rasa canggung. Dia rasa dia tak
sepatutnya berada di situ dan mendengar perbualan mereka sekeluarga. Tapi ke mana pula dia hendak pergi. Nasi dalam pinggannya masih tinggal tiga
suapan. Matanya direndahkan. Sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut. Bila wajahnya diangkat, matanya bertembung
dengan mata Aish. Menular rasa simpati
terhadap Aish di sudut hatinya.
Bohonglah kalau
Aish tidak sedih apabila cintanya dikhianati.
Hampir lapan bulan dia menjalin cinta dengan Luna, masakan tidak terasa
bila percintaan itu putus di tengah jalan.
Namun dalam kesedihan Aish merasa lega selepas mengkhabarkan kepada mama
dan papanya. Bahunya terasa ringan dan
dadanya terasa lapang selepas dia memohon maaf kepada mereka. Dan ketika matanya dan mata Samirah bertaut, hatinya
merasa nyaman.
Hai Aidid, kau tak pernah hantar
servis ke kereta ni, soal Samirah dalam hati.
Sudah beberapa kali dia menghidupkan enjin tetapi gagal.
“Kenapa,”
soal Aish yang baru muncul. Dia
kelihatan segak dengan kemeja ungu muda dan tali leher dari rona yang hampir
sama. “Enjin tak boleh start,” kata Samirah.
“Bagi
aku cuba.” Samirah keluar dari
kereta. Aish mencuba beberapa kali namun
usahanya gagal menghidupkan enjin kereta Samirah. Samsudin keluar apabila mendengar bunyi
kereta dihidupkan berkali-kali.
“Bateri
habis kot,” ujar Samsudin. Aish buka
bonet depan kereta dan memeriksa enjin.
Samirah datang ke sebelahnya dan turut melihat keadaan enjin. “Ira pergi kerja dengan Aish. Tinggalkan kunci. Nanti uncle
panggil mekanik datang sini periksa dan kalau perlu, terus repair kereta kamu.”
“Maaflah
Uncle, Ira terpaksa susahkan Uncle.”
Samirah rasa serba salah untuk menerima cadangan Samsudin. Tapi bila matanya melihat jam di tangan dia
tahu dia tiada pilihan. Kalau dia terus
menunggu dia akan sampai lambat ke pejabat.
Samirah masuk ke dalam kereta Aish.
Selepas
agak lama masing-masing mendiamkan diri Aish bersuara “dapat jumpa buah hati
masa balik KL?”
“Dia
jemput Ira di airport. Aidid
pandai-pandai saja suruh Irsyad jemput Ira.”
“Baguslah,
itu maknanya Aidid sukakan dia juga.”
“Papa
pun sukakan dia. Rupa-rupanya dia ada
datang jumpa papa dan bagi tau nak masuk meminang. Papa dah beritahu dia papa setuju, asalkan
Ira juga setuju.”
Jeda. Aish tekun memandu.
“Selagi
Ira belum berjaya satukan mama dan papa, Ira tak mau terikat dengan sesiapa pun. Ira percaya kalau Irsyad betul-betul nak Ira,
dia akan sanggup tunggu. Ira pun percaya
mama dan papa boleh bersatu semula kalau Ira usahakan betul-betul.” Samirah sambung bercerita bila Aish hanya
mendiamkan diri.
“Betullah
tu.”
“Apa
yang betul?”
“Yang
kau cakap tadi, betullah. Kalau buah
hati kau betul-betul ikhlas nakkan kau, dia akan bersabar dan sanggup tunggu
kau. Kalau kau usaha sungguh-sungguh,
dan berdoa sungguh-sungguh untuk kedua orang tua kau, dengan izin Allah dia
orang akan rujuk semula.”
Samirah
berpaling memandang Aish. Matanya
bersinar. “Ulang balik apa yang Abang
Aish cakap tadi.” Aish mengerutkan
dahi. Kebetulan mereka sedang berhenti
di persimpangan berlampu isyarat, jadi dapatlah dia memandang wajah Samirah.
“Cakaplah
apa yang Abang Aish cakap tadi.”
“Aku
kata, kalau buah hati kau tu ikhlas nak kan kau, dia akan sanggup tunggu
kau. Bukan setakat tunggu, dia akan
sokong dan tolong kau. Kalau kau usaha
sungguh-sungguh, kau doa, insyaAllah papa dan mama kau akan bersatu
semula. Banyak kes pasangan yang dah
bercerai mereka rujuk semula. Jadi tak
mustahil papa dan mama kau pun akan rujuk semula.”
Samirah
tersenyum. “Abang Aish rasa salah ke
tindakan Ira untuk cuba satukan mama dan papa?”
“Tak.” Jawab Aish sepatah. Senyuman Samirah semakin lebar. Hari ini, buat pertama kalinya ada seorang
manusia yang menyokong usahanya. Buat
pertama kali juga dia merasakan Aish sudah tidak kekwat lagi. Agaknya dulu dia kekwat sebab dia kena control dengan girlfriend dia, teka hati Samirah.
Teringin hendak tahu kenapa dia putus dengan perempuan tu, tapi Samirah
tahankan rasa ingin tahu.
“Tak
nak keluar ke?” soal Aish bila Samirah
masih kaku di tempat duduknya.
“Oh,
sorry. Terima kasih tumpangkan Ira. Maaf, Ira terpaksa susahkan Abang Aish.”
“Sama-sama. Kau memang suka susahkan aku pun. Dah bawa kereta ke Penang pun kena aku
hantarkan pergi kerja. Dah, cepat keluar.
Aku nak pergi kerja.” Tidak ada perasaan marah, bengang,
sakit hati dan yang sewaktu dengannya bila telinganya menangkap setiap patah
perkataan yang Aish tuturkan. Sebaliknya
Samirah hanya tersenyum sambil membuka pintu kereta dan keluar. Aish kehairanan melihat Samirah yang murah
dengan senyuman pagi ini.
Sehelai tudung jenis Syria dan
sehelai selendang dipilih. Sehelai jubah
potongan payung berwarna kuning susu dengan corak polka dot di hujung lengan
dan kaki juga sudah dibeli. Kata Aish
pagi tadi, pendapat Aidid bahawa lebih penting bagi Samirah memujuk agar
mamanya kembali berhijab juga betul.
Jadi petang ini selepas bekerja Samirah cepat-cepat pergi ke sebuah
butik muslimah untuk membeli tudung dan jubah.
Aish bukan
setakat menghantarkan, malah menemanimya membeli pakaian tersebut. Hari ini hari kedua dia menumpang Aish pergi
dan balik kerja, sementara kereta MyVi Aidid diperbaiki. Rupa-rupanya bukan masalah bateri, tapi
masalah pada altenator. Menurut
Samsudin, petang ini siaplah kereta itu.
“Nah. Aku hadiahkan untuk mama kau.” Kata Aish sambil menghulurkan sehelai tudung
bawal half moon kepada Samirah.
“Terima
kasih” kata Samirah sambil tersenyum.
“Kau
nak pergi rumah mama kau hari ni?” soal
Aish sambil mereka berjalan keluar dari butik tersebut.
“Tak. Esok Ira pergi. Mama kata hari ni dia sibuk, ada pelanggan
yang dah buat appointment.”
“Kenapa tak
pergi saja ke spa mama kau?” soal
Aish. Baru semalam dia mengetahui Aunty
Latifah sekarang mengusahakan spa. Spa
itu dikongsi bersama seorang rakan.
“Nak pergi macam
mana, mama tak bagi tau di mana spa tu.
Lagi pun Ira tak mau ganggu mama di tempat dia mencari rezeki.” Mereka berjalan menuju ke eskalator. Samirah terpandang sebuah kopitiam. Terbayang pula roti bakar dan teh ais.
“Ira nak belanja
Abang Aish boleh?”
“Kenapa nak
belanja aku?”
“Mesti ada sebab
ke untuk belanja Abang Aish?”
“Mesti.”
“Habis tu Abang
Aish hadiahkan tudung untuk mama, apa sebabnya?”
“Sebab aku sokong
usaha kau.” Jawapan Aish buat Samirah
tersenyum. “Ira nak belanja Abang Aish
sebab Abang Aish sokong usaha Ira. Dah,
jomlah. Nanti kalau kita lambat balik
Aunty risau pulak.”
Secara spontan
lengan Aish ditarik. Aish mengikut tapi sampai
depan kopitiam langkahnya mati. Dia
berdiri kaku melihat Luna dan Syed Iqbal bergelak ketawa. Samirah yang memandang Aish dengan rasa
hairan cuba mencari apakah yang sedang diperhatikan oleh Aish.
“Itu Luna. Yang rambut perang tu.” Kata Aish sebelum berpaling dan berjalan ke
arah eskalator. Samirah melihat ke arah
perempuan berambut perang. Seperti
pernah dilihat wajah itu. Selepas
beberapa detik dia dapat mengingati perempuan itulah yang melanggar kereta
Aidid.
“Abang
Aish.” Samirah memanggil dan berlari
anak mengejar Aish yang sudah pun berdiri di atas eskalator, naik ke atas untuk
menuju ke tempat keretanya diparkir.
Nampak jelas di matanya wajah Aish berubah.
Wajah muram Aish sekejap-sekejap
menerpa mindanya. Tadi Aunty Kelly
datang ke biliknya untuk bertanya kalau-kalau Samirah tau apa sebabnya Aish
muram. Serba salah Samirah
dibuatnya. Tak cerita, terasa
menipu. Nak cerita, tak banyak yang dia
tau. Namun setelah difikirkan
diceritakan juga kepada Aunty Kelly.
Sekarang Samirah rasa risau.
Marahkah Aish kalau dia tau Samirah sudah menceritakan peristiwa petang tadi
kepada mamanya?
Samirah turun
dari katil. Tudung yang tersangkut di
kerusi dicapai dan dilekatkan di kepalanya.
Pintu bilik dibuka dan dia berjalan ke arah bilik Aish. Tangan sudah diangkat tapi dia tak jadi
mengetuk pintu. Perlukah perkara itu
dibincangkan sekarang? Tunggu sajalah
esok. Tapi esok aku akan pergi kerja
sendiri, petang nak pergi ke rumah mama.
Balik dah malam. Ish, ketuk
sajalah pintu tu Ira, bisik hatinya. Tangan
diangkat semula. Baru hendak diketuk,
pintu ditarik dari dalam. Samirah
terkedu sejekap. Matanya dan mata Aish
bertemu. Ish, dia ni ada six sense ke?
“Hah, buat apa
tercongok depan bilik aku ni?” Soal
Aish.
“Err… Ira… err…
Abang Aish belum tidur?”
“Kalau aku dah
tidur, takkan aku tidur sambil buka pintu.”
Nada suaranya mendatar tapi wajahnya masih kelam. Tadi sepanjang perjalanan balik dia tak
bercakap. Sampai rumah dia terus naik ke
atas. Selepas Maghrib dia turun makan
tapi tak bercakap sepatah pun. Habis
makan dia naik ke atas dan memerap dalam bilik.
“Kau nak berdiri
di sini sampai esok ke?” soal Aish.
Samirah berganjak ke tepi. Aish
keluar dan terus turun ke bawah.
Samirah turut turun. Aish sedang
menghidupkan tv. Agaknya ada perlawanan
bola yang hendak ditonton, hati Samirah meneka.
Samirah berlalu ke dapur.
Alang-alang sudah masuk dapur, dia menjerang air. Sebaik saja air mendidih, Samirah membancuh
cokelat panas dan dibawa ke ruang menonton.
Tapi Aish tiada di situ. Tv
dibiarkan hidup, dua orang komentator sedang berbual tentang bola sepak. Samirah berjalan ke arah meja makan. Di situ Aish sedang termenung.
“Ira
buatkan Abang Aish hot chocolate.” Tegur Samirah sambil mug berisi cokelat panas
diletakkan di sisi Aish. Wajah muram
Aish dijeling sebelum dia melabuhkan punggung depan Aish.
“Ira minta maaf
pasal petang tadi.” Aish angkat
kepalanya dan wajah Samirah dipandang dengan renungan tajam. “Kalau
Ira tak paksa Abang Aish pergi kopitiam tu, tentu Abang Aish tak akan nampak
dia.” Samirah merendahkan pandangannya,
tak berani melihat wajah Aish lama-lama.
“Sebelum
ni pun aku dah pernah nampak. Lebih
teruk dari petang tadi. Berpeluk,
berlaga pipi, berpaut pinggang. Tapi
dulu aku tengok dengan mata saja.
Sekarang aku tengok dengan mata hati.
Aku sayang dia. Tapi dia khianati
cinta aku.” Kata Aish. Cokelat panas diteguk.
“Dalam
hati aku cuma ada dia. Tapi dalam hati
dia rupa-rupanya aku wujud bila dia perlukan aku saja. Jadi driver
dia, teman dia shopping, bayarkan
barang-barang branded yang dia
gilakan. Dan dia gunakan aku sebagai
umpan… untuk dapat lelaki yang lebih kaya.
Kenapa semua perempuan nak berlakikan lelaki kaya? Kenapa aku bodoh sangat, tak nampak helah dia
selama ni?” Ada nada kecewa yang sangat
mendalam ketika dia bercakap. Aish
meraup mukanya. Terlepas satu keluhan
dari bibirnya.
“Abang
Aish, sabar ya. Mungkin Allah bagi Luna
kepada Abang Aish kerana Allah mahu beri pengajaran… atau mungkin juga Allah
pinjamkan dia sebab Allah nak bagi seorang yang lebih baik untuk Abang Aish.” Aish panggung kepala. Wajah lembut dan polos Samirah direnung. Cokelat panas diteguk lagi.
“Tadi…
Aunty Kelly tanya. Ira ceritakan pasal
petang tadi. Ira harap Abang Aish tak
marah.” Tiada jawapan dari Aish. Samirah bangun. Ketika dia sudah berjalan ke arah tangga,
Aish memanggilnya.
“Terima
kasih.” Kata Aish. Mug diangkat dan dihalakan ke arah
Samirah. Dadanya yang berat sejak petang
tadi kini terasa ringan.